Monday, December 26, 2016

kesakitan dalam keindahan

2622016

benarlah kata-kata, tiap pertemuan pasti ada perpisahan, tiap kesusahan pasti akan ada kesenangan, tiap rasa sayang pasti ada rasa kecewa tiap rasa cinta pasti ada rasa sakit.

tiap perkara pasti ada kontranya kerana itulah warna kehidupan. Tiap manusia pasti akan diuji kerana disebalik kesusahan dan kesukaran ujian akan terbitnya keindahan kesenangan dan kebahagiaan. tapi mengapa perlu kena susah dahulu? hehehehe....sebab sesuatu yang berharga bukan semudah itu untuk kamu miliki. Yang senang untuk kamu miliki dan dapat, pasti senang untuk kamu campak dan buang. Itu kan sifat manusia, pelupa, tidak bersyukur,khilaf, tamak....nauzubillah.

berjuang memang pahit kerana syurga itu manis.Untuk mendapatkan ganjaran nikmat syurga bukan semudah itu untuk dapatkan pasportnya. Kamu kena melalui ujian kehidupan di dunia kerana hanya yang layak mampu mendapat pasport dan tiket untuk memasuki syurga. Kesakitan dan kesusahan sementara yang akan membuat kamu bahagia selamanya kerana kehidupan yang kekal abadi adalah di akhirat sana bukan di dunia sementara ini.

begitu jua dengan perasaan cinta. Bila kamu berani untuk belajar menyayangi dan mencintai manusia di dunia ini, jangan lupa mohon kekuatan iman dan hati untuk menghadapi sakitnya, pilunya, kecewanya pada saat hati kamu dilukai. Manusia punyai keinginan, kemahuan dan sifat memiliki. Maka di sini tiap apa yang kamu inginkan pasti ada tidak kesampaian. bertabahlah, maka letakkan keutamaan kecintaan kerana Allah. Bila kamu mencintai Allah maka isi dunia akan datang kepada kamu dengan penuh keindahan. Percayalah padaAllah kerana DIA MAHA TAHU lagi MAHA KUASA. sentiasa selarikan perasaan, hati, kecintaan dan kemahuan duniawi kamu dengan landasan agama Allah, maka kamu tidak akan tergelincir dari cinta dan rahmat Allah.

kadangkala dunia ini sangat menakutkan tapi masih punyai keindahan dan kedamaian. Percayalah, selagi kamu meletakkan dan melalui kesakitan ujian duniawi hanya kerana Allah pasti kamu beroleh keindahan itu.... wallahualam

H/A : moga hati ini kuat menghadapi ujian duniawi yang sementara krn Allah sentiasa ada di sisi.



Sunday, November 27, 2016

pencarian dalam rahsia Allah

27112016

jodoh...rezeki dan kematian adalah rahsia Allah yang tidak mampu manusia ungkaikan apatah lagi perhitungkan. Tapi Allah amat menyukai orang  yang berusaha mencapai kejayaan, cita-cita, impian. Berusaha mencari jodoh yang baik, berusaha mencari rezeki yang halal, berusaha beribadah untuk menghadapi kematian yang pasti akan menemui manusia satu saat nanti.

pencarian dalam menentukan jodoh terbaik buat diriku....di mana kamu wahai zauj...wahai wildanku. setiap hari ku titipkan doa agar Allah kirimkan seorg yang akan menemani perjalananku mencapai redha dan syurga Allah krn matlamatku pd sebuah perkahwinan adalah mencari rahmat dan redha Allah krn ku ingin sekali menjadi wanita syurga yang di redhai Allah. ku mencari yang soleh namun diri belum cukup solehah....krn itu setiap kali dhuha ku panjatkan doa agar di kirimkan seorg lelaki yang terbaik buat diriku, terbaik buat agamaku, yang sgt mencintai Allah, mencintai agama Allah, mencintai Rasul dan mencintai al-quran.....kerana lelaki itu pasti akan mencintaiku krn Allah.

payah mencari kesempurnaan kerana sendiri juga tidak sempurna. Kerana itulah ku amat mengharapkan Allah titipkan seseorg yang tidak pernah meninggalkan solatnya, tidak pernah meninggalkan al-quran dan tidak pernah meninggalkan agama. Ku mengharap seseorang yang akan memuliakan ku krn Allah, yang akan menjaga maruahku, auratku dan akhlakku.....krn ku perlukan imam yang mampu mengetuai mahligai kami sampai syurga Allah.

