Sunday, February 26, 2012

seri muka cik siti

aktiviti hujung minggu....ada org terrrrringin nak mkn seri muka pulut ni...so msk dapur, beras pulut ada, santan kotak ada, telur ada, tepung ubi ada, gandum ada...so apa lagi.....cuma satu je..kita kalau buat kuih atau masak jarang ikut sukatan kecuali resepi tu di copy dari mana2 sumber...memang kita ikut sebijik....takut x jadi, tp untuk kuih ni....main agak2.....layannnn

bahan:
ni untuk bahagian atasnya

- 300 ml santan
- 3 biji telur
- daun pandan
- 8 sudu gula pasir * ikut suka tahap kemanisan anda mau...
- 4 camca teh tepung ubi kayu @ tepung jagung leh gak kalau xde
- 2 camca besar + 1 camca kecik gandum * lebih nanti keras
- pewarna

ni untuk bawahnua

- beras pulut
- santan
- garam

cara-caranya....

pulut tu kalau blh rendam semalaman ke..sbb nti cepat masak. dah tos, kukus pulut ni bersama santan cair + garam sikit. pastikan santan ni mampu tenggelamkan pulut tadi.

*kita terus kukus dlm loyang yang di alas dengan plastik.

kukus ar smp pulut ni masak....so leh sediakan bahan atasnya lak

campurkan telur, santan, air daun pandan / pewarna, gula, tepung ubi, gandum dlm mixture atau blender...janji putar semua bahan ni smp hancur dan sebati. masa ni leh ar rasa manis x...kalau kurang manis leh tambah gula.

ok...bila pulut dah masak...kuarkan dari kukusan (masih dlm loyang)...tekan dan mampatkan pulut smp betul2 padat....jgn ada ruang pun (tekan pakai plastik supaya betul2 mampat). Then masukkan bahagian atas yg di blender tu atas pulut td... kukus ar lebih kurang 45 minit guna api slow....nak tahu masak ke x, cucuk guna lidi....


ni bahan yg nak di blender


tarra...ni le lapisan ijau nanti


baru kuar kukusan...dia lembik sbb panas...nanti dah sejuk baru potong...



nilah hasilnya...anak2 sedara memang suka makan....

selamat mencuba.....

Saturday, February 11, 2012

10 nasihat untuk org bercinta


10 nasihat untuk orang bercinta

Assalamualaikum..
Wahai sahabat seakidahku.,Dengarlah pesananan ini:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA~

ihsan : http://hafizamri.com/10-nasihat-untuk-orang-bercinta/

Tuesday, February 7, 2012

kek gula hangus kukus

assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian....hehehhehe

wah..sejak ambik alih tender kantin sekolah ni, asyik cuti je....dok terperap dlm umah...tambah lagi kena flu...otak jadi senget jap....Ya Allah....nak buat apa ni. apa lagi...suka tul membaca blog org dan satu blog kegemaranku adalah kak ct...yang suka memasak dan resepinya yang mudah dan gambar2 kat blog dia yang membuatkan diri ini menjadi over excited nak memasak....bab lauk pauk mmg failed ar...tapi bab kek..kuih muih mmg kegemaranku....ni ler blog kak ct...jom layan http://www.sitidelima.com/

dah banyak kali konon nak buat kek ni tapi mmg x jadi sbb sarang nya x kuar... oh ya, kek gula hangus ni...kek kegemaranku dan ianya di namakan kek sarang semut..sbb dalamnya ada lubang2 cam sarang semut...kononnya ler...dah..layan je resepi kat bawah ni....

bahan untuk gula hangus
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
* masak gula dalam periuk dgn api yg perlahan..nanti hangus
* bila gula dah hancur masukkan air panas (hati2 sbb gula nti terpercik..)
* sejukkan

bahan untuk kek
- setengah cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 3 sudu besar butter
- 1 1/2 sudu soda bikarbonat

* alas loyang dgn kertas
* pukul telur dgn butter ( x perlu ar kembang sangat)
* masukan susu dan gula hangus yang sejuk tadi tu
* masukan tepung gandum dan bikarbonat ( make sure ayak dulu tepung dgn bikarbonat
ni)
* masuk adunan dlm loyang dan perap selama 30 minit ( perap jap nti sarang x cantik)
* kukus ar selama 1 jam @ 45 minit


ni ler gula hangus tu...sejuk dlm air supaya masa masuk dlm adunan nti ia betul2 sejuk


ni adunan yg di masukan dlm loyang dan biarkan 30 minit sblm di kukus
(alas guna A4 je sbb x jmp kertas minyak)


ni kek yg dah siap...cuma sarangnya x comel...kena practise lain...practise make prefect...chayok...chayok...

walaupun x bersarang sgt tapi alhamdulillah...sedap mak jang (bak kata che ot, pakar komen yang setia..hahha). hari tu perap 10 minit je ikut resepi tuan asal...kata kak ct cuba lagi....nti kena try perap 30 minit then tgk hasilnya...insyaallah...akan buat sampai puas hati..jadi comel....terima kasih kak ct utk resepi ini....