Saturday, August 28, 2010

denyut kasih medik


baru je habis baca novel ni..best..perkara pertama sbb beli novel ni kerana ianya tulisan suami fatimah syarha, penulis novel kegemaranku...

Dr Farhan Hadi..mmg berbakat dlm penulisan...novel yg ringkas, mudah difahami. walaupun aku bukan doktor..tp leh paham kerja doktor yg mencabar tu...on call.. kena marah...selalu di salah faham oleh pesakit...huhuu

tp yg plg best..dlm novel ni byk pengajaran dpt kita kutip. banyak ikhtibar sebalik kehidupan realiti masyarakat dan mungkin kehidupan kita sendiri. belajar redha, pasrah, sabar dlm kehidupan yg penuh cubaan dan dugaan ni. juga mengenai pemasalah yg biasa kita lalui ketika sakit...macam-macam adalah... :-)

apapun novel ni mmg sesuai utk semua..bkn je utk para doktor juga utk semua. apapun yg kita baca, lihat dan alami...yang baik jadikan panduan dan ikutan, yang buruk jadikan pengajaran dan ikhtibar...hidup ini ada 2 jalan..baik dan buruk...so pilihlah dgn bijak..pilih dgn mata hati, bkn mata nafsu...

kebahagiaan hidup adalah apabila kita tahu bersyukur atas apa yg kita miliki... belajar mengikhlaskan diri dgn apa juga ketentuaan Nya dan sentiasalah berbaik sangka dgn apa jua ketentuaanNya...Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik di antara yg terbaik buat kita hamba yg lemah ini....wallahu'alam.

*jangan lupa dapatkannya di pasaran..x rugi memiliki novel islami ini..bukan sekadar novel malah banyak yg blh kita kutip dan jadikan panduan dlm kehidupan seharian kita.

Friday, August 27, 2010

rindu kampung ler...




hari ni dah masuk hari ke 17 dalam bulan Ramadan. sekejap je rasanya...helaian Quran masih belum aku habiskan semuanya..masih berbaki separuh lagi..Ya Allah, moga aku dapat menghabiskan bacaan Al-Quran sebulan Ramadan ni...kuatkan semangat dan imanku agar masa tidak akan menghalang aku dari menghabiskan bacaan...dan moga masa tidak akan menjadi alasan buat diri aku yg lemah ini. Insyaallah...semuanya dgn izin dan kehendakMu Ya Allah....

em..sekarang suma sibuk nak raya...biasalah...puasa sinonim dgn raya...kuih raya yg di tempah dah dapat...lagu raya dah di pasang..baju raya dah siap....em..kat masjid pun dah mula kurang jemaahnya...al maklum ler....shopping sakan utk raya...nak kuar siang hari, panas..so kuar ler malam....dah kuar tu, biasalah...terawih entah ke mana...

entah ler..didikan kot. abah selalu pesan kat kami adik beradik...maklum ler jauh dari pandangan dia...dok kat sana jangan lupa terawih..baca Quran tu..jangan berkawan dgn org bukan2...sbb nti kita akan terpengaruh. Abah cukup risau sbb anak dia ramai perempuan...alhamdulillah...setakat ni kami masih menjadikan agama dan Islam sebagai pegangan hidup...sbb bila kita selalu letakkan iman dan Islam di landasan paling hadapan kehidupan kita...insyaallah kita tak akan sesat atau tergelincir ke jalan yg salah....

rindunya pada family...last balik awal bulan 7...x sabar nak tggu cuti lagi 2 minggu. kalau raya...satu je dalam fikiran...bkn baju raya..bkn kuih raya...tapi hari berkumpul satu keluarga...suma balik...suma tgglkan kerja sbb nak sambut hari kemenangan sama2....insyaallah, moga aku dapat berkumpul bersama keluarga pada Aidilfitri tahun ini...mj rindu kamu suma....rindu yang amat sgt...

buat ma, abah, tok mek, along, angah, uda, achik, alang, mak tam, uteh, mat, andak, hafiz, iwan, hajar, kinah, che sue...maknjang mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...halalkan makan dan minum..apa yg terambik, terhutang, salah kata, salah cubit...mj sayang sgt2 u all suma.....mj maafkan kamu semua...doakan mj yea...insyaallah...kita jmp di kampung nanti...tggu mj pulang.





keluarga bahagia ku...moga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa memayungi keluarga bahagia kita ini...amin..

Saturday, August 21, 2010

zakat fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

SYARAT WAJIB ZAKAT

1) Islam
2) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan
tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
3) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup
selepas terbenam matahari.
4) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan
Islamnya.
5) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
(Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal
dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari
terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya)

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1) Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari
esoknya.
2) Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
3) Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
4) Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu
Syawal.
5) Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri (2010)

Negeri Kadar Zakat Fitrah

Perak Rm 7.00
Perlis Rm 6.00
Pulau Pinang Rm 7.00
Pahang Rm 7.00
Selangor Rm 7.00
Sarawak Rm 5.20
Sabah Rm 6.80
Melaka Rm 6.50
Wilayah Persekutuan Rm 7.00
Terengganu Rm 5.00 / Rm 7.00 / Rm 8.00*
Kelantan Rm 7.00
Negeri Sembilan Rm 6.50
Johor Rm 5.50 / Rm 7.50*
Kedah Rm 7.00