pencarian dalam rahsia Allah amat sukar ditafsirkan. Kita sering mengharapkan Allah mengabulkan apa yang kita impikan, dan seringkali berasa sedih jika impian tidak seindah pengharapan. Namun yakinlah....Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik di antara yang terbaik buat diri kita. DIA berikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita impikan. Susunan karya Allah dalam kehidupan kita di dunia bukan atas dasar kebetulan tapi ianya di susun kerana DIA MAHA MENGETAHUI apa yang akan berlaku dan terbaik buat kita yang dhaif dan lemah ini.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku di tentutkan oleh diriku sendiri walau sesaat pun. Jangan jadikan aku hamba yang sesat dalam keindahan duniawi dan lindungi aku dari perkara yang mungkar. Tabah dan kuatkan imanku andai ujian datang melanda dan tetapkan imanku dalam agamaMu. Jangan Engkau dolak balikkan hatiku setelah Engkau berikan aku hidayahMu......ampunkan khilaf dan dosaku.

wahai zauj ku, layaniku seperti kawan karibmu, lindungi diriku dan maruahku seperti adik-beradikmu, sayangi dan kasihi aku sebagai isterimu, dan cintai aku kerana Allah....deal?



H/A : tetapkan imanku Ya Allah walau apa ujianMU.....road to halal



Saturday, November 19, 2016

sang pendosa

19112016

perjalanan cerita kehidupan manusia adalah ketentuan Allah. Kita diberi pilihan melalui jalan kebaikan dan kebenaran atau jalan kesempitan dan kegelapan. Manusia sentiasa inginkan yang terbaik dlm hidup ini kerana sifat tamak dan keegoaan. Mereka punya pilihan namun sering kali tergelincir dari landasan yang benar iaitu jalan Allah. Itulah manusia yang bernama insan (pelupa). Maka tidak terlepas dari khilaf dalam melalui perjalanan duniawi yang sangat menyakitkan ini. Isi dunia kadangkala sangat mengasyikkan tapi sangat pedih juga. 


Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat  zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar  zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (QS. Az Zalzalah: 7-8).



Tiap perbuatan ada pembalasan...dunia mahupun di akhirat....Aku ini yang berdosa? adakah ini satu ujian atau pembalasanMu atas silap silamku?Terasa amat berat untuk ditanggung tapi aku tetap yakin Allah Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun.


Jika sakit ini adalah harga untuk khilaf ku...pinjamkan aku kekuatanMu Ya Rabb....aku hampir rebah pada saat ujian menimpa diri. Tapi demi memikirkan Allah itu Maha Mengetahui dan DIA Maha Mendengar, kugagahi merempuh ujian kehidupan...moga IA akan buat aku lebih kuat keimanan dan menghapus dosa yang aku ketahui atau tidak sedar.



cerita dunia sangat menakutkan hingga membuatkan diri menggigil ketakutan sepanjang malam....isi dunia kadangkala tidak terjangkau dek fikiran...tapi aku tetap yakin selepas kesulitan pasti akan ada kesenangan dan kebahagiaan....kuyakin itu dan kusandarkan pengharapan hanya pada YANG SATU....yang sangat mencintai hambanya tanpa meminta pembalasan dan mencintai hambanya walau seringkali aku alpa,khilaf dan berulangkali melakukan dosa.....rupanya aku yang menjauh dariNYA selama ini.....walhal ALLAH sangat baik padaku yang mana tiada satu isi dunia yang mampu melakukan itu.

hati manusia Allah yang pegang. Kumohon peganglah hatiku sekuatnya Ya Rabb....dan jangan dolak balikkan hati ini drp hidayah dan cintaMU......kerana ku mencintaiMU melebihi isi dunia.......jadikan aku manusia yang kuat, sabar dan boleh memberi manfaat kepada org lain dalam menyebarkan kasih dan cinta MU.......




