Wednesday, November 24, 2010

berhenti mengeluh

salam.....
apa nak citer yea? nak menulis tapi x tahu apa nak tulis...bulan ni penat sikit..sbb kena buat OT hari minggu..baca journal utk ujikaji...buat analisis makmal utk cari solution bagi menyelesaikan extraction ..utk dapatkan good separation...macam2 nak pikir...tapi bila buat benda yg kita suka...pening, ujikaji x berjaya...rasa penat.. suma tu small matter...because i love my kerja sesangat....suka dgn chemical, penyelidikan...then bila dapat keputusan yg di ingini a.k.a berjaya...alhamdulillah, itulah saat bahagia....then lagi happy bila orang lain leh gunakan apa yg kita buat utk meneruskan kerja mereka dgn senang hati....biar pun kita bersusah tapi janji mereka bersenang......

em..tapi kekadang timbul gak rasa mengeluh...kenapa? mengapa? tambah bila melihat orang lain xdelah sesibuk kita...mengeluh..kenapalah susah sangat nak berjaya... mengeluh a.k.a tak puas hati....suma bendalah...hehehhehe....
Ya Allah...kenapalah aku mengeluh kalau aku sendiri boleh bersabar...kenapa memilih utk mengeluh sedangkan berpeluang membuktikan kita boleh menjadi hamba Allah yg mampu bersabar, bersyukur....atas apa jua pemberianNya...berpeluang menunjukkan rasa kasih dan cinta padaNya...ini tidak...ujian sikit je..dah mengeluh...dah x tahan.. dah rasa teraniaya...dah rasa x adil....walhal orang lain lebih berat ujian dari Allah...relax je...itulah manusia yg sentiasa lupa akan janji, bila susah je.. mulalah berpaling...iman mula goyah....Ya Allah, ampunkanlah hamba ini yang sentiasa leka dan alpa...yang sentiasa lalai dan lupa....bimbingilah daku Ya Allah...agar sentiasa dlm lindungan Mu...sentiasa kuat iman dan taqwa..yg sentiasa bersyukur atas apa jua pemberiaanMu...yang sentiasa redha atas apa jua ketentuaanMu...jadikan aku hambaMu yang tabah, sabar dan jauhkanlah aku dari sifat keluh dan resah...aku yakin akan pilihanMu...ketentuaanMu...kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku yang lemah ini.....



mengeluh akan membuatkan semangat kita luntur..putus asa..
Allah SWT berfirman dengan maksudnya: ”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah: 6)

kita lupa..kesakitan dalam mengharungi perjalanan kehidupan membuatkan kita makin matang, makin sukses, makin berwaspada....tidak guna mengeluh..tiada masalah dapat di selesaikan...maka bertenang, beristiqfar...maka kita boleh menyelesaikan masalah itu dengan sebaiknya...dgn mudahnya...jangan cepat mengeluh...dan jika kita tidak sukakan sesuatu perkara itu...jangan rasa teraniaya...rasa tidak puas hati..kenapa? mengapa? cuba pandang dari sisi yg optimis...always think positive...anggaplah kita membantu orang lain...kerana dalam Islam kita dianjurkan berkasih sayang dan berbaik2 sesama manusia....demi meraih kasih dan sayangNya...kerana itu tanda kita benar-benar mencintai DIA Yang Esa....

sebenarnya, peringatan ini untuk diriku sendiri...jangan cepat mengeluh...ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu...kita tertekan dgn bebanan kerja...berehat seketika, namun jauhilah sifat mengeluh kerana itu menunjukan kita tidak ikhlas dalam menjalankan amanah dalam kerja kita......lapangkan dada...tenangkan hati...ikhlaskan diri...sentiasa ukir senyuman walaupun dalam kepenatan kerana itu membantu meringankan tekanan....sentiasa istiqomah...sentiasa betulkan niat..insyaallah.. penyakit mengeluh PASTI dapat diubati......

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang SABAR. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Disebalik kesusahan dan dugaan itu jarang sekali kita merenung apakah hikmah yang terselindung....Allah hanya berikan apa yang terbaik buat kita hambaNya...kerana DIA Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

buat renungan semua....

Mengeluh? Kenapa kita mengeluh? Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, “Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran).” (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, “…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)


*“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq: 2-3)

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

salam aidiladha


Hari raya haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.

Hari raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'

Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah SWT. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan bahawa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Waktu menyembelih haiwan korban ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang.

Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban dan hendaklah disertakan dengan niat.




Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang
membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala
bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah


*selamat hari raya aidiladha...raya kat kl je...pengorbanan dalam mencari keredhaan dan kecintaan pada DIA Yang Satu...insyaallah, moga sentiasa menebal dalam jiwa ini. amin....