Wednesday, January 13, 2010

MATA HATI

"Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahami atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? sesungguhnya (mereka yang tidal memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada" (Surah al-Haj 22:46)

selalu kita dengar, lihatlah dengan mata hati kerana ia adalah benar, kerana dengan melihat melalui mata nafsu akan menyebabkan kita seringkali terbabas ke landasan yang salah dalam kehidupan penuh mehnah ini.

hayati lirik nasyid "MATA HATI" nyanyian kumpulan Hijjaz.

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


manusia memandang kehidupan dunia melalui pandangan mata, akal, nafsu dan juga mata hati. Pandangan melalui mata kasar memang jelas kelihatan, namun ianya seringkali menipu. Jelas kelihatan hanya pada pandangan luaran yang elok, bersembunyi, namun seringkali apa yang di lihat tidak sama dengan apa yang sebetulnya. maka pandangan mata sifatnya selalu menipu.

melalui pandangan akal, kadangkala salah tafsiran. Tidak semua perkara boleh di capai dek akal manusia yang terbatas. Manusia seringkali bertelingkah berbeda pandangan, ini kerana akal (fikiran) adakalanya boleh tersalah. maka pandangan akal tidak tepat dalam menjamin kehidupan yang penuh ujian dan dugaan.

melalui pandangan nafsu, manusia seringkali hanyut dalam kehidupan. Sifatnya adalah melulu. Nafsu bila menguasai diri, akan membinasakan seluruh diri manusia itu. Nafsu seringkali terbabas..ikut nafsu, binasalah diri, kerana dalam diri manusia ada satu sifat tamak yang mana jika tidak mampu menguasai nafsu tamak, kehancuran di akhirannya.

melalui pandangan mata hati, insyaallah kehidupan manusia di dunia yg sementara pasti akan selamat, demi meneruskan perjalanan untuk kembali ke tempat asal yang hakiki satu saat nanti. mata hati sifatnya adalah hakiki, pandangan yang paling tepat. walaubagaimana pun,tidak semudah itu untuk kita hamba Allah yang lemah ini melihat melalui mata hati. Bila hati dikotori, ianya bukan lagi pandangan kebenaran kerana sudah di cemari. maka jagalah sekeping hati, bersihkan hati kita agar kita mampu melihat pandangan kehidupan dengan pandangan mata hati yang tulus bersih, pandangan mata hati yang tidak di kotori, pandangan mata hati yang tepat dan hakiki.

jagalah hati yang di amanahkan Allah sebaik-baiknya kerana dengan hati yang bersih sahaja kita mampu mengharungi apa jua bentuk ujian kehidupan, demi mencapai dan meraih kasih dan cintaNYA yang tulus dan sejati...yang tiada tandingannya...demi mendekatkan jarak kasih antara kita hamba Allah yang lemah ini dengan Sang Pencipta Yang Maha Kuasa...hanya melalui pandangan mata hati yang bersih sahaja kita mampu hidup aman dan selamat di dunia yang fana ini...dunia yang sementara, agar kehidupan dunia yang tidak kekal ini bukan ancaman dalam matlamat kita untuk sampai ke destinasi yang kekal akhirnya...di sisi Allah dan bersama mereka yang soleh.

wallahu'alam






"CARILAH HATIMU DI 3 TEMPAT...TEMUI HATIMU SEWAKTU BANGUN MEMBACA AL-QURAN. TAPI JIKA TDK KAU TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT. JIKA TIDAK KAU TEMUI JUGA, KAU CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI. JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, MAKA BERDOALAH KEPADA ALLAH, PINTA HATI YANG BARU KERANA HAKIKATNYA PADA KETIKA ITU KAU TIDAK MEMPUNYAI HATI" -PESAN IMAM GHAZALI

Sunday, January 10, 2010

LAGU PILIHAN : KASIHMU AMANAHKU nyanyian INTEAM

KASIHMU AMANAHKU

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


(lagu ni di tujukan khas buat azra tersayang akan bakal menjadi raja sehari...kak as sayang kamu...dan akak doakan moga mahligai yg bakal di bina di sinari Nur rahmat, kasih sayang, redha dan berkat dari DIA Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..amin)

LAGU PILIHAN : SATU CINTA nyanyian Star5

video

Satu Cinta
Album : Satu Cinta
Munsyid : StartFive
http://liriknasyid.com


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


(jom layan nasyid best ni...lagu ni di download dr You Tube...sbb best, nak letak dlm blog hamba Allah..nak bagi u all dengar sama....hehehehe)

Sunday, January 3, 2010

syukur....sujud syukur....