H/A : moga ketenanganMU membuatkan aku kuat


Sunday, November 6, 2016

semoga Allah mencintaimu yang telah mencintaiku krnNYA

06112016

cinta itu fitrah, lahir dari rasa hati namun jika tidak dijaga seeloknya ia blh menjadi parah dan mengundang kemurkaan Allah...nauzubillah

semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku krnNYA. Satu perkara keutamaan dalam memilih bakal imam yang akan bersusah senang adalah melihat pada dirinya yang mencintai kamu krn agama Allah...adakah dia seorg yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, bertawakal dan yang blh memimpin kamu menuju redha, cinta dan rahmat Allah. Yang mana mencintainya blh membuatkan utuh dan teguhnya cinta kamu pd Allah, Rasul, keluarga dan agama Allah. 

jika benar lelaki itu menyintaimu untuk di jadikan zaujahnya, pasti dia akan memuliakan kamu dengan menemui walimu....dengan menjadikan kamu wanita yang halal untuk dicintai dan dikasihi, bukan yang semudah itu untuk diusung ke hulur dan ke hilir....itulah yang membezakan zauj yang benar memuliakan kamu dan menyintai kamu krn Allah. 

aku selalu berangan utk mendapat wildan yang soleh, tapi cermin diri selalu retak..jgn sibuk mencari si soleh tapi berusahalah menjadi si solehah....yang terbaik dalam pandangan Allah... maka serahkan rasa dan pengharapan cinta itu pada DIA yang Maha Mengetahui apa yg terbaik di antara yang terbaik buat diri kita...

Ya Allah, aku mencintainya krn agama yang ada padanya, jika hilang agama itu maka hilanglah rasa cinta itu. 





H/A : moga Allah permudahkan urusan kami...






pertemuan dan ketentuan

05112016

ada dua asbab Allah aturkan dan hadirkan pertemuan...samada dia datang sebagai ujian atau dia datang sebagai jodoh. tiap yang diaturkan Allah pasti ada asbab musabab nya.......

kadangkala Allah sengaja hadirkan pertemuan dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan orang yg sebetulnya....kerana Dia ingin mendidik kita erti kesabaran...Dia ingin mengajar kita erti kesyukuran yang mana kita akan belajar lebih menghargai seseorang yang hadir sebagai kebahagian setelah menempuh rasa sakit selepas pertemuan yang tidak diingini.....sentiasa yakin dengan ketentuan Allah kerana Dia Maha Tahu sedangkan kita hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah.


pertemuan tidak terduga, selalu terjadi. tapi keserasian susah juga untuk di cari. maklum le tiap manusia punya citarasa, perangai, kehendak dan kemahuan tersendiri. nama pun manusia...
tapi percayalah...jodoh pertemuan rahsia Allah...bila Dia menginginkan maka terjadilah...begitulah sebaliknya.

"Boleh jadi kamu bencikan sst padahal ia baik untuk kamu dan blh jadi kamu sukakan sst padahal ianya buruk bagi kamu. dan ingatlah Allah jua Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tdk mengetahuinya "- al Baqarah: 216








kita memohon sesuatu drp Allah namun Allah berikan sesuatu yang lain...kerana Allah itu Maha Tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan....kerana perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan.....maka tetapkan hati mohon kekuatan daripadaNya agar tetap utuh dengan pillihan yang di buat.....

Ya Allah, jika ia adalah yang terbaik buat diriku, agamaku, dunia dan akhiratku, maka kuatkanlah aku untuk membuat pilihan, permudahkanlah urusanku dan berkati diriku....jika ia bukan untukku, tolaklah ia jauh dari diriku, dan gantikanlah ia dgn sesuatu yang lebih baik...krn sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui......




H/A : #ctkusdalamdilemamencarizauj


Saturday, November 5, 2016

perkampungan orang asli kg pos brooke lama lojing gua musang

29102016

buat pertama kalinya menyertai ziarah dakwah team ASDAf, menyantuni orang asli yang terpilih. Di kampung pos brooke lama terdiri drp 50 buah keluarga dan separuh daripada mereka adalah saudara baru kita.

perjalanan lewat malam dari bukit persekutuan bangsar dengan dua van dan dua hilux menuju ke arah lebuhraya menuju ke simpang pulai. kami terdiri daripada sukarelawan dan pelajar asdaf untuk menziarahi penduduk kg orang asli pos brooke lama di Lojing Gua Musang.

