Thursday, March 16, 2017

Kg Sentoi Pos Betau..program ziarah

16032017

program ziarah ASDAF kali ini ke perkampungan asli..Kg Sentoi Pos Betau Kuala lipis pahang. perkampungan ini di huni oleh orang asli semai.

alhamdulillah kami sampai ke Kg Sentoi Betau pada jam 4 pagi (sabtu). Sejuk...nyaman...indahnya suasana dingin pagi..jauh dari bangunan dan pembangunan.....

bermula jam 8 pagi semua sibuk memasak mee goreng untuk bersarapan bersama penduduk kampung. Satu bangsal di bina untuk persiapan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hari ahad. Ziarah kali ini adalah bertujuan membantu majlis perkahwinan salah seorang pelajar ASDAF.

berada dalam kelompok yang berlainan adat, budaya dan cara hidup membuatkan kita teruja. Jauh berjalan luas pandangan dan pengalaman....benar, kerana di sini kami mengutip banyak pengalaman. Melihat cara hidup orang asli membuatkan kami terfikir, ringkasnya kehidupan mereka tanpa perlu risau apa yang akan terjadi keesokan hari apatah lagi apa yang akan terjadi sebulan...setahun kemudian. Mereka hidup dengan apa adanya......kami belajar apa itu erti syukur...belajar mencukupi apa yang kita miliki....barulah datangnya kebahagiaan.

kami berpeluang belajar menganyam daun kelapa untuk di jadikan perhiasan bagi upacara perkahwinan dan tarian sewang nanti. Bersama penduduk kampung belajar menganyam...seronok... mereka sangat kreatif...hasilnya sangat ohsem.....

setelah penat menganyam kami terus melangkah mencari sungai....mandi time...asyik...dek kerana kami sentiasa di bayangi anak kecil yang sentiasa mengekori kami...mereka turut mengikut jejak kami ke sungai....

"dik, mak tau ke nak ke sungai ni?"
"bahayalah dik, air sungai deras"

cuak kerana yang mengekori kami adalah anak kecik yang bersusun ramainya....semua rasa cuak itu hilang apabila tiba di tebing sungai.....

"wei, pandai berenang le mereka ni"

hahahhahahha...lagi hebat dari kami yang hanya berani mandi manda di sungai sambil berpaut pada batuan....kalau tidak kami akan hanyut di bawa arus.....kami lupa bahawasanya mereka orang asal membesar dengan sungai dan hutan....sebati dalam jiwa mereka...itulah hiburan dan permainan mereka.....hehehehhehe

malamnya tarian sewang di mainkan sempena malam berinai....pengantin berhajat untuk cikgunya yang menginaikan jarinya pada malam berinai...dek kerana keletihan cikgu terlelap dan kamu tidak sampai hati untuk mengejutkan cikgu...sorry sayang cikgu tidak memenuhi hajat kamu....ralat sangat....

satu kegemaran masyarakat di sini adalah karaoke....maka jam 4pagi masih terdengar suara karaoeke di perkarangan rumah pengantin...layankan saja kerana itu satunya hiburan mereka. Talian telefon memang tiada di kg betau apatah lagi talian internet. (kami penasaran kerana tidak dapat menghubungi yang tersayang....cewah....huhuhu)

keesokan pagi kami bergotong royong memasak kari daging dan sayur goreng untuk kenduri yang akan bermula jam 11 pagi.....alhamdulillah team geng masjid munawarrah bermurah hati menaja ayam masak merah untuk kenduri perkahwinan....

subhanallah penat kerana kami adalah penangah yang mengendalikan kenduri...menghidangkan makanan untuk para jemputan....dalam kepenatan kami temui keseronokan maka semua penat itu hilang.....indahnya berbuat kebaikan rupanya....nikmat itu hanya kamu yang merasai....

setelah jam 3 petang kami perlu beransur pulang ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugasan seperti biasa keesokkan hari. Kami sempat singgah di Lata Lembik mandi manda sebelum meneruskan perjalanan ke KL.

