Sunday, December 20, 2015

CK ke Bangkok_03

06122015
hari terakhir di bumi Bangkok...cuti-cuti tahunan CK Chemical Sdn Bhd

sebelum keluar sarapan, kami telah siap berkemas..beg dah penuh sebab banyak barang hahahha. Turun sarapan seperti biasa, bawa card dan anda akan di benarkan untuk menjamu selera. Menu kami juga tetap nasi sebab hari ini akan bermula dengan hari yang panjang, flight kami jam 2.45 petang waktu Thailand, dan akan tiba di KLIA2 jam 6 petang waktu malaysia.

selepas selesai sarapan, semua masih ingin meninjau cenderamata terakhir di Bangkok. Dek kerana tidak selesa dengan keadaan badan yang sedikit kepenatan...aku hanya stay di bilik hotel. Kami akan berkumpul jam 11 pagi di lobi untuk check out dan teksi akan menjemput kami ke Lapangan Terbang DM. Esther dah siap pesan, tambang teksi 100 baht so simpan duit tambang yea.... maka baki kami masih banyak.

Jam 11 pagi kami check out dan terus ke lapangan terbang DM. Sementara menunggu yang lain makan...actually kami dah pusing airport untuk cari makanan halal...yang ada hanya kebab..roti...so semua decide nak makan dalam pesawat nanti...Halal Jakim...hehehhee

Duit baht masih berbaki so semua menuju ke NARAYA shop...ohsem..semua beg homemade. Mula2 takut nak membeli sebab dalam airport kot kedai ni...kalau di Malaysia, harga akan berganda...tapi tidak di sini....Naraya shop...beg duit sying, dan macam2 lagi sangat murah dan cantik...harga antara 50 baht - 100 baht anda dah boleh membeli beg yang cantik dan ohsem untuk cenderahati org di malaysia (sempat grab beberapa jugak). Anda perlu mengemukan pasport semasa membuat pembayaran ok.

Jam 6.30 kami sampai di KLIA2. Agak lama kerana terpaksa beratur menunggu giliran untuk pengesahan pasport masuk. Kami jamak asar dan zohor di KLIA2.

Alhamdulillah, kami sampai di bumi Malaysia...terima kasih Bilah hantarkan sampai ke rumah. Malam terus tidur selepas mandi dan solat...memang penat sebab seharian berjalan...merentasi benua...

terima kasih bos menaja percutian kami. Walaupun pelbagai masalah...terutama isu akrab dan berbeza pendapat dan cara...kami tetap rasa seronok bercuti. syukur dapat melihat negara orang... terima kasih bos CK Chemical...KFC


hari terakhir baru jumpa merasa pegang duit baht dalam small notes

cenderahati...sgt comel

last day

centara watergate pavillion hotel

teman sebilik...bilah

depan hotel


menunggu flight ke KLIA

Lapangan terbang DM...pesawat AA akan mendarat di Airport DM

tamat sudah perjalanan kami berkelana di bumi Bangkok...

H/A : bermusafir membuat kita lebih memahami kehidupan..dengan melihat kehidupan org lain yg berlainan bangsa, agama dan budaya membuat kita jadi lebih bersyukur hidup di tanahair sendiri. Dengan berkelana kita akan lebih memahami org di sekeliling kita...jika ingin mengenali seseorg, lihatlah sifatnya tika waktu  dlm kesusahan dan kesukaran...bagaimana dia mengatasinya...

wallahualam


CK ke Bangkok_02

05122015

Bangkok awal satu jam dari bumi Malaysia. So waktu pagi matahari kuar awal walaupun jam baru jam 6 pagi. So kami akan kunci pastikan waktu subuh tidak terlepas...bermusafir tidak bermaksud kita boleh meninggalkan apa yang diperintahkan sewenangnya...Islam itu indah dan mudah tapi jangan permudahkan apa yang telah di mudahkan.....

Hanya di hotel kami boleh menggunakan internet untuk whsapp...instragram...line..we chat dan sebagainya. Itulah aktiviti bila sampai di hotel.....

Pakej penginapan kami berserta breakfast..so hanya bawa kad no bilik...petugas hotel akan tunjukan meja anda untuk santapan pagi. Centtara Watergate Pavillion Hotel ada menyajikan makanan halal muslim...so jangan ragu kerana anda akan melihat satu tanda "Muslim Food".

