Saturday, September 5, 2020

cuti-cuti Malaysia - Dashbox Cyberjaya

 28082020

cuti-cuti malaysia dekat saja untuk rehatkan badan. Pastikan anda booking awal untuk penginapan sebab hujung minggu sold out tiket. kami sendiri booking 2 mggu awal. pilihan kami adalah studio twin - view garden. 


inilah keadaan dalam bilik untuk kami berdua. Harga RM 174. Cukup lengkap semuanya. sempoi sangat dashbox ni.






dekat luar bilik dah nampak kolam renang. Aktiviti dekat sini adalah main kolam renang. tumpang seronok dgn budak2 main air. Shima sendiri tak lepas peluang berenang tapi turun seusai subuh sebab tak ada orang.










tak banyak aktiviti di sini tapi sekitar cyberjaya sangat banyak tempat menarik utk di terokai. santai dan tidak sesak.

habiskan masa bersama geng masuk air. hahahhahha 

















































that's all










Thursday, August 1, 2019

pemimpin yg baik





jadi pemimpin yang tahu mengemudi kapal yang susah senang bersama bukan bossy yang tahu menekan tetapi tidak menghargai tulang belakang yang menyokong di belakang



Sunday, May 26, 2019

hampir tertipu kali kedua

Assalamualaikum,

sudah lama tidak menulis apa2. blog hanya luahan hati untuk menggambarkan rasa yang terkesan dlm warna warni kehidupan. memutuskan untuk mendelete semua post lama adalah kerana hidup perlu di teruskan. kenangan lama biarkan jadi pengajaran dan ikhtibar.

dalam kehidupan ku pernah di datangkan manusia yang ku namakan kesungguhan. benar2 ku rasakan dia bersungguh untuk merebut hati yang jauh lebih tua dr usianya. tapi rasa cinta susah untuk di tidakkan. kami merancang untuk membina mahligai perkahwinan dan kuasa Allah dan rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Dia menghilang tanpa khabar berita sehingga ku tahu sendiri dia bakal berkahwin dgn pilihan keluarga mungkin pilihan hatinya yang jauh lebih hebat daripada aku.
saat itu dunia rasa menghempap diri tapi ku gagahi diri dunia belum nak kiamat kenapa bersedih. ku biarkan kisah berlalu pergi dgn kenangan hinggalah satu hari dia kembali mencari manusia yang dia tinggalkan. ku dengar tiap kisahnya namun hati tetap merasakan sangsi kerana mana mungkin kamu tidak berjuang untuk kebahagiaan sendiri. jika hati tidak kuat ku mungkin tertewas mencintai manusia yang sama buat kali kedua. tapi hati kuat menyatakan ada sesuatu disebalik semua ini.

hinggalah aku benar2 membuat pilihan menolak peluang kedua. dan dari situ ku mulai merasa penipuan yang dia berikan buat kali kedua. mana mungkin rumah tangga yang di katakan bergolak penuh dgn kemesraan yang tidak dibuat-buat. kamu mengalah bila mana kamu mendapati aku mampu mencari zauj kamu.

wahai kesungguhan, jagalah amanah Allah sebaiknya. itulah syurga kamu. kenangan dan perkenalan kita aku jadikan ikhtibar agar tidak pernah mudah percaya dgn janji palsu lelaki. Tapi yakinlah sekuat mana pun kamu pegang cinta itu jika Allah menentukan sebaliknya tiada apa yang dapat menghalang.

kita tidak mungkin menjadi sesiapa pun tapi kita mampu menjadi orang yang lebih baik.
Maaf atas khilafku dan ku telah lama maafkan kamu sejak dari hari ku melihat pertunangan mu. Hidup kita hanya sementara dendam atau kenangan tidak membawa sebarang kebaikan.

Ku doakan kamu bahagian dunia akhirat dan terima kasih sekurangnya kamu pernah membahagiakan aku.