kami melepaskan lelah dgn bermalam di masjid simpang pulai dan akan meneruskan perjalanan seusai srapan pagi keesokannya. dengan hanya beralaskan sejadah dan baju sejuk kami menginap di rumah Allah. Sangat sunyi surau ini, dan subhanallah walaupun tidak berselimut udara sangat nyaman dan menenangkan. kami dapat tidur dengan aman sekali. Allah merestui misi dakwah kami. subhanallah.....

selepas solat subuh berjemaah, Hj Junet dan team mula memasak nasi lemak di perkarangan surau untuk sarapan kami seramai 25 orang. Seronok makan nasi lemak dalam kedinginan cuaca di simpang pulai. kami memulakan perjalan ke pos brooke lama melalui simpang pulai-lojing gua musang. Cuaca sejuk kerana ianya bersempadan dengan cameron highland.

jalan bengkang bengkok bikin kepala pusing dan mual. alhamdulillah kami sampai dgn selamat di kg pos brooke lama. rumah mereka tersusun dan kebanyakan adalah daripada rumah batu kecuali surau yang masih dalam bentuk asal,

ada sungai namun akibat aktiviti penanaman sayuran menyebabkan ianya tercemar. manusia melanggar hak maka alam terjejas teruk.

masing-masing memainkan peranan...kaum lelaki memasak, kaum perempuan menyediakan bahan mentah, team kindness membuat aktiviti bersama kanak-kanak. tidak perlu di suruh dan kertas cadangan. masing-masing dtg dengan niat ikhlas membantu krn Allah. maka semuanya menjadi sangat mudah.malahan antara kami saling berukhuwah dari saat bertaaruf sebelum bertolak masing-masing hanya melemparkan senyum. hinggalah saat bergotong royong memasak, menghidang makanan kami makin serasi bersama...hinggakan saat ingin berpisah masing-masing sudah mesra seolah telah lama berkenalan. indahnya berukhuwah bilamana ianya di pintal dgn keikhlasan  krn Allah.

orang asli agak pemalu namun mereka tetap melayani kita sebaiknya. senyum tidak pernah lekang dari bibir mereka. pada saat sesi usrah dari ustazah hawa, seorang penduduk meminta agar kami berlama di kg mereka agar mereka berpeluang untuk belajar mengaji. mereka teringin sekali mengenal surat cinta Allah....subhanallah....moga Allah menetapkan hati mereka dalam agama Allah.

pada saat ingin berpisah kami bersalaman dengan prnduduk kampung...bergambar...amir mengagihkan jajan...sangat sayu meninggalkan mereka. kemudian seorang penduduk yang berjemaah maghrib, isyak dan subuh di sebelah aku datang memeluk. sempat dia bisikan sesuatu..." sangat seronok dapat solat bersama semalam...bila lagi mahu solat bersama" subhanallah sayunya...dia sangat gembira dapat berjemaah dgn kami. ku tinggalkan dgn pesanan, jangan lupa solat tetap solat walau apapun keadaan, nanti asmah datang lagi.....sayunya.....dia benar-benar merasai kebahagian berjemaah....mungkin persekitaran berbeza tika kami datang dan selepas kami pulang. misi kami adalah ingin kembali menunaikan hasrat mereka....berkampung untuk mengaji quran dan solat lebih daripada dua hari. moga Allah permudahkan niatkan dalam menunaikan impian mereka......

kg pos brooke lama kami tinggalkan dengan pengharapan...moga mereka tetap istiqomah. Allah akan menjaga dan melindungi mereka...dan akidah mereka.....ameen.....

indahnya berkelana dan berukhuwah....kebahagiaan kita perlu raih maka jangan berlengah dlm membuat kebaikan. jadilah manusia yang boleh memberi manfaat pada manusia yang lain...

wallahualam

ustaz amir

sungai dah keruh

bersama anak comel kg pos brooke lama

nasi dlm buluh...ohsem

kami

sabana...dia tak pandai ckp melayu...

anak org asli...comel

dapur surau

menghiburkan

chef




H/A : hidup ini indah jika tahu nikmat dan erti syukur

Monday, October 3, 2016

cipta kebahagiaan

salam...almaklum ler cuti 3 hari bertapa dalam umah, so rajin update blog.