Biasanya sarapan kami adalah nasi kerana kami akan mengisi perut sekenyangnya untuk memulakan aktiviti di bumi Bangkok. Untuk mencari makanan halal di tepi jalan agak sukar di kawasan hotel malahan jika ada kami agak keberatan untuk mencuba. Sebab itu ler makan sekenyangnya untuk breakfast, di gerai kami hanya membeli buah (buahan sangat banyak dan mengeliurkan di sini) dan kami membeli jus buahan kerana Bangkok sangat panas (jangan lupa air mineral di bawa bersama)

ni kad bilik...dengan username dan password kami boleh access wifi di dalam bilik...
hanya tunjukan kad ini sewaktu nak breakfast...





menu breakfast kami...nasi, ikan dan kopi...sangat ohsem makan beras siam...sangat wangi dan sedap... kami orang kelantan biasa makan beras siam...hehehe

selesai breakfast, jam menunjukan lebih kurang 10 pagi. Destinasi kami tidak berhala tuju sebab kami tidak biasa di Bangkok dan masa untuk percutian juga agak terhad, Esok dah nak balik Kuala Lumpur. Akhirnya kami memutuskan untuk bershopping di Prantunam Market dan Plantinum Mall.
Hanya perlu menyeberangi jalan dari hotel penginapan...naik jejantas...traffic di sini agak menakutkan...so prantuman market hanya di sebelah jalan hotel kam. Plantinum mall pula hanya di belakang prantunam market.

Mungkin kerana masih awal, banyak gerai di Prantunam market masih belum di buka sepenuhnya. So kita jalan-jalan di Plantinum Mall dulu ok. Plantinum Mall pusat jualan baju, beg, kasut...jika pandai tawarkan harga dapatlah harga yang anda inginkan. Biasanya jika kita membeli secara borong mereka akan bagi diskaun. Di sini kebanyakan peniaga boleh berbahasa Inggeris maka jangan risau untuk berbelanja dan tawar menawar.


tawar menawar...diskaun...diskaun...hehehe


shopping tak sangat...jalan cuci mata je....

kepenatan...kaki dah lenguh...

jus buah yang meyegarkan...fresh...


bila dah penat berjalan plus dah habis pusing plantinum mall, suma pakat ajak balik hotel. dah penat berjalan, lutut dan nak tercabut...tapak kaki tak payah cakap...sakit mencucuk....penangan shopping.
Waktu kami datang Bangkok ada acara Bike For Dad...kebanyakkan orang Thai memakai baju kuning dengan tulisan Bike For Dad....macam meriah saja mereka ni.....

Balik hotel kena melalui prantunam market. kami sempat membeli belah di prantunam market...rembat baju untuk anak saudara...murah saja..180 baht dan kualiti kain juga sangat ohsem... made in Thailand.

Sampai je di hotel, terus mandi dan solat jamak takhir zohor dan asar. Bilah panaskan nasi beriyani Brahim yang di bawa dari KL. So menu makan malam kami adalah nasi beriyani dan air kopi 3 in 1. Jimat belanja dan tidak perlu bersusah mencari restoran....makan dalam keadaan santai di bilik hotel.
(sempat telan mefenamic acid dan panadol sebab badan dah sakit plus tekak juga dah terasa perit - tanda nak demam urat ni)

Lepas solat jamak takdim maghrib dan isyak, kami keluar ke night market yang berada di sekitar kaki lima hotel. Masih banyak duit saku yang bos kasi kot...yelah, duit makan dan tambang teksi/train yang bos kasi adalah 2500 baht...setakat hari kedua di Bangkok kami baru belanjakan 220 baht untuk makan malam (hari pertama sampai), train 40 baht maka baki 2240 baht. Untuk jajan kami membawa duit sendiri hehehehe....so apa lagi...time to shopping. (make sure simpan duit untuk tambang teksi ke airport esok hari - so semua orang simpan 500 baht)

night market sangat happening....terang benderang...baju, beg, kasut, key chain...aku sendiri sempat beli beg tangan, baju untuk diri sendiri (sbb aku jarang shopping dalam tempat orang ramai... tapi mengenangkan datang jauh, redah saja dan nikmati indahnya di bumi Bangkok)
Fatin..fatihah, target utama mereka tshirt...borong saja, malahan tshirt made in thailand sangat bagus kualitinya.

dah berpenat pusing night market, balik hotel bersihkan diri, tidur untuk malam terakhir di bumi Bangkok.

bersambung....

