Tuesday, January 20, 2015

musibah itu anugerah..kelantan di uji...banjir 2014



kelantan di landa tsunami....innalillah....subhanallah...kami rakyat di bumi kelantan di uji dengan musibah banjir....bah besar yang melanda tahun 2014 paling buruk dalam sejarah kehidupan aku. Banjir besar atau dikenali bah merah perkara biasa melanda bumi kelantan tiap 10 tahun. Malahan aku beberapa kali berpeluang bermain swimming pool semulajadi ini.....namun ianya berbeda pada kali ini... tahun 2014.....

Keluarga di Kg Paloh Pintu Geng, Kota Bharu....kami memang maklum perihal banjir di Kelantan, makanya rumah keluarga yang di bina bertingkat dan tinggi.....biasanya pada tingkat ke 3...tiap kali bah besar menyapa....di situlah kami menyelamatkan diri....itu lumrah dan kebiasaan.....subhanallah, kali ini air naik mendadak malahan di tingkat 3 juga pada paras pinggang.....mana mungkin di situ tempat kami berlindung.

Pada 25 Disember 2014 air mula melimpahi bandar Kota Bharu....malah air melimpah dan menaik dengan cepatnya.....kami sekeluarga terpaksa berpindah ke hotel berhampiran kerana rumah telah mula di naiki air banjir....Ya Allah, tidak sampai satu hari, kami terpaksa mengosongkan hotel ekoran dari ketiadaan air bersih dan juga elektrik. Malahan  kami tidak boleh menjangka keadaan air yang makin menaik. Lantas bot askar penyelamat datang membawa kami ke tempat yang lebih tinggi. 

Ingin di tuju ke pusat pemindahan, rasanya tidak mungkin kerana kami sekeluarga seramai 20 orang, malahan pusat pemindahan sesak dan juga di naiki air. Alhamdulillah masih punya keluarga di daerah Bachok. Dan subhanallah, Bachok dan Pasir Puteh adalah kawasan yang tidak terjejas dengan ujian banjir.  Hampir seminggu di Bachok kami berpindah lagi ke Ketereh, kebetulan ada rumah keluarga yang kosong. Alhamdulillah kami hanya di duga ujian banjir tetapi kami masih di beri kemudahan tempat berlindung malahan kami juga tidak pernah berlapar sepanjang minggu menjadi keluarga nomad.

alhamdulillah..Allah berkehendakan banjir melabuhkan kesudahan akhirnya. Maka bermulalah episod realiti kehidupan yang harus di tempuhi. Kami pulang melihat keadaan rumah yang hampir di tenggelami banjir. Innalillah....hanya bertemakan selut..lumpur memenuhi tiap ruang sudut rumah kami.....banyak barang yang rosak...yang dapat di selamatkan hanyalah peralatan pinggan mangkuk, periuk belanga yang boleh di cuci...katil..tilam...almari...semua itu rebah menyembah bumi....paling menyayat hati bila koleksi "bom hati" aku tidak mampu di selamatkan walaupun senaskah. Buku-buku koleksi paling berharga buat diri ku...musnah sekelip mata......rupanya bom hati ini Allah pinjamkan sekejap untuk aku khatam dan hadam sebaiknya...sekarang DIA ingin menguji bagaimana aku mengaplikasi tiap isi bom hati dengan ujian dan musibah kecil ini. La tahzan....

sambil membersihkan rumah...sambil mengelap rembesan air mata...hibanya..tapi semua yang dimiliki adalah pinjaman...tiada satu yg kekal bilamana Tuan Empunya menginginkan..dan di tariknya kembali....siapa kita untuk mempertikaikannya....kami belajar pasrah..belajar erti redha..belajar erti sabar....dan belajar menjadi hamba Allah yang bersyukur....kami masih punya rumah...punya tempat berteduh...di kelilingi keluarga yang selamat dalam lindungan Allah...nikmat Allah yang mana lagi perlu aku dustakan....Ya Allah...janganlah Engkau tarik nikmat hidayah dan ketaqwaan dalam hati kami sekeluarga hanya dek kerana ujian kecil ini...jadikan kami lebih tabah...

musibah adalah anugerah...Allah ingin didik kami menjadi hamba yg redha...yg sabar...yg sentiasa dekat denganNYA....musibah ini membuatkan kami sekeluarga lebih erat...buat kami lebih pemurah... buat kami lebih mengenal erti sebuah kekeluargaan...dalam kemusnahan kami hilang harta benda..tapi kami dianugerahkan kekuatan...keteguhan antara satu sama lain......

dalam hiba...kami masih boleh bergelak ketawa....kesedihan hanya sementara...dunia hanya sementara.......

beberapa koleksi gambar keadaan banjir dalam kediaman kami...beberapa keping gambar selepas banjir mulai surut, di segenap sudut rumah hanya bertemakan selut dan lumpur....La Tahzan...Allah tetap bersama kami....




















































H/A :musibah itu anugerah krn di dalam balutan hadiah ujian dan musibah itu terkandung nikmat yang tidak di ketahui dan terjangkau dek fikiran kita....kita melihatnya satu kemusnahan tetapi kita lupa ALLAH MAHA MENGETAHUI...DIA mengambil sesuatu kerana ingina hadiahkan sesuatu yg lebih baik buat kita....DIA menduga kesabaran kita kerana DIA ingin hadiahkan pahala redha..sabar dan ikhlas buat kita....dan ingatlah DIA hanya menguji apa yg dalam batasan kemampuan kita sahaja... always put yr trust in Allah.....