Saturday, June 27, 2009

gambar yang pelik,tapi benar

gambar ini di terima dari teman yang ingin berkongsi cerita...pelik tapi benar...
kebenarannya wallahu'alam..mungkin berlakunya perubahan pada bentuk pokok, batuan yang akhirnya membentuk rupa sedemikian atau sebaliknya...wallahu'alam....tapi gambar2 ini cukup unik dan menarik....apapun...sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Dia Yang Maha Kuasa....


















Sunday, June 21, 2009

hari lahir aku

alhamdulillah..tanggal 21 jun 2009..genap 29 thn aku singgah kat bumi Allah ni... makin lama hidup makin banyak pengalaman...(org kata le)..
biasalah..pengalaman hidup adalah guru kita..mengajar kita erti kesyukuran, kebahagian, keseronokan, segalanya...nikmat kehidupan adalah anugerah Allah yang tak ternilai....patutnya aku makin dkt dengan Allah (sbb dah lama hidup)...hehehehhe..
tapi aku ni manusia yg lemah selalu khilaf dlm segala hal....Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku jauh dariMu walau sedetik pun...moga hati dan jiwa ku sentiasa bersamamu....terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan yg Engkau kurniakan padaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....walaupun aku selalu jauh dariMu...jadikanlah aku ini hamba yang sentiasa bersyukur atas apa pemberianMu, jauhkan aku dari riak dan takbur, janganlah Engkau biarkan aku hanyut dlm kehidupan duniawi yang indah sementara ini....kuatkan imanku Ya Allah....kuatkan imanku Ya Allah..kuatkan imanku Ya Allah.....

semoga hari2 ku sentiasa di limpahi rahmat, kasih sayang, redha dan keberkatan dari Mu Ya Rabbi....Tuhan Yang Maha Esa..Maha Kuasa.....

(buat teman2...terima kasih utk ucapan...thn ni mcm biasa..mst ada ucapan semoga cpt bertemu jodoh....hehehehe...amin..semoga doa kalian di makbulkan...hehehe..moga aku dititipkan seorg hamba Allah yang benar2 mencintai Allah yang dapat membimbing aku dunia dan akhirat...yang dapat membantu dan sama-sama menuju ke jalan Allah...insyaallah...doakan aku yea wahai sahabat...)

Sunday, June 14, 2009

AL-KISAH JARI JEMARI

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah.. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Wallahu’alam…ini artikel dari email yang di terima daripada kawan punya kawan, punya kawan...hehehhehe...x kisah, janji info yang boleh kita kongsikan di dalamnya.

Friday, June 12, 2009

JEREBU

Perjalanan dari petaling jaya ke puchong rasa macam malap je. Udara di luar tingkap kereta menyebabkan suasana alam ini seolah menjadi suram. Jam 4.30 petang, bangunan sepanjang lebuhraya damansara-puchong kelihatan kabur. Ada lapisan asap yang menutupi pandanganku...Ya Allah, jerebu makin teruk rupanya.Malahan aku makin terasa sesaknya pernafasan bilamana penyakit asmaku makin teruk akhiran ini. Udara kotor di luar menyebabkan aku perlu menyedut inhaler lebih kerap. Inilah akibatnya jika alam mula sakit..kesannya turut dirasa oleh makhluk Allah di bumi ini. Kerakusan dan ketamakan manusia juga punca terjadinya fenomena yang melanda alam ini. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah atas kehendakNya...mungkin sebagai peringatan pada kita manusia yang makin menjauh dariNya.....ambillah ikhtibar dari setiap apa yang berlaku. sesungguhnya Allah itu Maha Agung, Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana....

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.


Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat


Masalah kesihatan
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
• Kanak-kanak
• Orang tua
• Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
• Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
• Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
• Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
• Iritasi di mata serta mata yang merah
• Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
• Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
• Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
• Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
• Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
• Selalu minum air
• Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

(Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)


Dari ruangan berita kosmo hari ini, tempat yang paling teruk di landa jerebu adalah Pelabuhan Klang.


