Sunday, December 20, 2015

CK ke Bangkok_03

06122015
hari terakhir di bumi Bangkok...cuti-cuti tahunan CK Chemical Sdn Bhd

sebelum keluar sarapan, kami telah siap berkemas..beg dah penuh sebab banyak barang hahahha. Turun sarapan seperti biasa, bawa card dan anda akan di benarkan untuk menjamu selera. Menu kami juga tetap nasi sebab hari ini akan bermula dengan hari yang panjang, flight kami jam 2.45 petang waktu Thailand, dan akan tiba di KLIA2 jam 6 petang waktu malaysia.

selepas selesai sarapan, semua masih ingin meninjau cenderamata terakhir di Bangkok. Dek kerana tidak selesa dengan keadaan badan yang sedikit kepenatan...aku hanya stay di bilik hotel. Kami akan berkumpul jam 11 pagi di lobi untuk check out dan teksi akan menjemput kami ke Lapangan Terbang DM. Esther dah siap pesan, tambang teksi 100 baht so simpan duit tambang yea.... maka baki kami masih banyak.

Jam 11 pagi kami check out dan terus ke lapangan terbang DM. Sementara menunggu yang lain makan...actually kami dah pusing airport untuk cari makanan halal...yang ada hanya kebab..roti...so semua decide nak makan dalam pesawat nanti...Halal Jakim...hehehhee

Duit baht masih berbaki so semua menuju ke NARAYA shop...ohsem..semua beg homemade. Mula2 takut nak membeli sebab dalam airport kot kedai ni...kalau di Malaysia, harga akan berganda...tapi tidak di sini....Naraya shop...beg duit sying, dan macam2 lagi sangat murah dan cantik...harga antara 50 baht - 100 baht anda dah boleh membeli beg yang cantik dan ohsem untuk cenderahati org di malaysia (sempat grab beberapa jugak). Anda perlu mengemukan pasport semasa membuat pembayaran ok.

Jam 6.30 kami sampai di KLIA2. Agak lama kerana terpaksa beratur menunggu giliran untuk pengesahan pasport masuk. Kami jamak asar dan zohor di KLIA2.

Alhamdulillah, kami sampai di bumi Malaysia...terima kasih Bilah hantarkan sampai ke rumah. Malam terus tidur selepas mandi dan solat...memang penat sebab seharian berjalan...merentasi benua...

terima kasih bos menaja percutian kami. Walaupun pelbagai masalah...terutama isu akrab dan berbeza pendapat dan cara...kami tetap rasa seronok bercuti. syukur dapat melihat negara orang... terima kasih bos CK Chemical...KFC


hari terakhir baru jumpa merasa pegang duit baht dalam small notes

cenderahati...sgt comel

last day

centara watergate pavillion hotel

teman sebilik...bilah

depan hotel


menunggu flight ke KLIA

Lapangan terbang DM...pesawat AA akan mendarat di Airport DM

tamat sudah perjalanan kami berkelana di bumi Bangkok...

H/A : bermusafir membuat kita lebih memahami kehidupan..dengan melihat kehidupan org lain yg berlainan bangsa, agama dan budaya membuat kita jadi lebih bersyukur hidup di tanahair sendiri. Dengan berkelana kita akan lebih memahami org di sekeliling kita...jika ingin mengenali seseorg, lihatlah sifatnya tika waktu  dlm kesusahan dan kesukaran...bagaimana dia mengatasinya...

wallahualam


CK ke Bangkok_02

05122015

Bangkok awal satu jam dari bumi Malaysia. So waktu pagi matahari kuar awal walaupun jam baru jam 6 pagi. So kami akan kunci pastikan waktu subuh tidak terlepas...bermusafir tidak bermaksud kita boleh meninggalkan apa yang diperintahkan sewenangnya...Islam itu indah dan mudah tapi jangan permudahkan apa yang telah di mudahkan.....

Hanya di hotel kami boleh menggunakan internet untuk whsapp...instragram...line..we chat dan sebagainya. Itulah aktiviti bila sampai di hotel.....

Pakej penginapan kami berserta breakfast..so hanya bawa kad no bilik...petugas hotel akan tunjukan meja anda untuk santapan pagi. Centtara Watergate Pavillion Hotel ada menyajikan makanan halal muslim...so jangan ragu kerana anda akan melihat satu tanda "Muslim Food".