isu kali ni, kebahagiaan....
dari minggu lepas dua hari beraktiviti dgn anak-anak yatim...this week pun spend time dengan anak yatim juga so rasa terisi masa cuti hari minggu. itulah kebahagiaan yang tak akan dapat di mana-mana. walaupun masih membujang di usia 36 tahun ia bagaikan satu anugerah. benarlah kata musibah itu anugerah. Jika ada komitmen berkeluarga mungkin kerja sukarelawan akan terbungkus atau terbatas. Rupanya Allah ingin hadiahkan pelangi selepas Dia turun kan hujan. Allah hadiahkan nikmat bahagia dan kepuasan dalam membahagiakan orang lain. Allah berikan ruang dan peluang untuk menjadi manusia yang boleh memberi manfaat pada orang lain. Moga Allah kirimkan sifat zuhud dan istiqomah dalam diri ini juga agar keikhlasan tetap menjadi penyebab utama kerja amal ini, Moga Allah kirim kan perisai agar sifat riak, takbur dan mengeluh dapat di tempis dengan sebaiknya......haza min fadhli rabbi.........

cipta kebahagiaan....anda sendiri kena raihnya. bahagia bukan bereti banyak harta, cantik, mewah, punya pangkat....tapi bahagia datang dari hati....dari hati yang ikhlas ke hati yang ikhlas. ilmu ikhlas payah untuk diperolehi...teori mudah untuk di fahami tapi praktikal tidak semudah menyebutnya. hanya yang punya hati nurani bisa melahirkan keikhlasan yang mana kita lakukan tanpa sekumit pun rasa tamak apatah lagi rasa ingin berbangga-bangga. Hanya Allah layak menilai keikhlasan kamu tapi percayalah hanya kamu dapat merasai nikmat yang di namakan bahagia......pada saat itu, betapa indahnya hidup di dunia ini dan merasakan damainya kehidupan.....hehehehhe percaya dong. Cuba dulu dan kamu akan rasainya sendiri......

apa kata uolls join kerja sukarelawan. nampak memenatkan dan membuang masa tapi impaknya subhanallah anda akan lebih mengenali dunia dan isinya. kerana anda akan jumpa pelbagai lapis masyarakat, karenah dan di situ jua menguji kesabaran dan kekuatan minda dan fizikal untuk memberi tanpa mengharap balasan. Tidak perlu menjadi sebaik manusia hanya jadi diri sendiri yang terbaik di mata Allah, maka anda akan berikan kesan dan aura yang baik pada sesiapa yang berada dalam radius anda. Istiqomah di situ akan temui jalan kehidupan yang lebih bermakna. Memberi bukan hanya harta tapi ilmu, kasih sayang dan jua tenaga. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan tiap dari kamu punya kelebihan dan kekurangan.....jadikan kelebihan untuk menampung kekurangan orang lain dan kekurangan anda untuk diperbaiki agar menjadi kelebihan dalam mencari dan merebut cinta Allah.

cipta kebahagian kerana dunia ini hanya persinggahan, jadikan persinggahan ini adalah yang terindah dan membahagiakan agar bilamana kita pulang ke destinasi abadi kita akan menjadi manusia yang dalam kemenangan dan keberuntungan. bahagia dunia dan akhirat....

wallahu'alam

bersama adik ASDAF

bersama adik attaqwa

saling menumpang kasih sayang antara kami

tabarakallah team MAMMAS 2016

berebut nak naik katak kak asmah katanya

bahagia melihat mereka gembira

perjalanan kehidupan masih panjang....moga tetap utuh dan istiqomah dlm mengalas amanah menjadi da'i Allah

H/A: kita semua adalah da'i

RnR Hati karya Pahrol Mohd Juoi

kali ini kita review buku karya Ust Pahrol Mohd Juoi. Ini penulis kegemaran. Blog beliau juga seronok nak cedok ilmu.

buku karya beliau R&R Hati ...muda bukan sekali tetapi dua kali. banyak info dan penceritaan yang bersahaja berkisarkan kisah dan kehidupan pemuda. waktu muda sebelum datang waktu tua.
tapi ramai remaja selalu leka dgn motto muda hanya sekali so kita enjoy....dah tua nanti kita taubat le. Wah, yakin bebenor kamu bahawa kematian tak akan jemput waktu muda....padahal kematian itu rahsia Allah. tak lambat dan tak cepat....kalau di tilik dan dibelek, orang muda yang banyak meninggal awal, kemalangan, penyakit macam-macam,....so berani lagi nak habaq tua nanti baru taubat.....