Pelabuhan Klang, Ipoh tidak sihat

KUALA LUMPUR – Pelabuhan Klang dan Ipoh mencatat tahap kualiti udara tidak sihat semalam yang menyaksikan jarak penglihatan susut kepada lima kilometer (km).
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu melepasi 100 pada 2 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya memberitahu, tahap kualiti udara merosot disebabkan peningkatan kandungan pencemar ozon di permukaan bumi berpunca dari pelepasan asap kenderaan bermotor dan industri.


JEREBU menyebabkan Menara Kuala Lumpur hampir tidak kelihatan dalam gambar ini yang dirakamkan pada 4.52 petang semalam. - Ahmad Zakki Jilan

(kosmo 12 jun 2009)

Allah berfirman "Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan dugaan iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa serta buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar " (surah al-Baqarah, ayat :155)

Wednesday, June 10, 2009

CALON SOLEHAH

Calon Solehah
NuRul IsLam
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah

ciri-ciri isteri solehah

Nak cari yang benar-benar solehah bukan senang. Syarat-syarat wanita solehah? Solat lima waktu, taat pada ibubapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat. Tak susah nak cari wanita yang memenuhi syarat-syarat ini. Sebab ini semua lahiriah. Namun ingin mencari yang solehah dan bertakwa itu sukar. Takwa tidak dapat di ukur kerana ianya terbit di dalam hati. Bagaimana ingin mendapatkan isteri yang bertakwa ini?

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.
2. Mentaati Ibu Bapa

Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami
Setelah berkahwin seorang wanita harus mentaati suaminya.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri solehah haruslah bijak mengurus rumahtangga. Mereka tidak boleh keluar dari rumah tanpa keizinan dari suami. Isteri yang solehah harus bijak mengurus keperluan dan keselesaan suami. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah terhadap suami dan anak-anak.

5. Berhias untuk suami
Berhias sinonim dengan hamba Allah bernama wanita. Tetapi yang banyak berlaku sekarang, wanita itu hanya berhias apabila keluar dari rumah, akan tetapi lain pula ketika berada di rumah. Di rumah mereka lebih selesa ala kadar, kadang kala langsung tidak menampakkan wajah yang ceria, kusut dan selekeh. Padahal Islam menganjurkan supaya seorang isteri berhias hanya untuk suami. Berhias bukan sahaja ketika menyambut kepulangan suami, malah ketika suami berada di rumah. Ini boleh mewujudkan suasana yang gembira dan tenang pada si suami, malah mereka akan selesa untuk berada di rumah bersama isterinya.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah adalah yang sentiasa menitik beratkan dan menjaga penampilan diri. Mereka akan selalu mejaga aurat apabila berpakaian, terutamanya ketika keluar dari rumah. Seorang wanita yang solehah sama sekali dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan. Aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Namun jika mempunyai keperluan atau sebarang urusan, batas-batas pergaulan perlu di jaga. Ini untuk mengelakkan berlakunya sebarang fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seorang wanita.

8. Bersahabat dengan wanita solehah
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
Dengan siapa kita berteman, cara pergaualan menggambarkan sedikit sebanyak siapa diri kita sendiri. Oleh itu pilihlah sahabat yang baik kerana kita turut mendapat tempias di atas kebaikan mereka, begitulah sebaliknya.


Untuk mendapatkan isteri yang solehah, jadikan diri sendiri terlebih dahulu soleh. Muhasabah diri, ukur tahap iman dan takwa kita. Ini kerana kita tahu tahap keimanan kita bebanding mengukur keimanan orang lain. Allah telah menjamin lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah..insyaallah.


Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”

Tuesday, June 9, 2009

ciri-ciri suami soleh

Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Namun kita di suruh berusaha dan berikhtiar. Memilih calon suami bagi seorang wanita lebih berat jika di lihat sedalamnya. Salah pilih, manakan dapat membina rumahku syurgaku…lebih takut lagi ianya tidak mampu bertahan hingga ke akhirnya. Oleh itu jangan terburu-buru membuat pilihan. Lebih parah jika cinta itu membutakan mata dalam membuat pilihan. Carilah jalan dengan memastikan bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta mampu membimbing ahli keluarga menuju ke syurga. Setelah yakin dan percaya terhadap pegangan agama dan akhlak bakal suami, maka terimalah lamaran itu.
Nabi s.a.w bersabda “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar” (Riwayat Tirmizi)

Di sini ada beberapa tips yang saya petik dari tulisan zakaria sungib (majalah Anis) mengenai 10 kriteria memilih calon suami. Jadikanlah ia sebagai perkongsian ilmu untuk kita sama-sama menuju kehidupan yang lebih baik.

1. memiliki tabiat ‘soleh’
tabiat bererti kebiasaan bukan yang dilakukan sekali sekala. Kemasnya pegangan agama seseorang boleh dilihat dari tabiat ‘soleh’ seperti biasa bangun awal pagi sebelum subuh, solat berjemaah di masjid, solat di awal waktu, baca al-Quran, selalu menghadiri majlis ilmu. Akan tetapi jika di lihat dia seorang yang selalu terlepas solat subuh, suka bertangguh dalam bersolat, tidak ke masjid, apa yang boleh di rumuskan, ‘agama’ seseorang itu belum kemas.

2. menggemari ilmu
lihatlah pada tabiat membacanya, bahan bacaannya (bahan ilmiah, buku agama). Selidiki adakah dia gemar hadiri majlis ilmu di masjid atau sebagainya. Seorang lelaki harus melengkapi diri dengan ilmu terutama ilmu fardhu ain sebelum ia bernikah, kerana dia nanti akan memimpin keluarga itu.

3. datang dari lingkungan baik-baik
kenal keluarganya, kenalannya, maka kita boleh membaca bagaimana keperibadian seseorang itu. Faktor persekitaran ini perlu dirisik calon pasangan. Seorang yang berasal dari keluarga yang mempunyai didikan agama biasanya akan mewarisi sifat soleh ibubapa nya. Seorang yang berteman dengan orang yang baik-baik juga pasti akan mendapat tempias dari kebaikan temannya itu.

4. mempunyai hubungan baik dengan keluarga
keakraban dengan keluarga boleh dilihat bagaimana mereka berkomunikasi, kekerapan berhubungan, kemesraan dan kasih sayang antara mereka. Hubungan baik calon suami dengan ibubapa mereka akan mewujudkan rasa yakin dan selesa pada wanita yang bakal di kahwini. Ini kerana apabila berkahwin, wanita adalah milik suami dan keluarga suami. Sepenuh ketaatan perlu di berikan pada suami dan rasa hormat kepada ibubapa suami.

5. mempunyai daya juang yang tinggi
hidup adalah perjuangan. Risiklah juga daya juang dalam kehidupan calon suami. Adakah dia seorang yang kuat semangat juang dalam membina kehidupan yang lebih baik. Adakah dia seorang yang berkeyakinan atau sebaliknya. Ini penting untuk membentuk kehidupan berkeluarga kelak.

6. mempunyai rasa tanggungjawab
sifat ini dapat dilihat pada sikapnya yang suka mengambil berat, menegur, menasihati dan membantu. Adakah dia seorang yang prihatin dan mengambil berat akan keluarganya, terutama kedua ibubapanya.

7. ikhlas
keikhlasan adalah perkara yang tidak dapat dilihat. Ianya tersembunyi jauh di hati. Namun dengan tingkah laku dan sikapnya, sedikit sebanyak kita boleh melihat keikhlasan seseorang.

8. jujur
adakah dia seorang yang suka berbohong? Bercakap berbelit-belit? Seorang yang jujur walaupun ianya menampakkan kelemahannya?

9. hatinya baik
soal hati agak sukar untuk di nilai. Namun daripada tindak tanduk perbuatannya apabila berdepan dengan sesuatu situasi, kita boleh melihat sejauh mana perangainya yang sebenar. Adakah dia seorang yang sabar? Bertimbang rasa? Penyayang? Pemaaf?

