Monday, October 26, 2015

buku merah_buat pasport pertama kali

salam.....nak update pasal buat pasport pertama kali  di Pejabat Imigresen pada HARI MINGGU

Alahai...konon keluar seawal pagi untuk beratur sebab baca kat entri blogger....memang kena beratur panjang untuk ambil nombor giliran. Guess what.....sampai Menara Ikhlas Putrajaya, lenggang...tapi ada dua tiga orang kelompok yang dok melilau cari pintu nak masuk Pejabat Imigresen sebab katanya dah pindah ke Menara Ikhlas untuk urusan pasport. Last jumpa geng abang imigresen yang nak pergi operasi kot....depa cakap....oh, dah lama hari sabtu ahad tutup. Dulu yea bukak je tapi dah tutup sekarang ni..

Alamak...kalau tau tadi dah pusing ke Kajang. So nak ke UTC Pudu atau Pejabat Imigresen Kajang. Sya yang bertindak sebagai pemandu Kapten Kapal Katak cakap....kita g Kajang jelah kak As. Emmmmmm...

Guna GPS nak cari jalan keluar dari Putrajaya ke Kajang (tiap kali masuk putrajaya memang sesat...banyak sangat traffic light....exit....)

So berpandukan GPS kami ke Hentian Kajang. Alhamdulillah sampai di Pejabat Imigresen Kajang (berpusing cari opis Imigresen sebab dalam terminal) panjat ler tangga walhal ada je lift.

goggle maps 

dalam terminal ni ler terletaknya pejabat imigresen


Wow....panjangnya barisan. Masa kami masuk barisan jam 8.35 pagi maksudnya baru bukak kot kaunter. Intai2 rupanya baru nombor 22. Harap2 dapat ler nombor ni sebab Pejabat bukak sampai jam 1 sahaja. Alhamdulillah jam 8.45 dapat nombor 1124. Pegawai tu suruh p ukur tinggi dan tunggu nombor di panggil. Cari bangku duduk ler tunggu nombor panggil. Sya bukak tab main games. Hahahahaahha...kesian kena teman kakak dia buat pasport. Macam-macam ragam orang boleh tengok. Ingat mesti ramai orang tak buat pasport ni sebab ringgit jatuh, mana nak bercuti luar negara. Salah, yang datang hari sabtu berderet anak beranak nak buat passport nak p bercuti time cuti sekolah nanti. Aigoo.....

nombor digiliran hanya akan di beri jika anda membawa dokumen yang dikehendaki...so saya baca IC dgn diri jelah,,,

pak guard dah tutup kaunter pengambilan nombor giliran 


Jam 9.30 pegawai yang bagi nombor suruh pakcik guard tutup laluan beratur...nombor dah habis untuk hari tu....makanya sapa yang datang lepas tu kena datang esoknya ler, memang dah takde nombor. nasib baik kami sempat, dari putrajaya ke Kajang hanya 20 minit.Rezeki kami hehehhhehehe.

Tunggu ler, jam 11 pagi nombor 1124 di panggil ke kaunter 4 (pasport). Bagi je IC dengan nombor anda tadi. So soalan yang dia tanya berapa tinggi? dah kahwin? no telefon. OK, pandang kamera dan snap? Ok tak gambar ni? pegawai tu tanya, mau je jawab...tak guna 360 ke kak? hahahhahha.....tapi yang terlafaz...ok je.....hahahhahaha.....ok, tunggu nombor di panggil yea.
lebih kurang 5 minit, nombor 1124 kaunter 6 (pembayaran)....so bayar ler RM 200 untuk tempoh 5 tahun. Ok, tunggu nombor di panggil untuk dapatkan pasport yea.....
tunggu lg....kalau dari slip ada menyatakan 1 jam tempoh untuk siap dokumen. Pakcik guard cakap boleh balik dulu nanti esok ke collect.....(pakcik, rumah saya bukan belakang terminal ni....puchong sana....) takpelah pakcik, saya tunggu je. emmmmmm
jam 11.45 nombor 1124 di panggil -kaunter 15 (kutipan pasport).....alhamdulillah siap jugak pasport saya. Buku merah sebab nak ke Bangkok bulan 12. Hish, kalau tak sebab percutian free di taja syarikat takdenya nak buat pasport. hahahhahhahah.....dah ada ni boleh ler plan p melencong nanti....
ok....ni beberapa benda penting untuk yang baru nak buat pasport :
update 24 october 2015 okay ..hahahhahhaa

buku merah


  1. sila semak pejabat imigresen yang bukak hari sabtu dan ahad : INGAT PEJABAT IMIGRESEN PUTRAJAYA TUTUP HARI MINGGU
  2. kalau nak senang pergi UTC Pudu atau seangkatannya
  3. pergi awal sebab nak beratur panjang....bab beratur ok je...takut sampai turn kamu, nombor dah habis...operasi hari minggu sampai jam 1
  4. tak perlu isi borang so tak payah nak dowload borang bagai....bawak KAD PENGENALAN je
  5. gambar pasport TAK PERLU BAWAK. bawak diri anda je nanti pegawai tu snap terus masa dia key in data anda....yang perempuan PAKAI TUDUNG GELAP siap2. kalau tak anda kena tukar tudung yang dia bagi so dah kedut sana sini, lambat kerja..
  6. bayaran dah di kurangkan jadi RM 200 untuk setahun...ni standard harga kena bayar untuk pasport....yang lain rujuk gambar yea

Syabas pada pegawai Imigresen Kajang, perkhidmatan dan layanan anda sangat ohsem, Senyuman di ukir bantuan di hulurkan. Cepat dan cekap, so berbaloi keluar awal, dan datang ke Kajang. 

jadual masa operasi 

harga bayaran