Sunday, March 29, 2015

kek coklat moist daripada adik rumah kebajikan at taqwa puchong

bismillah....

memenuhi impian dan meraikan kegembiraan orang lain membuatkan kita temui apa itu kebahagiaan dalam kehidupan...ianya tak akan dapat di jual beli...beri dgn ikhlas dan kamu akan dapat rasainya nikmat itu....

semuanya bermula daripada kebetulan mereka melihat blog keduaku www.aminacoklat.blogspot.com dan mereka terus cakap teringin nak belajar buat kek moist macam anis moist tu...yg jual kat kedai tu...so apa salahnya berkongsi ilmu walaupun aku tidak ler sepakar chef pembuat kek yang gempak. Maka tarikh di tetapkan..malam aktiviti bebas mereka...jumaat malam....bermulalah kelas tidak rasmi kami.....bahan telah tersedia...resepi telah di catit...selaku mentol lampu...arahan di beri dari tepi tapi mereka berdua (bertiga dengan zikri yang teringin nak join...sekadar kacau sebati coklat...tepung..hehe) maka segala proses bermula mengikut arahan....agak kelam kelibut sebab bebudak ni tak biasa ke dapur sangat...hehe...tapi alhamdulillah mereka mampu melakukannya.... daripada memukul telur sampai kembang...memasukan tepung...double boil coklat dan sampai ler mengukus.....agak lama masa di ambil untuk mengukus kerana loyang yang ada besaq sangat so jadi lama....takpe...janji siap dan menjadi. bermula dari jam 9 malam sampai jam 12.30 baru siap sebijik kek ni...bab menghias 100% di serahkan pd mereka...itukan hasil kerja mereka...alhamdulillah menjadi....masing-masing tidak sabar untuk merasa hasil kerja mereka....tunggu pagi baru potong.. hahahahahhaha

esok pagi dapat whsap daripada mimi...kak asmah...sedap kek kita buat...ramai suka...macam anis moist tu.....hahahahaha....

practice make prefect...nanti buat lagi untuk mantapkan skill....target bebudak ni...nak buat bisnes dengan kek ni...alhamdulillah...sekurangnya ilmu ini bermanfaat dik....percubaan pertama mereka berjaya....alhamdulillah....haza min fadhli rabbi....

zikri nak join kelas buat kek

bahan-bahannya 

cikgi tengah bagi tips


main ingredient utk jadikan kek tu moist

mimi and wawa
inilah hasil daripada mereka...hiasan diaorg letak sendiri


H/A : ilmu dan kepandaian adalah pinjaman dariNYA maka janganlah kamu kedekut malahan menyombong dengan kepandaian ilmu kamu kerana tanpa izin dan kehendakNYA kamu tiada apa-apa pun....haza min fadhli rabbi

catatan matluthfi

nak review buku dalam di baca...sebelum ni hanya tonton youtube mat luthfi ni...ayat dia banyak kiasan kadangkala ada menyindir...tetapi hakikat itulah kebenaran dunia realiti sekarang... kebenaran pahit untuk di telan tetapi itulah hakikatnya...maka ada yang suka dan sebaliknya....

idea matluthfi sangat fresh...dan selalu mengutarakan isu semasa kemasyarakatan sekeliling...mengajak berfikir di luar kotak dan logik...

buku ini sangat ringkas dan mengenai perjalanan kehidupan beliau sebagai pelajar dan anak. bahasanya mendalam...kiasan dalam jenaka yang spontan. Memang akan tersenyum sendiri membaca catatan ini....

ilmu Allah itu sangat meluas...dipinjamkan ilham dan kepandaian agar kita blh menyampaikan dakwah dlm apa jua bentuk mengikut situasi dan sasaran....apa yg penting sentiasa letakkan Islam, iman dan taqwa di landasan paling hadapan....dgn izinNya kita tidak akan tersesat ke jln yg salah.




H/A : untuk mencari ilmu Allah yg begitu meluas...kita blh ambil drp mana saja...hatta drp pokok kayu...bagaimana pokok itu tumbuh, mengeluarkan hasil dan apa saja....sesungguhnya yg membezakan manusia dgn makhluk lain adalah akal fikiran utk berfikir dan berfikir....wallahualam

Sunday, March 15, 2015

Ya Allah..pinjamkan aku kekuatan dan kesabaran

kadangkala kita rasa sangat down dengan pelbagai masalah...di makmal...di rumah...di mana-mana seolah tidak sempurna kehidupan ini. Ada saja masalah...then..kenapa aku? kenapa macam ni? kenapa? adakala sampai nak lari dari semua ini dan menyorok di sebuah pulau yang sunyi... emmm adakah itu menyelesaikan masalah? orang yang bijaksana tidak akan sesekali lari dari masalah... hadapinya dan masalah itu tetap akan menjadi masalah jika kamu tidak menyelesaikannya... mudahkan solutionnya....cakap menggunakan air liur memang mudah...semudah petik jari tapi bahu yang memikul yang kena hadapi dan tanggung semuanya.....sendiri.....

hidup tanpa masalah bagaikan makanan tanpa rasa. bukan ke ujian kehidupan akan memberi penilaian siapa kita dalam pandangan Allah. Hidup kita bukan di dunia ini....ia hanya tempat persinggahan, ini bukan tempat kita....perjalanan kita destinasi kita adalah akhirat sana....di mana kita akan di beri ganjaran syurga atau neraka berdasarkan markah ujian yang kita berjuang dan perjuangkan di dunia ini.....

ujian dan musibah kadangkala adalah anugerah....Allah dtgkan pada kita kerana DIA ingin berikan kita peluang mengutip saham akhirat....diberi hadiah ujian kerana ingin diberikan ganjaran pahala sabar..ikhlas..redha dan mendidik kita jadi manusia dan hamba Allah yang benar-benar beriman.

begitu juga dalam perjuanganku Ya Rabb...kadangkala kekecewaan akan meniti dalam pengharapan bilamana hasil yang di perolehi tidak seindah yang di sangka...kekuatan dan semangat perjuangan jadi sedikit goyah, adakala ingin terus berhenti meniti landasan perjuangan kerana pengharapan tiada sinarnya. Sungguh, perjuangan adakalanya memenatkan...menguji keimanan...kesabaran...dan yang paling teruji adalah keinginan dan kehendak....lantas ianya membuatkan istiqomah sedikit bergoyang. Bagaimana aku perlu teguh istiqomah dlm perjuangan ini...perjuangan demi Allah..perjuangan demi meraih cinta Allah...perjuangan atas nama khalifah Allah....pinjamkan aku kekuatan itu Ya Allah, pinjamkan aku kesabaran dan kesungguhan itu Ya Rahman...aku ingin tetap menjadi murabbi yang sangat mencintai ilmu dan agamaMu...maka ingin aku perjuangkannya....kuatkan iman dan taqwaku. Jangan biarkan aku goyah dan lemah dengan sedikit ujian dan mehnah kehidupan....mudahan ikhlas akan membuatkan aku lebih bersemangat....kuatkan iman dan hati...jangan Engkau dolak balikkan hatiku setelah Engkau berikan aku hidayahMu.......sesungguhnya berjuang itu pahit kerana syurga itu manis.....





H/A : always put your trust in Allah....semuanya akan dipermudahkan dgn kehendak dan izinNya... yakin dan percaya pada DIA YANG ESA...