terima kasih team ASDAF, kindness kerana berkelana bersama untuk program kali ini. Insyaallah moga berpeluang untuk turut serta dalam program ziarah dakwah ke perkampungan orang asli lain waktu,,,,,

hiduplah dgn memberi manfaat kepada org lain. belajarlah mengenal dan menyayangi orang lain apatah lagi yang dalam kesusahan....bawakan kegembiraan buat mereka walaupun bukan wang ringgit, Kebahagiaan itu perlu di raih dan di cari,,,,dan kamu akan temui dalam usaha memberi kebahagiaan pada orang lain.....

sampai jumpa lagi Kg Betau....pasti akan ku jejak lagi ke sana....insyaallah... moga Allah sentiasa merahmati kamu semua....barakallah Faridah dan Yasin....moga ikatan antara kalian utuh sampau syurga Allah....ameen....

indahnya kg betau

pakar masak ASDAF


cubaan menganyam....berjaya heheh


smile...


bilik pengantin


asdaf + kindness

upacara akad nikah




selamat pengantin baru



H/A : indahnya berkasih sayang krn Allah

Saturday, March 4, 2017

buat kamu yang ku pernah namakan kesungguhan...

04032017

nukilan buat seseorang yang ku pernah namakan kesungguhan....
kesungguhan kerana kamu berusaha menawan sekeping hati si dara yang layak di panggil kakak.....

ceritanya begini.....tapi pertamanya tarik nafas...baca dengan hati yang lapang kerana nukilan ini bukan untuk mempertikaikan...menghukum apatah lagi menyimpan dendam.....nauzubillah.... hati ini masih punya iman dan kekuatan untuk tidak memaki hamun apatah lagi mendoakan kecelakaan org kerana ku percaya Allah lebih tahu apa yang aku tidak tahu dan apa yang terbaik buat diri ini dan kamu sang kesungguhan.......


ceritanya begini..... :-)

saat si kesungguhan hadir dgn penuh kesungguhan menawan hati sang gadis yang tidak pernah tahu apa itu rasa cinta, si kesungguhan ajarinya cara menyintai ...si kesungguhan cuba menjadi yang terbaik buat sang gadis kerana si kesungguhan datang membawa cinta yang tulus (itu adalah kata-kata si kesungguhan)...walaupun perbezaan usia yang sangat jauh si kesungguhan yakinkan si gadis usia bukan halangan dalam menyintai seseorang...apalah ada pada usia sedangkan Rasul dgn Khadijah pun jauh jarak umurnya.....hehehehehe.....

si kesungguhan selalu sebut jom kawen...hampir setiap hari, maka keyakinan di bina apatah lagi si kesungguhan berani memberitahu hasrat untuk mengenali si gadis kepada walinya....man best win....hehehhehe

setiap hari si gadis tidak pernah lekang mendoakan kesembuhan penyakit si kesungguhan, mendoakan kejayaan si kesungguhan, kerana si gadis mula menyayangi si kesungguhan kerana dia yakin si kesungguhanlah wildan yang di cari selama ini....hehehehhee...malangnya si gadis tak sweet dgn kata-kata kerana dia bukan seorang yang romantik apatah lagi minah yang tahu bersosial....melihat pada dirinya yang si kesungguhan pilih sudah boleh gambarkan betapa kolotnya cara dia berpakaian, bersosial...

si kesungguhan memilihnya kerana si kesungguhan rasakan dia adalah yang terbaik untuknya...si kesungguhan menjanjikan nya sebuah pengharapan....akan  membawanya jauh merantau dan menemani perjalanan kerjaya si kesungguhan yang jauh dari bumi Malaysia....indahnya janji itu.....namun beberapa hari sebelum si kesungguhan terbang jauh ke negara orang,... si kesungguhan terus menghilang, hilang yang tidak dapat di jejak....membuat si gadis kebinggungan, mencari jawapan atas kesalahan yang dia sendiri tidak pasti apa dosa dan salahnya.... tragis kan hehehe

sakit hati? sudah tentu kerana si gadis itu hanya manusia biasa yang punya hati, perasaan dan harga diri...si kesungguhan janjikan perkahwinan sehingga si gadis menolak tepi egonya dan rasa malunya kerana ingin membantu si kesungguhan melalui saat  kesakitan...jika tidak atas dasar sayang dan cinta adakah kamu rasa si gadis itu akan lakukan sebegitu? jawapan tidak.....tapi kamu si kesungguhan tinggalkan si gadis begitu saja..tanpa khabar dan kata.... membuatkan rasa kejam itu makin menebal....adakah si gadis itu kejam jika menghukum kamu si kesungguhan? dia juga punya perasaan, sakit dan pilunya hati tapi sekali pun si gadis tidak pernah menyumpah dengan kata-kata nista apatah lagi mendoakan kecelakaan si kesungguhan.....