jangan jadi orang muda yang hidup dalam kerugian....anda rugi waktu di dunia dan anda akan rugi malah merana waktu di akhirat nanti.


kita kena paksa diri dan berusaha jadi orang baik...yang terbaik dalam pandangan Allah. Memang kita tidak mampu jadi orang lain tapi kita mampu jadi orang yang lebih baik. Dekati orang baik-baik maka kita juga akan terikut menjadi orang baik...maka berusahalah ke arah itu. Mahu dengan 1001 usaha dan tolak dengan 1001 alasan. Semuanya datang dari diri sendiri. Tetapi ingat, kamu kena belajar memaksa diri jadi orang baik yang di sukai Allah dan agama....maka kelamaan keterpaksaan itu akan menjadi tabiat yang mana jika kamu tinggal walau sedetik di rasakan bersalah bagaikan setahun. Percaya dan yakin akan Allah....Dia Maha Mengetahui segalanya.....

pada yang masih mencari diri, buku ini sesuai untuk dihadamkan. Tidak terlalu berat untuk dikunyah dan dihadam oleh pemahaman pencari kebaikan untuk meraih kecintaan Allah.

wallahu'alam

H/A : sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

Sunday, October 2, 2016

majlis makan malam amal ASDAF 2016_25092016

alhamdulillah....akhirnya majlis makan malam amal asdaf 2016 dapat direalisasikan dengan jayanya. Banyak dugaan dan cabaran untuk menjayakan majlis ini. daripada isu mencari penaung, penjualan meja....akhirnya pada mesyuarat terkahir 20092016 kami memutuskan menukar tempat ke ASDAF..pada malam itu juga terus dibuat tempahan khemah, katering, PA system. Allah permudahkan semuanya...team ASDAF sangat hebat. Orang lama banyak memberi inspirasi pada kami yang baru berkecimpung dalam dunia sukarelawan.

dengan tema cetusan kasih curahan bakti kami membawakan majlis makan malam amal asdaf dalam mengutip dana untuk pendidikan dan program dakwah bagi anak-anak orang asli yang di serata malaysia yang beroperasi di ASDAF bukit persekutuan KL. Di sebabkan perbelanjaan yang meningkat ASDAF yang beroperasi sebagai badan NGO terpaksa mencari dana bagi menampung perbelanjaan ini. Di samping itu juga para penaja boleh mengenali anak-anak orang asal yang dikumpulkan di ASDAF dan mendpat pendidikan di sekolah bangsar.

alhamdulillah sambutan amat mengalakkan walaupun promosi amat singkat. Ini pertama kali kami menganjurkan program sebegini....belajar dari pengalaman...insyaallah tahun depan akan jadi lebih baik.

pada saat akhir juga, kumpulan tarian sewang kuala kala tidak dapat hadir membuat persembahan. memang kelam kabut sebab mereka menolak di saat akhir selepas persetujuan di buat. Rupanya Allah nak kirim kumpulan tarian sewang dari Gua Musang datang ke KL Perancangan ALLAH susun itu terletak elok. Allah mudahkan pengangkutan untuk membawa mereka.

Di saat akhir juga DJ Khaty dan Kamel tidak dapat hadir sebagai pengacara majlis berikutan event besar yang melibatkan orang asli bertembung dengan program kami. Alhamdulillah Saudara Anwar Afiq dapat memikul tugasan tersebut sendirian dengan jayanya. Begitu bersahaja mengacara majlis yang santai dan persembahan nasyid yang menarik. Tabarakallah mudahan anda tetap istiqomah dalam menjalankan kerja da'i.

persembahan nasyid dan bacaan al quran dari pelajar orang asli. Adik Osman sangat mengagumkan. Saudara baru yang memeluk islam tetapi mampu membacaal quran dengan lunak. Moga Allah memberkati kamu Osman....

akhir acara, bidaan barangan kraf orang asli di buat, Ini bagi membantu mengisi tabung amal dan membantu jualan hasil tangan orang asli.

