Monday, December 26, 2016

kesakitan dalam keindahan

2622016

benarlah kata-kata, tiap pertemuan pasti ada perpisahan, tiap kesusahan pasti akan ada kesenangan, tiap rasa sayang pasti ada rasa kecewa tiap rasa cinta pasti ada rasa sakit.

tiap perkara pasti ada kontranya kerana itulah warna kehidupan. Tiap manusia pasti akan diuji kerana disebalik kesusahan dan kesukaran ujian akan terbitnya keindahan kesenangan dan kebahagiaan. tapi mengapa perlu kena susah dahulu? hehehehe....sebab sesuatu yang berharga bukan semudah itu untuk kamu miliki. Yang senang untuk kamu miliki dan dapat, pasti senang untuk kamu campak dan buang. Itu kan sifat manusia, pelupa, tidak bersyukur,khilaf, tamak....nauzubillah.

berjuang memang pahit kerana syurga itu manis.Untuk mendapatkan ganjaran nikmat syurga bukan semudah itu untuk dapatkan pasportnya. Kamu kena melalui ujian kehidupan di dunia kerana hanya yang layak mampu mendapat pasport dan tiket untuk memasuki syurga. Kesakitan dan kesusahan sementara yang akan membuat kamu bahagia selamanya kerana kehidupan yang kekal abadi adalah di akhirat sana bukan di dunia sementara ini.

begitu jua dengan perasaan cinta. Bila kamu berani untuk belajar menyayangi dan mencintai manusia di dunia ini, jangan lupa mohon kekuatan iman dan hati untuk menghadapi sakitnya, pilunya, kecewanya pada saat hati kamu dilukai. Manusia punyai keinginan, kemahuan dan sifat memiliki. Maka di sini tiap apa yang kamu inginkan pasti ada tidak kesampaian. bertabahlah, maka letakkan keutamaan kecintaan kerana Allah. Bila kamu mencintai Allah maka isi dunia akan datang kepada kamu dengan penuh keindahan. Percayalah padaAllah kerana DIA MAHA TAHU lagi MAHA KUASA. sentiasa selarikan perasaan, hati, kecintaan dan kemahuan duniawi kamu dengan landasan agama Allah, maka kamu tidak akan tergelincir dari cinta dan rahmat Allah.

kadangkala dunia ini sangat menakutkan tapi masih punyai keindahan dan kedamaian. Percayalah, selagi kamu meletakkan dan melalui kesakitan ujian duniawi hanya kerana Allah pasti kamu beroleh keindahan itu.... wallahualam

H/A : moga hati ini kuat menghadapi ujian duniawi yang sementara krn Allah sentiasa ada di sisi.