hinggalah satu malam, si gadis temui kebenaran dalam kehilangan orang yang di tunggunya...sekeping gambar merungkai segalanya....hancur berderai sekeping hati...sangat pilu... dunia belum nak kiamat...itulah kata yang asyik di ulang si gadis....demi mencari tali kekuatan untuk berpaut daripada hanyut dalam kesedihan penipuan seorang yang sangat di cintainya......
itulah malam terakhir si gadis menyebut nama si kesungguhan dalam tiap solatnya....

"Ya Allah, kamu jagalah dia, agamanya, imannya....moga dia sentiasa dlm rahmatmu...moga itu adalah yg terbaik buat dirinya dan pinjamkan aku kekuatan untuk memaafkan dan mengikhlaskan semua ini....sembuhkan dia dari penyakitnya dan biarkan dia hidup bahagia dunia akhirat......."

itulah kali terakhir si gadis menyebut nama si kesungguhan dlm doanya....kerana si gadis perlu kuat untuk move on....bukan semudah itu untuk bangkit tapi si gadis perlu kerana Allah masih ada untuk dia bersandar. Alhamdulillah iman dalam hati si gadis masih kuat untuk dia bangkit, mengukir senyum dan belajar move on......

untuk move on tidak semudah itu, semua yang datang kemudian dalam hidup si gadis selepas itu menjadi mangsa ketidak adilan kerana ketakutan si gadis pada sebuah pengharapan dan cinta. Si gadis akan menyamakan semua orang dengan kekejaman si kesungguhan kerana si gadis takut untuk terus kecewa dan sakit buat kali kedua......rasa di buang dan ditinggalkan tanpa kata membuatkan si gadis makin prejudis pada yang datang mengetuk pintu hati....iya, hati kata move on, ikhlaskan namun melakukan tidak semudah menuturkan apatah lagi membayangkan kebahagiaan si kesungguhan yang langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan si gadis...bagaimana si kesungguhan begitu tenang melalui kehidupan dengan menghancurkan sekeping hati yang tidak bersalah....di pijaknya hati dan harga diri dengan membiarkan si gadis begitu saja.....maka wajarkah si gadis itu marah? namun si gadis tidak mampu membenci si kesungguhan kerana rasa benci akan membuatkan si gadis makin parah dan sakit.....belajar melepaskan dan merelakan kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan........

kini kamu datang wahai si kesungguhan, dalam usaha menjelaskan keadaan, namun yang lepas tidak akan blh diundur kembali....si gadis telah memaafkan kamu...kerana dia percaya kamu bukan dicipta untuknya dan dia bukan dicipta utk menemani kamu di dunia ini......kamu layak mendapat yang 1000 kali lebih baik darinya, yang setaraf, seusia, yang lebih baik akhlaknya, yang lebih segalanya..... maka hiduplah dgn tenang bersama pilihan hati kamu si kesungguhan, jagalah zaujah kamu sebaiknya, jangan di ulangi perkara yang sama kamu lakukan pada si gadis kerana rasa itu sangatttttt sakit untuk dilalui.....jagalah zaujah kamu dgn penuh kasih sayang dan tanggungjawab kerana dia berhak untuk itu.........

jangan di risaukan si gadis kerana dia hamba Allah yang dipinjamkan kekuatan hati oleh Allah. Si gadis mampu lalui semua ini.....hidup dalam kenangan itu perlu kerana ia membuatkan kita lebih kuat, lebih sabar dan pasrah.....agar kita mampu menyambut kehadiran cinta kedua dengan penuh kesyukuran dan kesetiaan.....jatuh sekali bukan bererti kamu telah kalah, terus bangkit dan berlari mencapai kejayaan impian kamu.....itulah si gadis yang kamu tidak pernah kenal.....sekurangnya kamu pernah hadir dalam hidupnya dan membahagiakan diri nya.....