moga Allah sentiasa melindungi dan memberkati semua para penaja yang membeli meja dan yang menyumbang. Anda adalah hamba Allah yang terpilih untuk membantu anak ASDAF. Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan kerana perlu ingat "check out" kita adalah rahsia Allah. Bila masa saja bolh dipanggil pulang, pada saat itu harta dunia tidak akan mampu membeli tiket penerbangan balik ke dunia ini....

wallahu'alam

team sukarelawan


sukarelawan MAMAAS 2016

adik asdaf yang hensem

malu sebab adik hensem take picture...haha

barang jualan yang dibida 

unit protokol dari Kuantan sanggup mai bangsar

kraf untuk jualan

H/A : setelah hampir 6 tahun meninggalkan ASDAF sebagai sukarelawan unit akademik aku kembali. Allah Maha Besar, mentakdirkan aku kembali bekerja di Selangor dan kembali ke ASDAF. Moga aku tetap istiqomah dan dijauhkan sifat takbur dan riak dalam menaburkan bakti dan ikhlas dalam memikul amanah sebagai da'i....haza min fadhli rabbi

hari keluarga attaqwa 2016

hari keluarga at taqwa....
actually almost 2 years aku bersama attaqwa...masa mula-mula dok taman putra perdana tahun 2008 tak pernah tau pun kewujudan asrama anak yatim dan asnaf ni...yelah masa tu ulang alik keje di PJ-Puchong so aktiviti banyak di ASDAF bangsar. Sekarang dah tukar kerja di Taman Perindustrian Meranti Jaya Puchong, terus menetap di Puchong..terjumpalah attaqwa di fb.....

hadiah terindah mengenali keluarga besar attaqwa...dulu datang mengajar je...sekarang dah join aktiviti keluarga besar ni...leh hilang windu family besar di kota bharu.....kerja sukarelawan ni akan jadi indah bila kita lakukan dgn kasih sayang....sambil memberi mereka kasih sayang kita jua menumpang kasih sayang dan doa anak yatim ni....hidup akan jd lebih bahagia...percayalah.... kita kena raih bahagia dengan membahagiakan orang lain terutama org yang tidak bernasib baik dan berkemampuan seperti adik2 attaqwa....

ok...24092016 trip ke PD untuk sambutan hari keluarga.....alhamdulillah ramai sukarelawan dan ada yang sanggup sponsor makanan tengahari, malam dan pagi untuk kami....murah rejeki budak2...

pagi2 dah siap semua...seronok mereka sbb dah bayangkan mandi pool...pantai, naik banana boat... seronok tgh mereka excited...hadiah sukaneka pakat balut....sebab perancangan secara mengejut so semua berlaku pantas dan alhamdulillah Allah permudahkan....kak asmah balut hamper dgn budak2 jadi entah apa rupanya...siap ada toncang bagai hahahhahah.....

jam 10 bus dah sampai....so bertolak le kami satu bus, satu kete, satu van dan satu dimex. Di sebabkan kami konon konvoi...bus tidak boleh melalui pusingan U di setia eco so pusing jauh ke cyberjaya ikut jalan dalam....jauh nya...kalau ikut hway dekat saja...hehehe...

sampai kami terpisah so buka waze sebab tak biasa jalan dalam...alhamdulillah geng kete sampai dulu. bestnya pantai.....bilik di tingkat 6 wow...leh nampak pantai...sangat ohsem.....subhanallah sangat cantik ciptaan Allah....

lepas solat zohor. suma dah standby terjun pool....yelah, bawak mereka turun pool main air...kami jaga tepi kolam saja sebab kakak sukarelawan nak kena standby untuk sukaneka petang ni so baju jangan basah dulu...hahahhahaha...

lps solat asar turun ke pantai berbaju kuning untuk sukaneka....main tepi pantai..kawasan PD ni suma kena berbayar, so kami borong suma meja tepi pantai ni then buat port untuk letak hamper, makanan.

seronok main dengan budak-budak ni....badan je dkt permainan, hati dengan mata dok usha laut nuh.. nak terjun main air le.....dah nama budak.

seronok betul mereka ni...kami yang menengok ni pun seronok.....

pagi2 keesokan hari mereka ku tinggalkan untuk satu lagi program malam amal ASDAF. kena bergegas balik ke bangsar untuk kemaskini aturcara sebelum malam program.

hidup ini sangat indah jika tahu menikmati dan menghargainya....nikmat Allah yang mana lagi ingin aku dustakan....


