Sunday, August 28, 2016

kita da'i

sesungguhnya tiap kejadian dan perancangan Allah ada hikmah dan asbabnya....salah satu kenapa jodoh belum menemui aku adalah kerana Allah ingin aku menjadi da'i bagi membantu dan membuat kebajikan di rumah anak yatim. Mungkin jika aku telah punya komitmen sebagai surirumah, pasti aku tidak berpeluang menjadi seperti sekarang...indahkan perancanganNYA. Dalam musibah dan ujian pasti ada sesuatu yang lebih indah yang kita namakan anugerah....sentiasa yakin dgn pilihan Allah krn Dia Maha Mengetahui....moga Allah tetapkan hati dan imanku...janganlah Engkau dolak balikkan ia setelah Engkau berikan daku hidayahMu......

sesungguhnya, mengenali kamu semua adik2 at taqwa membuat diri ini lebih tahu erti syukur dan kehidupan, kerana apa yg daku miliki hanyalah pinjaman dari Dia semata-mata...









Dari mata turun ke hati,
Dari niat menjadi bakti,
Walau sekecil mana,
Walau sebesar mana,
Terus berbudi keranaNya.

Kehidupan mengajar kita erti memberi,
Mewakafkan diri apa yang dimiliki,
Sebagai ciptaan Allah yang terindah,
Kita terdidik dengan amanah.

Kita Da'i penyebar inspirasi,
Dengan akhlak terpuji,
Dengan fikrah yang suci,
Kita Da'i bukan ntuk dihargai,
Dengan ikhlas di hati,
Semaraklah kalam Ilahi..

Selagi mana di garis yang benar,
Dakwah akan terus bersinar,
Perjuangan takkan tercalar pudar,
Jasad dan kalbu sentiasa berkobar.


Lagu: Bazli UNIC
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya



H/A : Kita Da'i yang memikul amanah dalam berjihad di jalan Allah