buat kamu yang ohsem...terima kasih kerana hadir dalam hidup si gadis. pinjamkannya rasa kekuatan dan keberanian untuk si gadis belajar mencintai sekali lagi...sentiasa mendahulukan rasa dan perasaan si gadis,sentiasa menjaga maruah dan mengingatinya....mengenali kamu membuat diri si gadis lebih tenang, kuat....pengalaman hidup kamu membuatkan si gadis lebih yakin akan kesetiaan dan percaya tanggungjawab adalah aset penting dalam sebuah perhubungan.....mudahan kamu adalah yang terbaik yang dipinjamkan Allah untuk mendidik si gadis memenuhi impian menjadi yang solehah yang mana saat pulang menemui Pencipta dalam keadaan diredhai dgn title isteri solehah.

si kesungguhan...
jangan gundah lagi, si gadis sudah belajar melepaskan....nukilan hanya kenangan untuk si gadis lebih kuat....kenangan bukan untuk ditangisi...kenangan buat kita lebih kuat, sabar dan mendidik kita menjadi manusia yang lebih ikhlas dan berhati-hati.terima kasih untuk semua dan maafkan silap dan salah sepanjang kita berkenalan...........moga Allah sentiasa mempermudahkan tiap urusan kamu dan menjaga kamu dlm rahmat dan redhaNya...




H/A : Allah itu Maha Pengampun, siapakah kita untuk menghukum manusia lain



Wednesday, March 1, 2017

kenangan itu perlu

01032017
tiba-tiba baca artikel ini dlm fb jodoh itu rahsia Allah...seolah-olah mengingatkan kisah duka. hahaha... itu kisah duka yang boleh jadikan panduan dan sempadan. insyaallah....move on itu perlu dan Allah itu sentiasa bersama kamu...ingat dan hadam itu wahai ctkus.....hehehehehe

Kadang-kadang tak faham dengan sikap sesetengah kaum lelaki ni, diorang datang jumpa mak ayah kita nak lamar kita jadi isteri diorang walhal diorang tak pernah pun jumpa kita, bersahabat pun tak.
Berjanji bagai, atas alasan;
"Saya pilih awak sebab agama awak."
Bila si perempuan dah terima, mereka pulak buat hal. Dengan alasan masih terluka dengan cinta lama. Masih rindu Bekas kekasih.
Kesian mak ayah si perempuan,
Melonjak gembira bila anak gadis di lamar seseorang yang di sangka boleh memberi bahagia.
Si perempuan pula, menyangka pilihan keluarga adalah terbaik. Dengan persetujuan rela mengorbankan perasaan mencari cinta hati sendiri dengan menerima pilihan keluarga. Rupanya mengundang luka berdarah di hati.
Pesanan buat kaum Adam,
Tolong buat sesuatu dengan fikiran yang jelas. Mengkhitbah seseorang wanita adalah perkara yang serius. Jika belum bersedia, jangan di lakukan. Ingat, maruah seorang wanita boleh musnah hanya kerana perasaan anda yang tidak pasti.
Jika dengan permulaan lamaran anda sudah gagal, fikirlah bagaimana anda akan teruskan kehidupan sebagai pemimpin.
Jangan mempermainkan hati atau maruah seorang perempuan.
Jangan mencari cinta hanya sekadar untuk melepas sunyi di hati.
Jaga niat jika benar kerana Allah,
Bimbang akan mengundang murka-Nya.
Ibu ayah, maafkan aku yang tidak sempurna untuk mencari cinta sejati.
Dear you,
Maafkan aku bila satu saat nanti hati ini telah berhenti berdoa untuk belajar mencintaimu.
Aku doakan moga Allah mudahkan urusanmu untuk bertemu cinta sejatimu.
Selesaikan lamaran yang tertunda ini agar aku bisa menerima lamaran yang baru tanpa ada ikatan denganmu.
Yang lain sedang menantiku.

(nukilan : Jodoh itu rahsia Allah)



H/A : already move on....Allah lebih tahu apa yg terbaik di antara yg terbaik utk kamu....smile then langkah dgn penuh keyakinan.....Allah Maha Mengetahui....