Pool....pandangan dari atas bilik kami...tu yang buat adik2 x sabar nak turun

pantai....subhanallah

penjaga kolam


sukaneka


sukarelawan kak hajar

H/A : jadilah manusia yang blh membahagiakan org lain dan memberi mereka manfaat

trip ke bandung tajaan ck chemical sdn bhd_part akhir

ke bandung kita...hari keempat 19092016

hari terakhir di bandung...lepas breakfast balik bilik sambung tidur...sebab flight kami jam 2 ptg. Kami akan checkout pada jam 11 pagi waktu Indonesia. Terus ke airport solat jamak di sana, makan tengahari dan fly balik ke KL.


best western Bandung sangat ohsem...selesa

rupiah susah nak deal dgn ribuan ni hehehe

foto bersama tourist guide kami pak herman

 sampai KLIA semua dah lesu tambahan lagi k.maziyah cirit birit...tapi kami selamat sampai. Tiba di Putrajaya Centre, tak  boleh keluar sebab tak ada tiket...masa masuk hari tu xyah tiket sbb mesin tu rosak sekali kami nak balik selepas 4 hari tinggalkan katak kena sekat pulok....nasib baik orang jaga kaunter tu baik ati..kami bayar RM20 then dapat kad untuk keluar parking.....

terima kasih Mr Chong untuk tajaan ke Bandung..tahun depan kita ke pulau yea....

bye


H/A : berkelana dan bermusafir itu indah krn kita mempelajari adat resam org lain, belajar mengenali org lain, belajar kerjasama dan dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah....

Wednesday, September 28, 2016

trip ke bandung tajaan ck chemical sdn bhd_part3


ke bandung kita....hari ketiga 18092016

hari ahad di Bandung adalah hari libur. Jadual kami pada hari ketiga ialah Floating Market. Seawal pagi jalan masih lenggang.....perjalanan dari hotel ke floating market juga mengambil masa. Jalan agak sempit menaiki bukit....menurut pak Herman, jalan ini akan bertambah sesak apabila menjelang tengahari.

Sampai di lokasi, pintu gate masih belum dibuka. Tiket Rp 20,000 dikenakan setiap orang. Tiket ini blh ditukar kepada minuman percuma yang terdapat di beberapa tempat yang bertanda "pertukaran voucher minuman"






tiket dan voucher untuk minuman percuma

pintu gate belum buka so posing dulu dong

tasik yang mendamaikan


bagi ikan makan (p/s; bos yang snap picture utk kami)

floating market maksudnya dagangan adalah dalam sampan yang terapung di muara sungai ni. tapi rasanya ini tasik dong....untuk membeli belah kena tukar kepada coin atau nama lain macam kupon. macam pasaria kat sekolah gitu....kami tak tukar pun sebab tak ada yang nak membeli. Tapi bos siap tukarkan setiap orang dapat Rp30,000...apalah kami nak beli. last sekali kami beli aiskrim berharga Rp10,000 dan rojak Rp20,000

coin untuk membeli belah

aiskrim Rp10,000

rojak Rp20,000 bersamaan RM6 mahaiiiii

air percuma sebab tukar tiket tadi

kami hanya jalan-jalan sekeliling tasik ambil gambar...bos dgn steven tangkap pokemon.
Semua dah habis pusing kami di bawa makan tengahari sebelum ke Pasar Baru untuk shopping.

Di pasar baru kami di beri guard untuk mengelak di ragut dan sesat dalam market. Ramai banget manusia dong. Tapi puas hati membeli sebab barangan murah. Baju, telekung, kain....tiap orang ada misi barangan yang nak di beli. maklum lah membeli barangan kiriman hahhahaha....

Lepas habis memborong di Pasar Baru kami ke Chiplas untuk melihat kedai2 yang ada sebelum waktu dinner. Hujan menyukarkan pergerakan tapi redah saja.....semua sudah beli terutama k.maziyah dan tihah. mereka mencari ole-ole untuk family.

lepas makan di restoran belacan, semua dah tak larat nak jalan.tambahan hujan....balik hotel mandi air panas, solat jamak maghrib dan isyak bancuh kopi then tidur nyenyak.

esok pagi akan berangkat pulang makanya kami dibenarkan untuk bermalasan lama sikit. hehehehe

bersambung