Friday, January 1, 2016

2016

2016

pejam celik, dah setahun rupanya 2015. Bererti dah hampir dua tahun bekerja sebagai chemist di CK Chemical, dah hampir dua tahun bekerja dalam kalangan majoriti kaum cina yang mana banyak belajar tentang kehidupan, persahabatan, kecekalan, dan yang penting belajar teguh mempertahankan prinsip diri selagi kita benar dan ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama.

azam tahun 2016?
mohd azam? hahahahhaha
azam tahun 2015 pun tidak pernah tercipta apatah lagi memahat azam tahun 2016.
Kita mudah mencipta azam,namun sukar menjadikannya realiti. Kenapa? Kerana azam sekadar memenuhi impian namun bukan kesungguhan. Tidak di nafikan, ada yang benar menjadikan azam sebagai pembakar semangat dan berjaya mencapai target yang di azamkan....kerana mereka lakukan dengan penuh kesungguhan dan sentiasa positive dalam landasan perjalanan mereka.


azam perlu sentiasa di semat kerana dari situ kita punya satu impian dan hala tuju...maka kepilkan bersama dengan kesungguhan dan kekuatan untuk menjadikan ianya satu realiti. Berjaya atau tidak itu jangan di fikirkan kerana kita merancang Allah jua punya perancangan....dan percayalah perancangan dan aturan Allah adalah yang paling tepat dan terbaik...DIA MAHA MENGETAHUI apa yang kita tidak ketahui.....

satu azam yang sentiasa kena perbaharui tiap masa bukan tiap tahun, iaitu menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari semalam....yang terbaik dalam pandangan Allah, yang terbaik dalam menjalankan amanah sebagai hamba Allah, yang terbaik dalam perhubungan sesama manusia, yang terbaik dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita....yang mana kita sentiasa dahulukan dan letakkan keutamaan pandangan Allah dan agama dalam tiap keputusan, kehidupan dan cara hidup kita...


wallahualam.......


H/A : moga dapat menjadi hamba Allah yang membanggakan Allah dan agama, yang baik dan memberi kebahagian pd org sekeliling yang sentiasa istiqomah dan zuhud dalam kehidupan. Ya Allah, janganlah Engkau mendolak balikkan hatiku setelah Engkau berikan aku hidayahMu Ya Rabb.....