Biasanya sarapan kami adalah nasi kerana kami akan mengisi perut sekenyangnya untuk memulakan aktiviti di bumi Bangkok. Untuk mencari makanan halal di tepi jalan agak sukar di kawasan hotel malahan jika ada kami agak keberatan untuk mencuba. Sebab itu ler makan sekenyangnya untuk breakfast, di gerai kami hanya membeli buah (buahan sangat banyak dan mengeliurkan di sini) dan kami membeli jus buahan kerana Bangkok sangat panas (jangan lupa air mineral di bawa bersama)

ni kad bilik...dengan username dan password kami boleh access wifi di dalam bilik...
hanya tunjukan kad ini sewaktu nak breakfast...





menu breakfast kami...nasi, ikan dan kopi...sangat ohsem makan beras siam...sangat wangi dan sedap... kami orang kelantan biasa makan beras siam...hehehe

selesai breakfast, jam menunjukan lebih kurang 10 pagi. Destinasi kami tidak berhala tuju sebab kami tidak biasa di Bangkok dan masa untuk percutian juga agak terhad, Esok dah nak balik Kuala Lumpur. Akhirnya kami memutuskan untuk bershopping di Prantunam Market dan Plantinum Mall.
Hanya perlu menyeberangi jalan dari hotel penginapan...naik jejantas...traffic di sini agak menakutkan...so prantuman market hanya di sebelah jalan hotel kam. Plantinum mall pula hanya di belakang prantunam market.

Mungkin kerana masih awal, banyak gerai di Prantunam market masih belum di buka sepenuhnya. So kita jalan-jalan di Plantinum Mall dulu ok. Plantinum Mall pusat jualan baju, beg, kasut...jika pandai tawarkan harga dapatlah harga yang anda inginkan. Biasanya jika kita membeli secara borong mereka akan bagi diskaun. Di sini kebanyakan peniaga boleh berbahasa Inggeris maka jangan risau untuk berbelanja dan tawar menawar.


tawar menawar...diskaun...diskaun...hehehe


shopping tak sangat...jalan cuci mata je....

kepenatan...kaki dah lenguh...

jus buah yang meyegarkan...fresh...


bila dah penat berjalan plus dah habis pusing plantinum mall, suma pakat ajak balik hotel. dah penat berjalan, lutut dan nak tercabut...tapak kaki tak payah cakap...sakit mencucuk....penangan shopping.
Waktu kami datang Bangkok ada acara Bike For Dad...kebanyakkan orang Thai memakai baju kuning dengan tulisan Bike For Dad....macam meriah saja mereka ni.....

Balik hotel kena melalui prantunam market. kami sempat membeli belah di prantunam market...rembat baju untuk anak saudara...murah saja..180 baht dan kualiti kain juga sangat ohsem... made in Thailand.

Sampai je di hotel, terus mandi dan solat jamak takhir zohor dan asar. Bilah panaskan nasi beriyani Brahim yang di bawa dari KL. So menu makan malam kami adalah nasi beriyani dan air kopi 3 in 1. Jimat belanja dan tidak perlu bersusah mencari restoran....makan dalam keadaan santai di bilik hotel.
(sempat telan mefenamic acid dan panadol sebab badan dah sakit plus tekak juga dah terasa perit - tanda nak demam urat ni)

Lepas solat jamak takdim maghrib dan isyak, kami keluar ke night market yang berada di sekitar kaki lima hotel. Masih banyak duit saku yang bos kasi kot...yelah, duit makan dan tambang teksi/train yang bos kasi adalah 2500 baht...setakat hari kedua di Bangkok kami baru belanjakan 220 baht untuk makan malam (hari pertama sampai), train 40 baht maka baki 2240 baht. Untuk jajan kami membawa duit sendiri hehehehe....so apa lagi...time to shopping. (make sure simpan duit untuk tambang teksi ke airport esok hari - so semua orang simpan 500 baht)

night market sangat happening....terang benderang...baju, beg, kasut, key chain...aku sendiri sempat beli beg tangan, baju untuk diri sendiri (sbb aku jarang shopping dalam tempat orang ramai... tapi mengenangkan datang jauh, redah saja dan nikmati indahnya di bumi Bangkok)
Fatin..fatihah, target utama mereka tshirt...borong saja, malahan tshirt made in thailand sangat bagus kualitinya.

dah berpenat pusing night market, balik hotel bersihkan diri, tidur untuk malam terakhir di bumi Bangkok.

bersambung....

