Monday, May 1, 2017

anniversary x-vista 2017_perhentian island_02

16 April 2017

hari kedua di Perhentian Island....snorkelling....
dari jam 10 pagi kami menapak di jeti Long Beach, bayangan boat kami pun tak ada...sejam baru sampai...semua dah boring menunggu...nak marah tu memang le...tp bila naik je speedboat semua kemarahan tu dah hilang.....seronok....keindahan pulau ciptaan Allah sangat mendamaikan...datang nak bercuti kenapa perlu bawa kemarahan dan rasa serabut kan...kan...kan....hehehehhe



ini pemandu dan cikgu snorkelling kami...azri...sangat baik so tak jadi nak marah walaupun dia lewat

kami di bawa ke beberapa point yang menarik iaitu : turtle point, fish andcoral garden, shark point, blue lagoon, turtle beach.

aku dengan mija fobia dengan air tapi kami beranikan diri turun dan lakukan aktiviti snorkelling. dulu pernah nak tenggelam masa banjir so sangat fobia dengan air yang dalam. jaket keselamatan tidak mampu membuat diri rasa selamat....nasib baik geng ini sangat memahami...tangan tidak dilepaskan untuk memberi peluang padaku menyelam dan melihat keindahan coral dalam laut. subhanallah sangat cantik hidupan di bawah sana.......Allah Maha Kuasa....tiada satu mampu menandingi ciptaanNYA.....

semasa di turtle point kami tidak turun ke bawah kerana azri tidak boleh ikut serta kerana kawasan ini tidak boleh "parking" so tiada org untuk mengawal speedboat beliau. kami hanya menunggu dan penyu akan timbul sesekali dipermukaan.....seronok dan teruja....azri sanggup menyelam untuk membawa naik penyu semata-mata untuk memenuhi keterujaan kami melihat penyu tapi tidak kesampaian.....takpelah dik, azroi tak mahu jumpa azri tu....hehehhehehe

sangat seromok

kemudian kami di bawa ke kampung nelayan untuk makan tengahari. Inilah satu-satunya perkampungan di pulau perhentian. Ada masjid yang sangat indah, sekolah, klinik. rumah nelayan. Makanan di sini sedikit murah berbanding di Long Beach.


setelah kenyang, kami menyambung perjalanan ke point seterusnya..... sangat teruja melihat keindahan alam, melepas kepenatan kerja, meluangkan masa bersama geng vista.....terima kasih Allah....untuk kesempatan ini.....






setelah berpenat dengan aktiviti snorkelling, balik bilik, solat dan rehatkan diri....tidoq....sampai ke petang.....hehehhehehe....malam baru keluar mencari makan malam,lepak di tepi pantai, melihat bintang....esok dah nak balik.......

bersambung....

No comments:

Post a Comment