Wednesday, September 28, 2016

trip ke bandung tajaan ck chemical sdn bhd_part3


ke bandung kita....hari ketiga 18092016

hari ahad di Bandung adalah hari libur. Jadual kami pada hari ketiga ialah Floating Market. Seawal pagi jalan masih lenggang.....perjalanan dari hotel ke floating market juga mengambil masa. Jalan agak sempit menaiki bukit....menurut pak Herman, jalan ini akan bertambah sesak apabila menjelang tengahari.

Sampai di lokasi, pintu gate masih belum dibuka. Tiket Rp 20,000 dikenakan setiap orang. Tiket ini blh ditukar kepada minuman percuma yang terdapat di beberapa tempat yang bertanda "pertukaran voucher minuman"






tiket dan voucher untuk minuman percuma

pintu gate belum buka so posing dulu dong

tasik yang mendamaikan


bagi ikan makan (p/s; bos yang snap picture utk kami)

floating market maksudnya dagangan adalah dalam sampan yang terapung di muara sungai ni. tapi rasanya ini tasik dong....untuk membeli belah kena tukar kepada coin atau nama lain macam kupon. macam pasaria kat sekolah gitu....kami tak tukar pun sebab tak ada yang nak membeli. Tapi bos siap tukarkan setiap orang dapat Rp30,000...apalah kami nak beli. last sekali kami beli aiskrim berharga Rp10,000 dan rojak Rp20,000

coin untuk membeli belah

aiskrim Rp10,000

rojak Rp20,000 bersamaan RM6 mahaiiiii

air percuma sebab tukar tiket tadi

kami hanya jalan-jalan sekeliling tasik ambil gambar...bos dgn steven tangkap pokemon.
Semua dah habis pusing kami di bawa makan tengahari sebelum ke Pasar Baru untuk shopping.

Di pasar baru kami di beri guard untuk mengelak di ragut dan sesat dalam market. Ramai banget manusia dong. Tapi puas hati membeli sebab barangan murah. Baju, telekung, kain....tiap orang ada misi barangan yang nak di beli. maklum lah membeli barangan kiriman hahhahaha....

Lepas habis memborong di Pasar Baru kami ke Chiplas untuk melihat kedai2 yang ada sebelum waktu dinner. Hujan menyukarkan pergerakan tapi redah saja.....semua sudah beli terutama k.maziyah dan tihah. mereka mencari ole-ole untuk family.

lepas makan di restoran belacan, semua dah tak larat nak jalan.tambahan hujan....balik hotel mandi air panas, solat jamak maghrib dan isyak bancuh kopi then tidur nyenyak.

esok pagi akan berangkat pulang makanya kami dibenarkan untuk bermalasan lama sikit. hehehehe

bersambung

trip ke bandung tajaan ck chemical sdn bhd_part 2

ke bandung kita...hari kedua17092016

seawal jam 6 pagi kami telah siap untuk sarapan di hotel. Malam tadi tidak tidur nyenyak gara-gara bertukar tempat tidur....tabiat biasa...hahahah

jam 7 kami telah siap di lobi hotel dan siap siaga menunggu ialah Pak Herman. Jadual kami pagi ini adalah ke kawah putih. Perjalanan sedikit jauh maka Pak Herman menyarankan kami bertolak awal waktu untuk mengelak macet berikutan hari minggu dan berlangsungnya acara sukan Bandung.

Kami sampai di Kawah Putih, udara sedikit sejuk kerana mendaki bukit plus cuaca dingin selepas hujan. Memang nyaman....

Kami perlu menukar van berwarna oren untuk sampai ke kawah putih. Tiket semua di urus Pak Herman kami hanya perlu menunggu isyarat sahaja. Satu van biasa memuatkan 12 orang....tanpa pintu hahahahaha

van untuk sampai ke kawah putih...laju mendaki bukit

makin hampir ke kawah putih bau sulfur makin kuat. Kalau orang kota bharu panggil belerang. hahahha....kawah putih ni asalnya gunung berapi....

nanti akan jumpa orang berjualan di pinggiran jalan termasuk jual mask tapi apalah sangat bau sulfur ni bagi seorang chemist.....hahahhha...takbur...tak lah...baunya lama-lama jadi imun...sebab permandangan subhanallah sangat cantik dan teramat indah....cuaca juga nyaman.....

rata-rata datang ke kawah putih adalah untuk bergambar dan merasai bau sulfur hehhehehe....sangat ohsem.....


tasik yang memutih dengan kabus...tepian penuh batuan kuning itulah sulfur hehehehe

bos kami yang kekadang sok sok




kuning tepian tu adalah sulfur...boleh kutip



sardin


makan tengahari



agenda kami seterusnya adalah ke kompleks membeli belah. Rumah kedai yang menjual baju, telekung solat secara borong.Sakan nor, fatihah dan maziyah berbelanja..

Malamnya semua dah penat untuk berjalan-jalan. Jalan di Bandung sangat sesak hinggakan perjalanan kami banyak di habiskan di dalam van gara-gara heavy traffic.

Balik hotel, mandi air panas dan tidur....hehehhehe

sambung

Friday, September 23, 2016

trip ke bandung tajaan ck chemical sdn bhd

ke bandung kita....hari pertama_16092016

tahun 2016 kami pecahkan kepada dua kumpulan so kumpulan kami memilih Bandung Indonesia.
Jadual asal hanya 6 orang sahaja sekali bos dan keluarga nak join so team kami jadi 9 orang. Memilih al-quds sebagai agen pelancongan so mereka yang aturkan segalanya.....

Penerbangan Malindo di KLIA pada jam 12 tengahari waktu Malaysia, kat Indon lambat sejam. Penerbangan memakan masa 2 jam 05 minit...lapar gara2 cari parking di ERL putrajaya penuh. Nasib baik Malindo bagi kek dan roti untuk alas perut. Dalam team kami ada sorang yang pertama kali naik belon so dia sangat risau heheheehe....tapi bila dah terbang seronok pulak dia yea....

bila terbang di awan biru kita blh tengok kebesaran alam ciptaan Allah....subhanallah sangat cantik dan tenang.

Sampai di lapangan terbang Bandung, agak sesak sikit sebab airportnya kecil sahaja. Telah sedia menunggu Pak Herman. Wah, bandung mancet sih....kebetulan kami sampai waktu ada acara sukan Bandung so heavy traffic mengalahkan KL. Nasib baik Pak Herman cakap, kita lunch dulu yea... tepuk kegembiraan terutama bos kami sebab dah lapar.

Lepas habis makan, kami di bawa ke Trans Studio. Ada yang tanya,eh asmah, kami buat apa masuk trans studio, ini tempat budak2...eh..masuk dulu dong...baru tahu meriahnya kat dalam trans studio. sampaikan kami kena tunggu mereka keluar. seronok jadi budak-budak sekali sekala sih... hahahhaha

dah penat pusing trans studio kami ke Best Western Hotel Jalan Merdeka untuk check in. Balik tido sebab pak herman cakap esok jam 7 waktu Indonesia kena berada depan hotel....kalau lambat sangkut dalam kesesakan....macet

bersambung....


waktu sampai di Bandung
Destinasi pertama...makan tengahari
 w

menu tengahari suma bercili...nasib baik ler geng kami termasuk chinese suka makan pedas....licin

trans studio Indonesia