*jangan lupa tunaikan kewajiban kita sebagai hamba Allah yang mengaku beriman dan bertaqwa....wallahu'alam

kehidupan banyak ujian



entah..nak mengeluh pun x blh..sbb mengeluh tu tanda kita x yakin dgn ketentuan Allah. Tapi masalah tetap wujud dalam tiap kehidupan...x tahu ler kot ada manusia yang tidak pernah punya masalah....

kadangkala kita tengok orang tu happy je..xde masalah ke dia ni...tapi mungkin dia bijak menguruskan masalahnya sehingga org sekeliling tidak pernah tahu apa masalahnya. tu pun masalah gak...sbb kalau macam tu, mcmana kita nak tolong dia...hehehhehe..

masalah dalam diri aku xdelah besar sgt cuma bila dengar berita perkhabaran tu menyebabkan aku bermasalah...adoiiii...nape ler jadi macam ni..selalunya aku cool je. mungkin sbb aku x menjangkakan masalah ni secepat ini..walhal aku tahu masalah ni lambat laun akan timbul gak....

sebenarnya bkn kerana perkhabaran tu, cuma kerana terkilan dgn keputusan. aku mengharapkan perubahan..namun itu mustahil...sepenuh jiwa di curahkan, jangankan penghargaan..keistimewaan pun x pernah nak rasa...last2 keputusan ni pengakhiran aku di situ...Ya Allah...ampunkanlah aku...aku tidak patut mengungkit..bkn ke aku dah niatkan kerja itu amanah....tanggungjawab....kenapa aku ungkitkan...kenapa ini terjadi...di mana aku yg cool...yang sentiasa always think positive....

Ya Allah...kembalikanlah aku yg dulu...aku yg sentiasa senyum..yg sentiasa meletakkan keyakinan pada keputusan MU.....kuatkan iman ku ini agar aku blh menghadapi situasi ini dgn penuh kekuatan, keikhlasan...bantulah aku Ya Allah...

wahai diri..ingatlah...tiap kejadian itu pasti ada hikmah sebaliknya...Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik di antara yg terbaik buat kita yg lemah ini.. Dia pisahkan sesuatu kerana Dia ingin berikan sst yg lebih baik utk kita...mungkin inilah yg terrrrbaik buat dirimu....yakin dan percaya pada ketentuanNya...tiap masalah pasti ada jln keluarnya....tawakal yea...tiada yg mustahil bagi Dia Yang Esa.

Bantulah aku Ya Allah...aku khilaf dlm dugaan ini....kuatkan imanku..
Ya Allah...setelah Engkau berikan aku petunjuk dan hidayahMu...jgnlah Engkau dolak balikkan hatiku ini...bimbingilah aku semoga sentiasa dlm rahmat dan redhaMu....amin

Sunday, August 15, 2010

DINAR EMAS KELANTAN

artikel ini ihsan dari blog http://tiapdetik.blogspot.com
just nak share dgn suma...makasih http://tiapdetik.blogspot.com





Selepas 4 tahun Dinar Emas Kelantan dilancarkan, Kelantan di bawah kepemimpinan ulama hari ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis pelancaran bersejarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Majlis pelancaran sempena bulan Ramadhan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Dalam majlis pelancaran berkenaan juga, Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan Dinar dan Dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM1,000,000 Dinar & Dirham telah dibeli orang ramai.

Saturday, August 14, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....selamat datang bulan penuh berkat...bulan penuh keampunan....alhamdulillah Ya Allah...kerana Engkau izinkan aku berada di bulan penuh berkat ini lagi pada tahun ini....sesungguhnya kebesaranMu dan kasih sayangMu tiada tandingan....terima kasih Ya Allah.....

bulan Ramadhan..bulan puasa...itu yang biasa kita tahu..kemudian kita akan sambut raya...yahoooo....hehehhehe...itu masa aku kecik2 dulu ler...satu je bayangan dalam minda ni...lps puasa kita akan sambut raya...dapat banyak duit raya...pakai baju raya....puasa yang yok...zaman kanak-kanak yang tak pernah fikir tentang apapun kecuali keseronokan....:-)

tiap orang pasti ada kenangan tersendiri...hehehe

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)


Antara keistimewaan lain pada bulan Ramadhan adalah:

1. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia

2. Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan

3. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar , iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.Berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa mendirikan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

4. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat. Sepertimana hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, " Apabila tiba Ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".


" Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga "

tapi adakah puasa kita benar-benar ikhlas? diterima Allah? atau puasanya itu hanyalah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Tidak lebih daripada itu, sehingga perkara ini pernah di sebut oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud, “Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum"( Shahih Attarghib : 1076,1077).

apapun, marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri, membetulkan niat berpuasa hanya kerana Allah Taala, sama-sama beriman dan bertaqwa menjauhi diri dari melakukan perbuatan yang boleh "menguruskan" pahala puasa kita...insyaallah, moga puasa dan amalan kita diterima Allah...moga kita akan mendapat berkat, redha dan rahmatNya di bulan mulia ini...dan akan membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman hanya kerana cinta kita pada Dia Yang Maha Esa...



moga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sudah...dan insyaallah, moga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan kekuatan oleh-Nya utk menjadi yang terbaik di sisi Dia Yang Maha Agung...wallahu'alam

*doakan ctasmah ini juga yea teman-teman...moga menjadi hamba Allah yang sentiasa di beri hidayah dan petunjuk utk hidup di dunia penuh cubaan ini dgn penuh kekuatan dan keimanan...selamat berpuasa...