10. berhemah
seorang yang berhemah selalunya ‘cool’ dan tidak emosional dalam menghadapi sesuatu situasi. Dari situ boleh di lihat sejauh mana berhemahnya si dia.



Ciri-ciri ini mungkin terlalu sempurna sedangkan kita manusia tiada yang sempurna. Sekurang-kurangnya, panduan ini di jadikan tips memilih calon suami ideal. Jangan silap memilih, namun jika inginkan calon yang ideal, seorang wanita itu perlu cermin diri sendiri, ideal kah kita untuk lelaki ideal ? lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. Oleh itu perbaikilah diri kita terlebih dahulu untuk menjadi yang baik, barulah kita layak untuk mendapatkan yang baik juga. Allah itu Maha Adil dan hanya akan berikan apa yang selayaknya buat kita semua. Wallahu’alam

Sunday, June 7, 2009

perkahwinan

wah..cuti sekolah..sinonim dengan majlis perkahwinan. almaklumlah, cuti sekolah ramai yang boleh ambil cuti panjang....apapun, di sini nak berkongsi sikit informasi mengenai perkahwinan....secara umumnya..yang baik kutiplah sebagai panduan, yang x elok datang dari diri ini yang khilaf dan sememangnya lemah dalam segala hal. bahan rujukan adalah dari majalah Anis.....

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang hamba berkahwin, maka telah sempurnalah setengah agamanya, kini hendaklah ia bertaqwa kepada Allah pada setengah yang baki.”

Keberkatan rumahtangga bermula dari awal perkahwinan. Kita perlu berusaha agar sumber-sumber ini penyumbang kepada keberkatan. Dari memilih jodoh, akad nikah, dan majlis kenduri kahwin perlu dititikberatkan agar ianya mendapat keberkatan Allah.

Memilih calon
Nabi s.a.w mengingatkan : “Apabila datang seorang lelaki (melamar) kpd kalian dan kalian redha akan agama dan akhlaknya, nikahilah dia (anak perempuanmu). Jika tidak maka fitnah dan kerosakan akan meluas di muka bumi” (riwayat Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan bahawa jangan menunggu sehingga yang berharta, berpelajaran tinggi, berpangkat datang meminang. Asalkan yang datang meminang itu diselidiki dan diyakini bagus agama dan akhlaknya, eloklah di teima pinangan tersebut. Belanja hantaran tidak perlu menjadi halangan bagi sesuatu perkahwinan.

Namun di lihat hari ni, walaupun mas kahwin adalah rendah (mengikut kadar yang ditetapkan pihak agama negeri) akan tetapi hantaran kahwin seolah-olah menjadi rukun wajib kahwin. Hantaran yang tinggi ini menjadi bebanan pada si suami untuk meneruskan perkahwinan. Apabila nilai hantaran ini di lihat keutamaannya, maka persoalan agama kurang di titik beratkan. Inilah salah satu punca terhapusnya kekuatan yang menghalang keberkatan dalam sesuatu perkahwinan.

Majlis akad nikah yang berkat
• Di masjid
Majlis akad nikah juga ada perkaitan dengan keberkatan rumah tangga yang di bina. Di masjid, dalam suasana rumah Allah, tentulah yang hadir akan menjaga adab, berwudhuk,niat berikhtikaf dan solat tahiyatul masjid sebelum duduk dalam majlis. Oleh kerana ianya di tempat ibadah, pasangan pengantin yang baru di ijab kabul boleh terus menunaikan solat sunat nikah. Suasana begini boleh memberi keberkatan, kerana ianya turut di saksikan oleh orang yang soleh.
• Hari jumaat
Hadis ada menyebut, hari jumaat sebagai hari yang baik untuk akad nikah. Mengenai kelebihan hari jumaat, sabda Nabi s.a.w “ sesungguhnya hari jumaat itu kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, lebih besar dari Aidiladha dan Aidilfitri” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
• Bulan Syawal
Akad nikah juga baik di lakukan pada bulan Syawal, malah menurut ulama hukumnya sunat. Dari Aisyah r.ha, katanya “Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal, dan tinggal serumah denganku pada bulan Syawal. Maka isteri Rasulullah s.a.w mana yang lebih dicintainya daripadaku?” (Riwayat Muslim)
Menurut keterangan kitab, Siti Aisyah sengaja menyebut hadis ini untuk menghapuskan kepercayaan jahiliah kononnya bulan Syawal adalah bulan sial.

