Thursday, March 16, 2017

Kg Sentoi Pos Betau..program ziarah

16032017

program ziarah ASDAF kali ini ke perkampungan asli..Kg Sentoi Pos Betau Kuala lipis pahang. perkampungan ini di huni oleh orang asli semai.

alhamdulillah kami sampai ke Kg Sentoi Betau pada jam 4 pagi (sabtu). Sejuk...nyaman...indahnya suasana dingin pagi..jauh dari bangunan dan pembangunan.....

bermula jam 8 pagi semua sibuk memasak mee goreng untuk bersarapan bersama penduduk kampung. Satu bangsal di bina untuk persiapan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hari ahad. Ziarah kali ini adalah bertujuan membantu majlis perkahwinan salah seorang pelajar ASDAF.

berada dalam kelompok yang berlainan adat, budaya dan cara hidup membuatkan kita teruja. Jauh berjalan luas pandangan dan pengalaman....benar, kerana di sini kami mengutip banyak pengalaman. Melihat cara hidup orang asli membuatkan kami terfikir, ringkasnya kehidupan mereka tanpa perlu risau apa yang akan terjadi keesokan hari apatah lagi apa yang akan terjadi sebulan...setahun kemudian. Mereka hidup dengan apa adanya......kami belajar apa itu erti syukur...belajar mencukupi apa yang kita miliki....barulah datangnya kebahagiaan.

kami berpeluang belajar menganyam daun kelapa untuk di jadikan perhiasan bagi upacara perkahwinan dan tarian sewang nanti. Bersama penduduk kampung belajar menganyam...seronok... mereka sangat kreatif...hasilnya sangat ohsem.....

setelah penat menganyam kami terus melangkah mencari sungai....mandi time...asyik...dek kerana kami sentiasa di bayangi anak kecil yang sentiasa mengekori kami...mereka turut mengikut jejak kami ke sungai....

"dik, mak tau ke nak ke sungai ni?"
"bahayalah dik, air sungai deras"

cuak kerana yang mengekori kami adalah anak kecik yang bersusun ramainya....semua rasa cuak itu hilang apabila tiba di tebing sungai.....

"wei, pandai berenang le mereka ni"

hahahhahahha...lagi hebat dari kami yang hanya berani mandi manda di sungai sambil berpaut pada batuan....kalau tidak kami akan hanyut di bawa arus.....kami lupa bahawasanya mereka orang asal membesar dengan sungai dan hutan....sebati dalam jiwa mereka...itulah hiburan dan permainan mereka.....hehehehhehe

malamnya tarian sewang di mainkan sempena malam berinai....pengantin berhajat untuk cikgunya yang menginaikan jarinya pada malam berinai...dek kerana keletihan cikgu terlelap dan kamu tidak sampai hati untuk mengejutkan cikgu...sorry sayang cikgu tidak memenuhi hajat kamu....ralat sangat....

satu kegemaran masyarakat di sini adalah karaoke....maka jam 4pagi masih terdengar suara karaoeke di perkarangan rumah pengantin...layankan saja kerana itu satunya hiburan mereka. Talian telefon memang tiada di kg betau apatah lagi talian internet. (kami penasaran kerana tidak dapat menghubungi yang tersayang....cewah....huhuhu)

keesokan pagi kami bergotong royong memasak kari daging dan sayur goreng untuk kenduri yang akan bermula jam 11 pagi.....alhamdulillah team geng masjid munawarrah bermurah hati menaja ayam masak merah untuk kenduri perkahwinan....

subhanallah penat kerana kami adalah penangah yang mengendalikan kenduri...menghidangkan makanan untuk para jemputan....dalam kepenatan kami temui keseronokan maka semua penat itu hilang.....indahnya berbuat kebaikan rupanya....nikmat itu hanya kamu yang merasai....

setelah jam 3 petang kami perlu beransur pulang ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugasan seperti biasa keesokkan hari. Kami sempat singgah di Lata Lembik mandi manda sebelum meneruskan perjalanan ke KL.

terima kasih team ASDAF, kindness kerana berkelana bersama untuk program kali ini. Insyaallah moga berpeluang untuk turut serta dalam program ziarah dakwah ke perkampungan orang asli lain waktu,,,,,

hiduplah dgn memberi manfaat kepada org lain. belajarlah mengenal dan menyayangi orang lain apatah lagi yang dalam kesusahan....bawakan kegembiraan buat mereka walaupun bukan wang ringgit, Kebahagiaan itu perlu di raih dan di cari,,,,dan kamu akan temui dalam usaha memberi kebahagiaan pada orang lain.....

sampai jumpa lagi Kg Betau....pasti akan ku jejak lagi ke sana....insyaallah... moga Allah sentiasa merahmati kamu semua....barakallah Faridah dan Yasin....moga ikatan antara kalian utuh sampau syurga Allah....ameen....

indahnya kg betau

pakar masak ASDAF


cubaan menganyam....berjaya heheh


smile...


bilik pengantin


asdaf + kindness

upacara akad nikah




selamat pengantin baru



H/A : indahnya berkasih sayang krn Allah

No comments:

Post a Comment