Tuesday, July 4, 2017

hidayah itu milik Allah

04072017

selalu 21 june akan tulis pasal hari lahir...kali ini malas nak isu pasal hari lahir. tapi tarikh inilah aku menjengah dunia dengan izinNya...ma bertarung nyawa melahirkan aku...hanya Allah saja mampu membalas segala pengorbanan dan jasa ma.....terima kasih Piah bt Haron/


kali ini nak tulis pasal hidayah...bukan nurhidayah ab bakar tapi cahaya hidayah yang datang dari Allah....hanya Dia berkuasa memberi petunjuk dan cahaya itu.

benarlah janji Allah...selalulah memohon doa dan bantuan hanya dariNya...jika Dia mengkehendakkan sesuatu maka tiada yang mustahil bagi diriNya. begitu jua hidayahNya...selalulah memohon agar Dia tidak mendolak balikkan hati dan hidayah setelah diberikan pada kita hamba yang lemah. Dia berhak memberi dan menarik sesuatu kerana semua yang kita miliki hanyalah pinjaman dan ihsanNya....

tiap manusia telah ditentukan skrip cerita kehidupan di dunia ini...maka diberikan ujian dan dugaan tidak kira dalam bentuk kemiskinan, kekayaan, kejayaan, kejatuhan...itu adalah ujian dan adakala musibah inilah penentu siapa kita di mata Allah...kerana yang membedakan antara kita manusia adalah iman dan taqwa...maka jangan pernah merasa diri hebat hanya kerana kamu tidak pernah tinggal solat, puasa, bertudung litup, dermawan....kerana dalam diri manusia dizahirkan satu tempat yang dinamakan hati yang boleh menyebabkan kita yang sebaik dan sehebat beramal ini mengundang kemurkaan Allah dan menghilangkan kesemua kebaikan dan amalan hebat itu. begitu juga dengan hidayahNya....Dia mampu meruntuhkan tembok ego dan kejahatan seseorang dengan cahaya hidayah ini..hanya sekelip mata....begitu hebatnya hidayah Allah.

inilah yang ingin di luahkan....hebatnya hidayah Allah kerana mampu mengubah dua hati manusia dalam pasukan kembali kepada fitrah agama Allah. Sudah berkali mengajak namun begitu keras hati manusia...tapi jika Allah mengkehendakkan maka terjadilah ia....alhamdulillah mereka kembali kepada agama Allah...menjadi hamba Allah yang patuh pada suruhan terutama dalam menjadikan solat sebagai tiang agama dan pegangan hidup mereka.

jika di tanya mereka bagaimana boleh berubah sedemikian rupa. Jawapan mereka ialah...masanya telah tiba...seruan bagaikan memanggil mereka kembali....seolah tiada jawapan yang boleh dirungkaikan.....keajaiban itu milik Allah dan tiada yang mustahil bagiNya.

terima kasih Allah kerana mengembalikan anak ayam ku kepada fitrah mu...wahai kamu berdua yang selalu ku panggil anak ayam kerana aku bagaikan ketua yang garang bak harimau...tapi kamu berdua sering mendengar nasihat...keras hati kamu tapi hidayah milik Allah...akulah insan paling gembira bila mana melihat kamu buat pertama kali meminta untuk solat dan menunaikan puasa...subhanallah hanya Allah tahu rasa syukur itu....moga kamu istiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah...bila kamu menjaga solat insyaallah kamu akan tetap dalam landasan Allah...sikit demi sedikit kamu akan mula rasa nikmatnya beragama dan kamu akan selamat.....




H/A: Ya Allah, berikanlah kami hidayah Mu dan tetapkan kami dalam agamaMu.. dan janganlah kamu mendolak balikkan hati kami setelah Engkau berikan kami hidayahMu...