Walimah yang berkat
Untuk keberkatan yang melimpah ruah, walimah hendaklah di atur agar menepati syariat. Jangan ada perkara yang dimurkai Allah sepanjang majlis walimah seperti menari, menyanyi, minum arak, percampuran lelaki dan perempuan, serta persandingan yang menjolok mata. Belanja kenduri itu juga perlulah bersih dan halal sumbernya. Jemputan pula tidak hanya tertumpu pada golongan kaya. Golongan fakir miskin, anak yatim dan jiran terdekat juga perlu di undang memeriahkan majlis perkahwinan ini. Dari Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan pesta, apabila yang diundang ke pesta itu hanya orang-orang kaya tanpa dijemput orang miskin (Riwayat Muslim)

Niat yang murni
Setiap amalan perbuatan kita perlu dimulakan dengan niat. Apa yang diniatkan akan menentukan hasilnya. Maka untuk mendapatkan keberkatan rumah tangga, pasanglah niat-niat murni yang di semat di hati ikhlas kerana Allah Taala. Suami mahupun isteri perlulah memasang niat yang murni, ingin menjadi isteri atau suami yang baik, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah-meramaikan umat yang berkualiti. Dan macam-macam niat yang selari dengan kehemdak Allah lagi. Kesemua niat baik itu di nilai Allah sebagai kebaikan dan insyaallah, mudahan dari situlah keberkatan dan redha Allah akan melimpah.

Niat perlulah seiring dengan perbuatan. Dalam membuat persiapan perkahwinan, berusahalah agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Allah. Sumber maskahwin, hantaran, kenduri kendara biarlah dari hasil yang halal dan berkat. Jangan ada sifat menyombong, menunjuk-nunjuk, bermewahan dan sebagainya. Jika keberkatan ini di jaga seawal perkahwinan, insyaallah, keberkatan Allah akan melimpah dan berpanjangan hingga ke hujung usia.

Mas Kahwin

Satu syarat yg perlu dipenuhi oleh pihak lelaki sebelum akad nikah berlangsung adalah menentukan pemberian mas kahwin. Pemberian mas kahwin atau mahar diwajibkan ke atas calon suami sebagai pemberian atau hadiah kepada pasangannya sewaktu majlis akad nikah.

Mas kahwin yg di namakan oleh Allah Taala sebagai ‘sidqah’, sepertimana yg di sebutkan dalam al-Quran : “berikanlah mas kawin kpd wanita (yg kamu nikahi) sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagiaan drp mas kawin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sbg makanan) yg enak lagi baik akibatnya” (An-Nisa: 4)

Pemberian mas kahwin hendaklah bersesuaian dengan kemampuan yang memberi. Ini kerana syariat tidak menetapkan atau menghadkan pemberiam mas kahwin samada sedikit atau banyak. Tiada halangan selagi masih dalam batas kemampuan si suami.

Pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada sedikit atau banyak, tetapi dalamnya tersirat rasa dan perasaan si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman hidupnya. Oleh itu, mahar atau mas kahwin ini pastinya adalah sesuatu yang layak bagi wanita itu menerimanya.

Jumlah sebenar mahar, terpulang kepada persetujuan kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, syariat tidak menggalakkan mahar yang tinggi hingga membebankan pihak lelaki. Sebaik-baik mas kahwin menurut hadis adalah yang lebih rendah nilainya. Agar ianya tidak membebankan lelaki. Namun tidak pula terlalu rendah hingga menjatuhkan martabat wanita itu. Mas kahwin adalah yang di wajibkan, berbeda dengan hantaran yang mana ianya lebih kepada adat.