Wednesday, December 16, 2015

CK ke Bangkok

!st day in Bangkok...cuti-cuti tahunan CK Chemical...

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di bumi Bangkok lebih kurang jam 6 petang. Penerbangan MAS biasanya akan touch down di Suvarnabhumi Airport. Tiada masalah melepasi urusan di pintu masuk antarabangsa. Penerbangan mengambil masa hanya 2 jam sahaja....

Sampai di airport kami perlu menaiki teksi atau train ke hotel penginapan. Peak hour di bandar Bangkok sangat teruk dengan kesesakan lalulintas. So Esther cadangakan kami menaiki Airport  Rail Line dari airport ke stesen Ratchaprarop. Tambang hanya 40 baht sahaja. Sebab semua sudah penat, so nak merempuh kesesakan lalulintas bukan pilihan utama.

Dari stesen Ratchaprarop kami hanya perlu berjalan kaki beberapa minit untuk sampai ke Centara Watergate Pavillion Hotel. Semua kehausan...hehehhe...dan Bangkok sangat panas.

Sampai di hotel, kami solat jamak maghrib dan isyak. Bangkok sejam awal dari waktu Malaysia. Selepas solat, kami keluar mencari makan malam. Kebetulan ada sebuah restoran makanan halal india berhampiran hotel kami. Tapi sajian tidak memuaskan (tak kena dengan anak tekak kami kot). Makan sekadar mengalas perut. Selepas makan malam, kami sempat meninjau night market berhampiran hotel. Centera Hotel berada di tengah pusat membeli belah.

Sebab semua dah penat, kami balik hotel, berehat untuk kumpul tenaga bagi akiviti keesokan hari. Tidur yang lena di bumi Bangkok.







bilik hotel yang sangat ohsem....selesa

permandangan luar tingkap hotel dari tingkat 16

subhanallah cantik alam ciptaan Allah...
gambar masa dlm pesawat MAS ke Bangkok

Friday, December 4, 2015

trip ke Bangkok_CK Chemical_hari pertama


bismillah....4/12/2015...company trip ke Bangkok...tajaan sepenuhnya CK Chemical. Bos yang baik hati...acara tahunan syarikat untuk servis kami selama setahun...so kali ini ke Bangkok.

Macam-macam dugaan untuk sampai ke tarikh ini...malahan kami hampir membatalkan acara tahunan bagi tahun ini. Biasa le bila banyak sangat kepala plus cadangan....at the end bos yang decide sebab yang keluarkan belanja adalah bos. So semalam 3/12/2015 dapat satu sms dari air asia pasal pembatalan penerbangan hari ini dan di tunda ke esok hari....oh no sebab kalau fly esok lusa kami dah nak balik..hotel semua dah booking.....kelam kabut bos carikan tiket....hahahahhaa

airasia membatalkan penerbangan...menunda penerbangan mula kecoh dari minggu lepas. tak sangka we all terkena jugak...emmmmmm.....beg suma dah pack siap dgn makanan kot. So semalam biarkan bos settle semuanya...kami tunggu sahaja.



sms dari AirAsia dan jadual penerbangan kami ke DM Bangkok di tunda...emmmm




so tido je lah...bangun pagi2 ada whsap dari bos...deal kita jadi fly 4/12/2015 hahahaha

tiket baru yang bos belikan....kalau sendiri bayar tunggu saja le esok....hahahaha


alhamdulillah kami jadi fly....kalau dah rezeki tetap rezeki...


hotel penginapan kami di Bangkok nanti.....

duit belanja bos kasi untuk makan selama 3 hari 2 malam

semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke Bangkok dan jadikan kami manusia yg sentiasa bersyukur walaupun banyak dugaan untuk sampai ke bumi gajah putih.......

H/A : rezeki itu tidak pernah tersalah alamat. jika ia bukan milik kita, yang dalam genggaman pun tetap akan terlepas. begitu jua sebaliknya. Kita merancang Allah jua ada perancangan...tapi tetaplah yakin perancanga DIA adalah yg plg tepat dan sebaiknya kerana DIA Maha Mengetahui....tiap yang berlaku pasti ada asbabnya......

jom bermusafir........