Wednesday, December 16, 2015

CK ke Bangkok

!st day in Bangkok...cuti-cuti tahunan CK Chemical...

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di bumi Bangkok lebih kurang jam 6 petang. Penerbangan MAS biasanya akan touch down di Suvarnabhumi Airport. Tiada masalah melepasi urusan di pintu masuk antarabangsa. Penerbangan mengambil masa hanya 2 jam sahaja....

Sampai di airport kami perlu menaiki teksi atau train ke hotel penginapan. Peak hour di bandar Bangkok sangat teruk dengan kesesakan lalulintas. So Esther cadangakan kami menaiki Airport  Rail Line dari airport ke stesen Ratchaprarop. Tambang hanya 40 baht sahaja. Sebab semua sudah penat, so nak merempuh kesesakan lalulintas bukan pilihan utama.

Dari stesen Ratchaprarop kami hanya perlu berjalan kaki beberapa minit untuk sampai ke Centara Watergate Pavillion Hotel. Semua kehausan...hehehhe...dan Bangkok sangat panas.

Sampai di hotel, kami solat jamak maghrib dan isyak. Bangkok sejam awal dari waktu Malaysia. Selepas solat, kami keluar mencari makan malam. Kebetulan ada sebuah restoran makanan halal india berhampiran hotel kami. Tapi sajian tidak memuaskan (tak kena dengan anak tekak kami kot). Makan sekadar mengalas perut. Selepas makan malam, kami sempat meninjau night market berhampiran hotel. Centera Hotel berada di tengah pusat membeli belah.

Sebab semua dah penat, kami balik hotel, berehat untuk kumpul tenaga bagi akiviti keesokan hari. Tidur yang lena di bumi Bangkok.







bilik hotel yang sangat ohsem....selesa

permandangan luar tingkap hotel dari tingkat 16

subhanallah cantik alam ciptaan Allah...
gambar masa dlm pesawat MAS ke Bangkok

Friday, December 4, 2015

trip ke Bangkok_CK Chemical_hari pertama


bismillah....4/12/2015...company trip ke Bangkok...tajaan sepenuhnya CK Chemical. Bos yang baik hati...acara tahunan syarikat untuk servis kami selama setahun...so kali ini ke Bangkok.

Macam-macam dugaan untuk sampai ke tarikh ini...malahan kami hampir membatalkan acara tahunan bagi tahun ini. Biasa le bila banyak sangat kepala plus cadangan....at the end bos yang decide sebab yang keluarkan belanja adalah bos. So semalam 3/12/2015 dapat satu sms dari air asia pasal pembatalan penerbangan hari ini dan di tunda ke esok hari....oh no sebab kalau fly esok lusa kami dah nak balik..hotel semua dah booking.....kelam kabut bos carikan tiket....hahahahhaa

airasia membatalkan penerbangan...menunda penerbangan mula kecoh dari minggu lepas. tak sangka we all terkena jugak...emmmmmm.....beg suma dah pack siap dgn makanan kot. So semalam biarkan bos settle semuanya...kami tunggu sahaja.



sms dari AirAsia dan jadual penerbangan kami ke DM Bangkok di tunda...emmmm




so tido je lah...bangun pagi2 ada whsap dari bos...deal kita jadi fly 4/12/2015 hahahaha

tiket baru yang bos belikan....kalau sendiri bayar tunggu saja le esok....hahahaha


alhamdulillah kami jadi fly....kalau dah rezeki tetap rezeki...


hotel penginapan kami di Bangkok nanti.....

duit belanja bos kasi untuk makan selama 3 hari 2 malam

semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke Bangkok dan jadikan kami manusia yg sentiasa bersyukur walaupun banyak dugaan untuk sampai ke bumi gajah putih.......

H/A : rezeki itu tidak pernah tersalah alamat. jika ia bukan milik kita, yang dalam genggaman pun tetap akan terlepas. begitu jua sebaliknya. Kita merancang Allah jua ada perancangan...tapi tetaplah yakin perancanga DIA adalah yg plg tepat dan sebaiknya kerana DIA Maha Mengetahui....tiap yang berlaku pasti ada asbabnya......

jom bermusafir........