Saturday, February 21, 2015

islam itu indah dan mudah

Perjalanan di seawal jam 5 pagi dari Taman Putra Perdana menghala ke Bukit Kepong Johor menuntut keberanian. Menempuh lebuhraya seawal pagi semata-mata mengelak kesesakan lalulintas ekoran warga kota akan bercuti sempena CNY. Dengan langkah bismilah, keyakinan Allah always by my side....perjalanan di mulakan....ternyata dugaan benar, lebuhraya seawal jam 5 pagi telah agak sesak dengan kereta menghala ke Utara....dan di persimpangan sebelum exit ke Seremban, satu kemalangan menyebabkan kesesakan....

Jam menunjukan 6.30 pagi maka aku harus mencari surau untuk menunaikan kewajiban. Solat Subuh adalah keutamaan ketika itu. Akhirnya Humairah di lencong ke Hentian Rehat Kampung Bemban. Hentian rehat ini di sebelah kanan sebelum masuk ke exit Jasin Melaka. Mungkin ada surau di sini. Penuh orang di R&R dan kebanyakan adalah kaum cina yang dalam perjalanan untuk meraikan Tahun Baru Cina....terpampang besar "toilet" malahan ada "toilet tambahan"...tapi di mana surau....

"Uncle, mana surau?"
"Sana.." seorang pekerja R&R menunjukan ke arah sebuah pondok rehat
dalam hati...biar betik...itu wakaf untuk berehat kot....lagipun ituka terbuka
"Pondok tu ke uncle? tak ada surau?"
uncle itu tersenyum dan mengiringi aku ke pondok yang di maksudkan
"Inilah surau,,,situ ada sejadah....arah kiblat hala ke sana...(tunjuk arah menegak)
"ok...terima kasih uncle...."sambil tersenyum

solat kan boleh dilakukan di mana saja, asalkan bersih dan kamu berpakaian yang menutup aurat... Islam itu indah dan mudah kan....Ya, betul

alhamdulillah aku yang berpakaian lengkap (jubah, tudung yg melepasi dada, bersarung kaki dan hand sock) + aku sudah berwuduk sebelum turun dari rumah dan yakin masih kekal dalam wuduk... nah apa lagi, kamu sudah siap untuk menunaikan kewajiban untuk solat subuh,

dengan angin yang sepoi bahasa,,,kicauan burung, aku menunaikan solat subuh di ruangan yang terbuka....malahan ramai yang melihat (aku rasa) kerana pondok tersebut berada di tepi ruangan parking.

alhamdulillah aku selesai menjalankan amanah dan tanggungjawabku sebagai muslim.....

moralnya:

1. solat boleh di lakukan di mana saja asalkan bersih dan kamu yakin arah kiblatnya...tidak semestinya di masjid atau surau
2. sebaik-baik pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang kita boleh gunakan sebagai "pakaian solat" untuk menemui Sang Kekasih. Maka jadikanlah aturan ini sebagai garis panduan dalam pemakaian harian kita tidak kiralah bagaimanapun kita berfesyen....namun tetapkan garis panduan ini sebagai SOP agar kita tidak melakukan kesalahan.

inilah pondok @ surau yang di maksudkan




H/A : Islam itu indah dan mudah namun jangan kita sesekali mempermudahkan apa yang telah di mudahkan....sentiasa letakkan iman, taqwa dan agama di landasan paling hadapan dalam tiap perjalananmu insyaallah kamu pasti akan sampai ke destinasi abadi dengan jaya dalam jalan kebenaran....wallahualam