Mas kahwin atau mahar itu tidak semestinya berupa wang atau harta benda tetapi boleh jadi sesuatu yang berguna dan bermanfaat serta boleh dijadikan mahar.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata, “Ketika Ali r.a kahwin dengan Fatimah r.a, Rasulullah s.a.w berkata kepada Ali ‘Berilah sesuatu (sebagai mas kahwin) kepadanya.’ Dia menjawab “ Saya tidak punya apa-apa” baginda bertanya, “Mana baju besi huthamiyahmu?” Dia menjawab, “Ada padaku” Baginda pun bersabda ‘ Berikanlah ia padanya’ (Riwayat an-Nasa’i)


Akad nikah

“Aku terima nikahnya…….” Ucapan ini perlulah difahami di mana ianya bukan sahaja satu perjanjian antara dua orang lelaki (suami dan wali) tapi juga merupakan perjanjian dengan Allah SWT. Ianya merupakan amanat Allah yang perlu dipikul oleh suami ke atas wanita (isteri) yang dinikahinya. Amanah inilah yang menjadi tali pengukuh sebuah perkahwinan selain cinta.

“Dan pergaulilah isterimu dengan secara baik(wajar) dan apabila kamu tidak lagi menyukainya (mencintai) mereka (maka bersabarlah) jangan mudah putuskan tali perkahwinan kerana boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi Allah menjadikannya (sebalik itu) kebaikan yang banyak “ (An-Nisaa’:19)

Dengan bersaksikan para saksi yang adil, sang suami ketika menerima akad nikah (kalbul) sebenarnya telah berikrar kepada wali isterinya untuk :

• Memberi nafkah
Sanggup dan bersedia memberi nafkah (makan, minum, pakai, tempat berteduh) pada si isteri.

• Menjaga dengan baik
Bersedia menjaga si isteri dengan baik. Melindunginya.

• Memimpin dengan kasih sayang
Bersedia menentukan dan memimpin hidup berkeluarga yang ditetapkan syariat

• Mendidik dengan sabar
Bersedia mendidik dan membimbing isteri menjadi isteri solehah dengan sabar.

• Melepaskan dengan baik
Bersedia melepaskan isteri dengan baik jika tiada jodoh yakni bercerai. Ianya merupakan jalan terakhir kpd pelbagai usaha.

• Mempertaruhkan diri bertanggungjawab
Bersedia bertanggungjawab ke atas isteri dunia dan akhirat.

perkahwinan yang berkat akan membawa kebahagian yang berpanjangan..dunia jua hingga akhirat...bilamana sesuatu itu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah, pastinya nikmat yang dikecapi akan manis terasa...kerana ia sentiasa dijaga oleh Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.....wallahu'alam


kak sham dgn abg bahrin...semoga berbahagia dan berkekalan dunia dan akhirat....
tunggu...sambungan ciri2 lelaki dan wanita pilihan....:-)

solat subuh di masjid

Seorang pria bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid .Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . ditengah jalan menuju masjid , pria tsb jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah. Di rumah,dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI,berjalan menuju masjid . Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah.Dirumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pria yg memegang lampu.Dia menanyakan identitas pria tsb, dan pria itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'
Pria pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pria pertama bertanya kepada pria yangmembawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Pria kedua menolak. Pria pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawabannya sama. Pria pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
Pria kedua menjawab : Aku adalah Setan (devil/ evil)
Pria itu terkejut dgn jawaban pria kedua. Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,Allah memaafkan semua dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..' Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tau ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut

(ini petikan dari email yg di terima dari seorg sahabat)

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

amaran....plus peringatan...