Assalamualaikum…


Em, saja nak kongsi tentang sujud syukur…hehehehhe
Selalunya ayat ni seringkali di ingatkan pada adik-adikku..jugak diri sendiri. Seringkalilah, dan selalulah lakukan sujud syukur…sebab kita kekadangkala lupa apa yg kita miliki, kejayaan, kemenangan dan juga kebahagiaan ini suma milik Allah yang abadi….Dia hanya pinjamkan kejap je buat kita…sekurangnya, kita dapat rasakan nya kan…


Buat adik-adikku, diaorg sering solat hajat, solat mohon macam-macam dgn Allah. Ya, kita di anjurkan memohon pertolongan, meminta padaNya, x kiralah lulus exam, cepat kawin, juga memohon mintak hidayah dan petunjukNya….sebab di situ kita mengakui tiada yang berkuasa melainkan Allah Taala…Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya….ingat tu…segala-galanya..


Bila time nak exam, selalu bangun tengah malam utk solat hajat…tapi bila dapat markah yg elok, kekadang lupa nak sujud syukur, tp sekurangnya kita x lupa sebut Alhamdulillah. Tapi x semestinya time dapat apa yg di hajati je kan. Em..kita dpt hidup hari ni..dpt hirup udara di bumi Allah, dpt makan, dpt jalan…macam-macamlah…tu pun kita kena ingat..kalau Allah x izinkan…segalanya tak akan berlaku…kita x blh bernafas, x blh makan, x blh jalan…em…betulkan kekawan….sebab tu kita di anjurkan jadilah hamba Allah yang benar-benar bersyukur tiap masa atas anugerah yg plg mahal Allah kurniakan ini….kehidupan di bumiNya….dan rasa kebahagian hidup itu dapat di nikmati apabila kita tahu erti sebuah kesykuran atas apa yang kita miliki…


Em..apa kata lepas solat cuba praktikkan sujud syukur (sekali je sujud ni)..then dgn penuh keinsafan, keikhlasan dan kesungguhan..nyatakan kesyukuran yg teramat x terhingga buat Yang Maha Kaya…Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…Allah Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kita peluang untuk merasai nikmat kehidupan di bumi Allah ini…insyaallah, mudahan kita dapat mengikis rasa bangga diri, riak dan takbur dalam kamus hidup kita, malah kita boleh membina rasa wasatiah, rendah diri, tawaduk, dan sentiasa bersyukur setiap masa dalam diri kita, dalam membentuk jati diri yang mengaku beriman, yang mengaku hamba Allah yang bertakwa…insyaallah..sama-samalah kita berusaha jadikannya tabiat diri..buat sesuatu kena istiqomah…berterusan…jgn sekerat jalan, nanti matlamat x sampai….hehehhe..


Em..kat bawah ni ada artikel mengenai sujud syukur ni…jom kita kongsi sama-sama ek…

SUJUD SYUKUR


Sujud syukur bermaksud kita sujud kerana ingin mengucapkan kesyukuran, terima kasih kepada Allah kerana diberikan kemenangan, kejayaan yang mengembirakan, maka kita sewajarnya sujud sekali sahaja sebagai menandakan kesyukuran, terima kasih kepada Allah Taala.

Hadis berkaitan sujud Syukur yang bermaksud:
"Daripada Abi Bakrah Ra.bahawasanya Nabi SAW adalah apabila mendatangi akan dia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud (sujud syukur) kerana Allah".

Syarat dan rukun sujud

Ketika ingin melaksanakan ibadah sujud kepada Allah, syarat-syarat dan rukun-rukun sujud itu hendaklah dipatuhi dan dipenuhi keseluruhannya agar permintaan kita dan sujudnya kita itu diterima Allah hendaknya.


