Saturday, October 23, 2010

senyumlah..seindah suria



Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

senyum sokmo...it's me...hahahha :-)

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru (http://www.dindakanda.com)

senyum tu kan penyeri wajah...kalau tengok orang senyum kat kita..sejuk je rasanya.
kalau nak marah pun leh cool sikit...kalau letih dan stress dgn keje yang menimbun, tapi bila ada org senyum dan say thanks..itu dah memadai...rasa penat itu hilang. senyum tu kan dari hati jatuh ke hati....tapi ingat...senyum seikhlas dari hati kamu.
senyum kepura-puraan leh nampak...percayalah....nampak plastik....

senyum itu sedekah paling mudah...penyubur rohani...bila kita senyum, dapat gembirakan hati orang lain...juga tanda kita sayang pada orang sekeliling kita.... bukan ke kita di anjurkan berkasih sayang...

percaya x senyum leh buat kita control keadaan diri kita dari gelabah...hilang pertimbangan...dan leh pikir dengan waras dan rasional....betul...itulah yang di lakukan bila mula rasa stress dengan kerja makmal yang banyak dan lagi memeningkan. bukan mudah menjadi chemist yang cool...kalau silap peraturan...ada je masalah yg akan timbul..maka kepala akan mula sakit sebab result x akan sama dengan apa yg di andaikan....so...satu cara untuk hilang ketegangan 'bergaduh' dengan mesin dan sample, cuba senyum sokmo..but for me...bukan setakat smile...tapi lebih kepada gelak...bila boleh gelak...at least separuh rasa tegang tu hilang...maka leh pikir dgn tenang utk solve the problem...cuba lah...ia benar2 berkesan....




...kenapa perlu hilangnya senyuman buat orang lain hanya kerana kita tidak gembira atau tertekan...bukan ke ini boleh mewujudkan rasa tidak senang pada orang lain. benar, tiap orang mempunyai masalah...jangan di kira yang suka senyum dan berjenaka itu tidak pernah ada masalah...mungkin mereka punya masalah lagi berat berbanding kita...tapi kerana mereka tahu...berduka bukan penyelesai masalah...maka senyumlah.. sekurangnya untuk diri sendiri...dan insyaallah...itu membuatkan kita belajar menjadi tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang....Allah itu Maha Penyayang, Dia datangkan ujian kerana mendidik kita erti sabar...maka jangan mudah tewas pada ujian itu....kerana bagaimana kita menghadapi ujian itulah menentukan sejauh mana kita mengaku mencintai Dia..percaya kepada Nya Yang Maha Mengasihani....

senyumlah tanda ketabahan...kekuatan...keimanan dan kepasrahan....bukan mudah untuk melakukannya...tapi yakin...kita pasti boleh...insyaallah...Allah sentiasa bersama kita....maka senyumlah pada masalah yang datang...kerana percaya dan yakin akan pilihan DIA YANG MAHA MENGETAHUI apa yang kita tidak tahu.....

wahai diriku...ingatlah itu...jangan biarkan orang sekeliling mu hilang senyuman mu hanya kerana engkau tidak gembira....berikan kegembiraan untuk orang lain walaupun kamu berduka...insyaallah...moga mereka akan berdoa untuk mu atas sebuah senyuman yang engkau lemparkan itu.....wallahu'alam



Hati yang gundah terasa senang...Bila melihat senyum hatikan tenang...Tapi senyumlah seikhlas hati....Senyuman dari hati jatuh ke hati