Saturday, July 23, 2016

aidilfitri 2016 di teratak che harun, kg paloh pintu geng kelantan

baru nak update status raya....raya kan sebulan hehehe....

balik beberapa hari sebelum aidilfitri maka sempat le berpuasa beberapa hari di bumi kota bharu. Raya kami tahun ini hanya 14 bersaudara saja dapat berkumpul. lagi sorang tak dapat balik kena raya di bumi sabah. Tahun ni pakat raya di kota bharu walaupun raya kedua ada dah kena balik umah mertua....ikut sistem giliran katanya.

Juadah raya kami semestinya menu wajib, ketupat palas pulut hitam, tapai dan yang penting roti jala. Malam raya menjala ler acara tahunan kami....jam 2 pagi baru ada yang tido.

Raya mestilah meriah kalau pakat berkumpul. 14 orang adik beradik..ipar duai...anak sedara. kecoh satu umah. P beraya umah orang pun macam rombongan nak meminang, dah sampai umah orang macam dok umah sendiri hehhehehe...kalau dah namanya ramai....






tahun ni ada potret raya cuma kak shikin je takde...huhuhu






sesi bermaafan...time ni ada yg mengalir air mata terutama abah sbb dia org yg jiwa sensitif.. heheh







inilah raya kami....selamat hari raya aidilfitri..2016


H/A : anugerah terindah dari Allah atas kurniaan keluarga yg besar...yg meriah...dan semoga kami sentiasadlm rahmat dan redhaNYA