Syarat-syarat sujud adalah:

•Suci dari hadas kecil dan hadas besar
•Suci dari sebarang dan segala najis
•Sujud dengan menghadap Qiblat
•Menutup aurat

Rukun-rukun sujud adalah:

•Niat sujud
•Takbir(dengan membaca Allahu Akbar)
•Sekali sujud (kecuali sujud pada solat fardhu dan sujud sahwi)
•Bangun dari sujud
•Memberi salam
•Tertib

Apakah sujud syukur memerlukan salam? Terdapat dua pendapat. Pendapat pertama ialah ia memerlukan salam kerana memerlukan takbiratul ihram dan menjadi seperti sembahyang jenazah. Pendapat kedua mengatakan, tidak memerlukan salam kerana hal itu tidak dinukil dari pada Nabi saw.


Wallahu’alam





"janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati kerana sesungguhnya kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman..."
(surah ali-imran:ayat 139)

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

alhamdulillah...masuk tahun 2010 ni...maksudnya bilangan umur bertambah ni...hahahha.. jiwa maintain muda walaupun angka usia meningkat tahun demi tahun....(x sedar diri ni)...

em..malam ni kat kaca tv blh tgk..penuh dataran merdeka, the curve, klcc...mana2 tempat penuh lautan manusia menunggu detik jarum jam 12 malam...menandakan welcome 2010....percikan bunga api...sorakkan...meriah tu...paling best bila firework tu dilepaskan...penuh cahaya...cantik....(tgk dari tingkat umah je)....

tapi bayangkan...sementara menanti detik 12 malam tu...berkumpul ramai-ramai tengok konsert...macam xde pengisian...yelah nak tggu detik 12 malam blh tgk konsert free. ok...tp bayangkan percampuran lelaki perempuan...bersorak..berseronok...bagaimana agaknya kalau boleh nampak celah-celah lautan manusia tu syaitan dok berdansa, seronok tgk manusia musuh ketat mereka agak lalai...agaknya mereka kata..."malam ni kenduri besar ni...manusia jadikan dunia syurga kekal ni"...(agaknya lah)

entahlah, tiap tahun pun macam tu...esok kuarlah paper, ada tangkapan oleh JAIS, pasangan berkhalwat, di culik, di rompak, dan 1000 macam masalah sosial lain. tiada perubahan dalam kehidupan...so, apa guna sambut tahun baru kalau diri sendiri x ubah ke arah pembaharuan yg lebih baik dari sebelumnya.....

azam menggunung tinggi, tapi pelaksanaan kekadang x sehangat kata-kata (diri sendiri sama gak)...so apa guna perubahan tahun ni? seolah peralihan hari je...macam khamis ke jumaat...then ubah tarikh...nothing....

sebenarnya kalau betul-betul istiqomah...tiap tahun perbaharui keadaan diri, kehidupan agar lebih baik dari yang sebelumnya....penghijrahan ke arah positive, jangan pulak ke arah yang makin teruk, tu namanya kemusnahan...hehehhehe....
apa azam tahun ni? soalan tu mesti di tanya tiap kali nak msk tahun baru.

kita kena berusaha jadi lebih baik dalam kehidupan x kira kerjaya atau kehidupan, kena bersungguh-sungguh seolah kita nak hidup tongkat dunia 1000 tahun lagi....begitu juga dengan keinginan atau azam untuk meningkatkan kualiti amalan diri di mata Allah. Meningkatkan kualiti amalan kita sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kita yang mengaku hamba Allah yang Islam, yang beriman, yang patuh pada ajaran agama. Keazaman untuk mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan pulang ke negeri abadi kelak.....kena berazam bersungguh-sungguh...seolah-olah kita x akan jmp lagi tahun dpn...tahun 2011...seolah-olah nilah tahun terakhir kita menumpang di bumi Allah yang sementara......

tapi, jangan sekadar azam di bibir, keinginan dalam diari...tapi berusaha sungguh-sungguh, istiqomah...laksanakan, barulah namanya perubahan, pembaharuan dari tahun ke tahun.....baru betul....welcome 2010.....

em...apapun..selamat datang 2010...perubahan? tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya kemahuan diri, tanya kemampuan sendiri....hanya kita boleh mengubah nasib dan diri sendiri jika kita inginkan....x kira bagaimana kita sambut tahun baru, yang pasti sayangi diri sendiri, ia amanah Allah yang di pinjam sementara buat kita....
istiqomah dan muhasabah diri sentiasa....insyaallah...Allah sentiasa bersama hamba yang berusaha dan yakin pada qada dan qadarNya....INGAT, tiada yang mustahil bagi DIA Yang Maha Kuasa......wallahu'alam.....