Friday, February 20, 2015

pulangnya Sang Murabbi kesayangan rakyat Kelantan

perginya Sang Murabbi menemui Kekasihnya buat selama-lamanya. Berita yang amat menyedihkan walaupun tidak mengenali beliau secara mendalam...namun bagi rakyat Kelantan...Tok Guru amat sinonim dengan penduduknya kerana negeri Kelantan di tadbir oleh beliau. Malah perwatakan dan kehidupan beliau menjadikan kami seolah mengenalinya dengan lebih dekat. Seorang menteri besar yang sangat zuhud dalam kehidupan....tiada rumah mewah...kehidupan yang serba glamour walaupun beliau seorang menteri besar. Siapa sahaja boleh berjumpa dengan beliau...hanya perlu datang ke rumah yang di kelilingi pelajar tahfiz di Pulau Melaka...jika siapa yang tidak mengenali beliau pasti akan menyangka beliau adalah seorang atok yang tua...orang kampung yang telah pencen yang sedang menghabiskan masa lapang dengan berkebun....begitulah gambaran Tok Guru yang terlalu low profile...yang sangat warak dan zuhud dalam kehidupan hariannya.

bercerita mengenai beliau selepas ketiadaannya...membuatkan hati rasa sebak....tiada galang ganti yang mampu menandingi beliau....perjuangannya sangat kental dalam memperjuangkan Islam di bumi Kelantan dan Malaysia....walaupun ramai menyatakan Kelantan mundur dan miskin di bawah pentadbiran Ulamak...namun kami kaya dengan semangat perpaduan...semangat perjuangan...semangat suka menolong...semangat pejuang Islam yang mengajar erti perjuangan... kesederhanaan....bersyukur dan semangat itu menyatukan penduduk Kelantan walau di mana kami merantau....kerana kami di tayangkan dengan contoh role model yang amat mengagumkan... tidak perlu bermewah jika hidup tidak dalam keberkatan Allah...tidak perlu bermegah kerana hidup di dunia hanya sementara....dan Tok Guru selalu menyebut...tiada satu pun pada diri kita apatah lagi harta kita adalah kepunyaan kita....semuanya adalah pinjaman dari Allah, maka jangan bermegah dengan barang pinjaman ini....sapa kita untuk bermegah pada Sang Maha Kuasa.....

berjuang memang pahit kerana syurga itu manis......

dunia hanya penjara bagi orang beriman, kerana destinasi utama mereka adalah syurga Allah. Maka dunia bukan tempat untuk berehat dan bersantai...berjuanglah sehabisnya kerana kita khalifah yang wajib memperjuangkan agama Allah...menentang kemungkaran.....dan akhirat adalah tempat untuk berehat setelah meredah perjalanan dunia yang memenatkan......

berehatlah dikau Sang Murabbi....telah tiba saatnya dikau berehat sepenuhnya...tiap masa dan waktu mu di dunia di penuhi hanya memperjuangkan agama Allah...mengabdikan diri hanya padaNya...
mudahan tauladan mu akan aku ikuti dan jadikan panduan...kerana dikau menjadi pembakar untuk terus meraih cinta dan redha Allah....semoga mampu berjiran dengan mu di syurga Allah kelak Wahai Sang Murabbi yang di muliakan manusia dan Allah....dikau tiada gantinya....dikau disegani kawan mahupun lawan.....

Innalillahi wainnailaihi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fu'anhu


Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau MelakaKota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Pendidikan
  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Kerjaya politik
Kesihatan
Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.
Kematian
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
Beliau juga pernah belajar di:
Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa ArabUrduInggeris dan Tamil.
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, dan beliau merupakan Mursyidul Am bagi parti tersebut bermula pada tahun 1995 sehingga 2015. Nik Aziz turut memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan ke-12 bermula pada tahun 1990 sehingga 2013. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Padapilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.
Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Nik Aziz telah pulang ke rahmatullah di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu pada 12 Februari 2015 pada pukul 9:40 malam akibat penyakit kanser prostat tahap empat.Nik Aziz dikebumikan di sebelah kubur bapanya, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, selepas disembahyangkan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Pada hari pengebumian beliau ia telah di hadiri oleh 50‚000 dan lebih dari untuk mengusung jenazah allahyarham Tok Guru.
(sumber internet)