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser
(carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Friday, June 5, 2009

5 jun 2009

hari ni penatnya aku rasa...sehari suntuk menghadap HPLC...biasa jam 4.30 aku dah siap nak punch card balik umah...kul 5.30 baru kuar opis....huhhuhhuhhuhhu
tapi yg bestnya aku dpt selesaikan kerja..cuma tunggu nak buat report je hari isnin. kira berjaya ler walaupun ambik masa panjang sikit...maklum ler...kaedah cuba jaya, kenalah try and error......
kalau dah nama keje..mmg ler penat...tp satu je cara aku nak hilang tension kerja.. selalu buat lawak, senyum...dan yg pasti suka sakat mid...hahahhaha...sian mid kena buli dgn aku....lagi satu tips aku...mp3 mmg selalu bersama aku...dgr lagu blh hilangkan tension tau...so, kerja banyak atau susah...buat dgn happy...lama2 rasa seronok dgn kerja kita...jgn di layan sgt rasa susah dan penat...sbb dah nama bekerja, mmg ler penat...baru dpt hasilnya.....hahahahahah....btl x?

tp yg buat aku lg suka dgn keje aku sbb bos aku yg manis tu...kami pening nak buat pengiraan...dia akan turut serta tolong kami...buat perbincangan...respect ler bos.. tu baru nama bos yg dedikasi...bkn nya letak jarak bos dgn staff...baru kami seronok nak keje walaupun penat dan memeningkan kadangkala tu....(ikhlas ni yea, bkn bodek)
hahahahahahhaha

"kadangkala hidup perlu dilalui dgn selamba.anggap semua masalah sbg perencah.Yg mengembirakan pula sbg kebetulan agar yg pahit x terlalu dirisaukan"
(aku petik dr buku Dr Tuah)

Thursday, June 4, 2009

ketika cinta bertasbih




novel ketika cinta bertasbih episod 1

novel ketika cinta bertasbih episod 2

ketika cinta bertasbih.........
baca lah novel ni...vol 1 best...yg vol 2 best gak sbb happy ending...tp yg penting isi dlm dia...kisah cinta, perjalanan hidup seorg anak di perantauan....best sbb kisah cinta kot....hahahhahah...tp percayalah, kutip sebanyak mungkin pengajaran dlm novel ini....bercinta dan berkasih itu boleh....sbb cinta dan kasih sayang itu anugerah Allah. manusia hidup perlu berkasih sayang......tapi cinta antara 2 jiwa yg berlainan jantina biasanya byk cubaan. biasalah....syaitan tu kan suka pd kemusnahan manusia.. bercinta blh tp ada cara dan batasannya...insyaallah, nikmat bercinta itu lbh manis bila mana kita sentiasa meletakkan iman dan ajaran Islam di landasan plg hadapan. bercinta kerna Allah....pasti akan mendapat redhaNya...maka..dirahmatiNya dan akan di jagaNya hubungan itu dunia dan akhirat.....wallahu'alam.

"TIDAK SEMPURNA IMAN SALAH SEORG DARI KAMU SEHINGGA KASIH IA KPD SAUDARANYA SEBAGAIMANA IA KASIH KPD DIRINYA SENDIRI..." -HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM

hari ini...

lamanya aku x buka blog ni...konon nak ada ruang sendiri..tapi masa tu xde..hehehehe..
pening ni...byk nya kerja kat lab aku rasa...sbb banyak report x siap, ,mesin pulak rosak..adoiiii.....tension? x sgt sbb suasana lab aku ok..sebab bos sgt ok (bodek ni). hahahhahaha...cuma pening sbb byk benda x siap....mcmana nak atasi masalah ni (sebenarnya bkn mslah aku pun)...mesin kalau dah sakit...lama gak nak ok..bkn blh bg pcm mcm aku kalau demam.....

semoga Allah permudahkan tiap urusan aku....aku dah rasa sgt sibuk, tp kalau tgk bos aku yg manis tu...lagi x cukup masa....(siap ada pembahagian masa) nampak sgt dia busy yg amat.....

think positive...jgn mengeluh...sbb tu tanda x ikhlas...kerja kena lakukan dgn dada yg lapang...baru kualiti kerja ok....tiap2 bulan dpt gaji...amanah tu....hahahahhaha
go ct go.....i can do it!!!!!!!!!!!hahahahhahahah