Friday, April 28, 2017

anniversary x-vista 2017_perhentian island_01

15 April 2017

setiap 15hb April adalah hari anniversary geng x vista...kami berkumpul..bercuti bersama...setahun sekali jumpa hehehe...banyak nak sembang..tapi banyak nak gelak je.

seawal pagi 15hb kami telah bertolak dari puchong ke terminal putrajaya. Flight kami ke kota bharu adalah jam 6.30 pagi. Kerana telah terlepas ERL pertama, kami terpaksa menunggu 28 min untuk next train....sampai di KLIA2...melilau mata membaca no penerbangan untuk berlari ke pintu pelepasan. Kami melihat gate J6 ke kota bharu...berlari ke gate J6...kami perlu menunaikan solat subuh...orang ramai berebut utk solat....lama kami...kenapa delay, biasanya first flight ke KB jarang delay...bila di beritahu kami telah tersalah pintu gate...rupanya flight kami adalah gate K12....berlari dari gate J ke K bukan satu larian yang pendek...K berada di hujung dunia....hish.....kami kena tinggal...heheheheheh...dah bertahun ku menggunakan khidmat AA utk fly ke KB tapi inilah kali terlepas penerbangan angkara tersilap gate.....

bersangka baik...Allah Maha Tahu. pasti ada asbab kami terlepas penerbangan pagi. Melilau kami mencari flight seterusnya kerana boat kami pada jam 12 atau 4 sahaja...alhamdulillah penerbangan jam 11.45 pagi ke kota bharu dengan MAS. kami terpaksa berpatah ke KLIA. Alhamdulillah jam 1.45 kami sampai di bumi Kelantan.....welcome to my hometown......wan dah sedia menjemput kami....





bergegas ke Jeti Besut, kami hanya sempat singgah utk solat jamak dan terus ke Jeti...makan tengahari tidak sempat.....nasib baik kami tidak makan, fastboat/speedboat yang membawa kami ke pulau perhentian kecil sangat laju...melambung...bayangkan hanya kami 4 orang penumpang sahaja. melambung melawan ombak.....sempat minum air laut yang masin..heheheh...at least lebih segar dari bau senna dalam production.

tiba di jeti perhentian kecil...seronok selepas di lambung ombak

Alhamdulillah sampai juga ke jeti perhentian kecil. Melilau cari aur dengan tebing sebab nak check in Tropicana Inn....dugaan betul...melilau cari mana chalet ni...rupanya boat salah hantar ke jeti. Maka kami terpaksa menapak naik bukit..redah hutan (kononnya) untuk sampai ke Tropicana Inn. Jauh,,,kerana boat sepatutnya menurunkan kami di jeti Long beach....maka terjadilah satu drama telemovie...ku mencari kekuatan....hahahhaha...geng x-vista...kesian kerana tidak menjamah nasi setibanya di kota bharu, zurin hampir pengsan gara-gara kekurangan gula dalam badan. jauh nak daki bukit memerlukan tenaga....nasib baik Pak Tan tak pikul bawa balik ke chalet.....seronok betul gelakkan zurin...kamu ini penghibur kami tau....

selepas rehat, mandi, kami keluar untuk mencari sesuap nasi....lapar kot....subhanallah aman damai segar udara di tepi pantai....suasana juga meriah....menu pertama kami adalah nasi goreng. Di sini makanan sangat mahal, bayangkan sekeping roti canai berharga RM9....hahahhahaha

waktu senja sangat cantik di tepi pantai.....


sempat menikmati keindahan malam di tepi pantai...subhanallah tiada tandingan ciptaan Allah.
Long beach sangat meriah pada waktu malam....layan ajelah...

balik rehat kumpul tenaga untuk snorkeling esok.......