H/A : mudahan daku juga mampu memperjuangkan agama Islam sepertimu...walaupun tidak mampu menjadi seperti mu yang sangat warak dan zuhud...sekurangnya tempias sifat mu mampu aku miliki dan mampu mengikuti....berjuang memang pahit kerana syurga itu manis

Sunday, February 1, 2015

CK Chemical...dinner company 2015

dinner company....from Taman Meranti Jaya ke Shangri-La Kuala Lumpur...sampai bersesat bagai... sampai gak ke hotel 5 bintang di langit ni....sampai dah maghrib...terus solat maghrib sebelum menjamu selera dengan hidangan yang super banyak ni.....

this is our team...CK Chemical...admin...sales...R&D..QC..warehouse..IT...

thanks a lot boss untuk dinner dan bonus...





H/A : dalam pergaulan kita akan jumpa 1001 jenis ragam manusia...kita tak akan mampu membahagiakan semua org dan kita tak ingin hidup menderita atas kegembiraan org lain...just be yourself yang mampu menceriakan semua org dengan menyayangi mereka spt kamu menyayangi diri sendiri...dan menerima mereka seadanya krn kamu juga tidak sempurna....

hiduplah dengan redha Allah

dunia...ku tanya apa khabar...hehehheehe

dunia ini hanyalah persinggahan buat kita...kerana destinasi utama kita ialah akhirat sana...ia umpama rumah tumpangan persinggahan yang ada Tuan Empunya yang mana di sini ada peraturan dan garis panduan yang MESTI di patuhi....

dalam kehidupan kita diuji dan teruji....kerana di situlah kita dinilai dan diberi pemarkahan berdasarkan prestasi "aku hamba Allah yang sangatttttt mencintaiNYA"...nah, bukan setakat niat di hati...perlu aplikasi dengan perbuatan....itulah di namakan kesungguhan....apa yang membezakan kita dalam pandangan Allah ialah keimanan dan ketaqwaan.....



Allah itu Maha Pegasih Lagi Maha Penyayang....DIA tetap berikan yang terbaik buat kita walaupun manusia ini mudah lupa....hanya bilamana tersungkur...kesakitan...menderita baru mencari mana Allah....baru mengadu padaNYA...baru mengingatiNYA....baru mendampingiNYA....tetapi di mana Allah bila kita dalam kesenangan...kemewahan...hanya sekadar mengingatiNYA tanpa kesungguhan dan keikhlasan....hanya demi mencari ketenangan...pertolongan....ALLAH tidak perlu di cari kerana DIA sentiasa bersama kita...tika susah mahupun senang...tetapi adakah kita masih bersamaNYA tika dalam susah dan senang? di situlah Allah menilai kita....maka di turunkan ujian...untuk melihat sejauh mana kita benar-benar yakin padaNYA...ikhlas mencintaiNYA...merinduiNYA...dan sentiasa melakukan apa yang di perintahNYA....

ujian kehidupan bukan setakat kesusahan....kemewahan dan kesenangan juga ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kita menerima pemberianNYA...bagaimana kita berterima kasih dengan pemberianNYA...bagaimana kita menggunakan sebaik mungkin pemberianNYA...... hiduplah dalam redha dan rahmat Allah....jauhi sifat tamak...sombong dan bakhil...di situ kita belajar mensyukuri nikmat rezeki Allah...kita hadapi ujian kemewahan dgn berbagi kesenangan dgn orang lain kerana Allah amat menyukai sifat pemurah...Allah suka hamba yang pengasih dan penyayang...buktikan kecintaan kita dengan keikhlasan ini....redha Allah sentiasa bersama orang yang pemurah yang sentiasa memikirkan hak orang lain dalam rezekinya....maka kebahagian kehidupan akan dikecapi dengan sendirinya.....




“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]




“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].


H/A : Ya Allah, janganlah Engkau dolak balik kan hatiku setelah Engkau berikan aku hidayahMU...tetapkan aku dalam iman dan islam....hidupkan dan matikan aku dlm iman dan islam...dan akhiri kalimahku dgn Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)