Wednesday, March 1, 2017

kenangan itu perlu

01032017
tiba-tiba baca artikel ini dlm fb jodoh itu rahsia Allah...seolah-olah mengingatkan kisah duka. hahaha... itu kisah duka yang boleh jadikan panduan dan sempadan. insyaallah....move on itu perlu dan Allah itu sentiasa bersama kamu...ingat dan hadam itu wahai ctkus.....hehehehehe

Kadang-kadang tak faham dengan sikap sesetengah kaum lelaki ni, diorang datang jumpa mak ayah kita nak lamar kita jadi isteri diorang walhal diorang tak pernah pun jumpa kita, bersahabat pun tak.
Berjanji bagai, atas alasan;
"Saya pilih awak sebab agama awak."
Bila si perempuan dah terima, mereka pulak buat hal. Dengan alasan masih terluka dengan cinta lama. Masih rindu Bekas kekasih.
Kesian mak ayah si perempuan,
Melonjak gembira bila anak gadis di lamar seseorang yang di sangka boleh memberi bahagia.
Si perempuan pula, menyangka pilihan keluarga adalah terbaik. Dengan persetujuan rela mengorbankan perasaan mencari cinta hati sendiri dengan menerima pilihan keluarga. Rupanya mengundang luka berdarah di hati.
Pesanan buat kaum Adam,
Tolong buat sesuatu dengan fikiran yang jelas. Mengkhitbah seseorang wanita adalah perkara yang serius. Jika belum bersedia, jangan di lakukan. Ingat, maruah seorang wanita boleh musnah hanya kerana perasaan anda yang tidak pasti.
Jika dengan permulaan lamaran anda sudah gagal, fikirlah bagaimana anda akan teruskan kehidupan sebagai pemimpin.
Jangan mempermainkan hati atau maruah seorang perempuan.
Jangan mencari cinta hanya sekadar untuk melepas sunyi di hati.
Jaga niat jika benar kerana Allah,
Bimbang akan mengundang murka-Nya.
Ibu ayah, maafkan aku yang tidak sempurna untuk mencari cinta sejati.
Dear you,
Maafkan aku bila satu saat nanti hati ini telah berhenti berdoa untuk belajar mencintaimu.
Aku doakan moga Allah mudahkan urusanmu untuk bertemu cinta sejatimu.
Selesaikan lamaran yang tertunda ini agar aku bisa menerima lamaran yang baru tanpa ada ikatan denganmu.
Yang lain sedang menantiku.

(nukilan : Jodoh itu rahsia Allah)



H/A : already move on....Allah lebih tahu apa yg terbaik di antara yg terbaik utk kamu....smile then langkah dgn penuh keyakinan.....Allah Maha Mengetahui....

No comments:

Post a Comment