Monday, October 26, 2015

buku merah_buat pasport pertama kali

salam.....nak update pasal buat pasport pertama kali  di Pejabat Imigresen pada HARI MINGGU

Alahai...konon keluar seawal pagi untuk beratur sebab baca kat entri blogger....memang kena beratur panjang untuk ambil nombor giliran. Guess what.....sampai Menara Ikhlas Putrajaya, lenggang...tapi ada dua tiga orang kelompok yang dok melilau cari pintu nak masuk Pejabat Imigresen sebab katanya dah pindah ke Menara Ikhlas untuk urusan pasport. Last jumpa geng abang imigresen yang nak pergi operasi kot....depa cakap....oh, dah lama hari sabtu ahad tutup. Dulu yea bukak je tapi dah tutup sekarang ni..

Alamak...kalau tau tadi dah pusing ke Kajang. So nak ke UTC Pudu atau Pejabat Imigresen Kajang. Sya yang bertindak sebagai pemandu Kapten Kapal Katak cakap....kita g Kajang jelah kak As. Emmmmmm...

Guna GPS nak cari jalan keluar dari Putrajaya ke Kajang (tiap kali masuk putrajaya memang sesat...banyak sangat traffic light....exit....)

So berpandukan GPS kami ke Hentian Kajang. Alhamdulillah sampai di Pejabat Imigresen Kajang (berpusing cari opis Imigresen sebab dalam terminal) panjat ler tangga walhal ada je lift.

goggle maps 

dalam terminal ni ler terletaknya pejabat imigresen


Wow....panjangnya barisan. Masa kami masuk barisan jam 8.35 pagi maksudnya baru bukak kot kaunter. Intai2 rupanya baru nombor 22. Harap2 dapat ler nombor ni sebab Pejabat bukak sampai jam 1 sahaja. Alhamdulillah jam 8.45 dapat nombor 1124. Pegawai tu suruh p ukur tinggi dan tunggu nombor di panggil. Cari bangku duduk ler tunggu nombor panggil. Sya bukak tab main games. Hahahahaahha...kesian kena teman kakak dia buat pasport. Macam-macam ragam orang boleh tengok. Ingat mesti ramai orang tak buat pasport ni sebab ringgit jatuh, mana nak bercuti luar negara. Salah, yang datang hari sabtu berderet anak beranak nak buat passport nak p bercuti time cuti sekolah nanti. Aigoo.....

nombor digiliran hanya akan di beri jika anda membawa dokumen yang dikehendaki...so saya baca IC dgn diri jelah,,,

pak guard dah tutup kaunter pengambilan nombor giliran 


Jam 9.30 pegawai yang bagi nombor suruh pakcik guard tutup laluan beratur...nombor dah habis untuk hari tu....makanya sapa yang datang lepas tu kena datang esoknya ler, memang dah takde nombor. nasib baik kami sempat, dari putrajaya ke Kajang hanya 20 minit.Rezeki kami hehehhhehehe.

Tunggu ler, jam 11 pagi nombor 1124 di panggil ke kaunter 4 (pasport). Bagi je IC dengan nombor anda tadi. So soalan yang dia tanya berapa tinggi? dah kahwin? no telefon. OK, pandang kamera dan snap? Ok tak gambar ni? pegawai tu tanya, mau je jawab...tak guna 360 ke kak? hahahhahha.....tapi yang terlafaz...ok je.....hahahhahaha.....ok, tunggu nombor di panggil yea.
lebih kurang 5 minit, nombor 1124 kaunter 6 (pembayaran)....so bayar ler RM 200 untuk tempoh 5 tahun. Ok, tunggu nombor di panggil untuk dapatkan pasport yea.....
tunggu lg....kalau dari slip ada menyatakan 1 jam tempoh untuk siap dokumen. Pakcik guard cakap boleh balik dulu nanti esok ke collect.....(pakcik, rumah saya bukan belakang terminal ni....puchong sana....) takpelah pakcik, saya tunggu je. emmmmmm
jam 11.45 nombor 1124 di panggil -kaunter 15 (kutipan pasport).....alhamdulillah siap jugak pasport saya. Buku merah sebab nak ke Bangkok bulan 12. Hish, kalau tak sebab percutian free di taja syarikat takdenya nak buat pasport. hahahhahhahah.....dah ada ni boleh ler plan p melencong nanti....
ok....ni beberapa benda penting untuk yang baru nak buat pasport :
update 24 october 2015 okay ..hahahhahhaa

buku merah


  1. sila semak pejabat imigresen yang bukak hari sabtu dan ahad : INGAT PEJABAT IMIGRESEN PUTRAJAYA TUTUP HARI MINGGU
  2. kalau nak senang pergi UTC Pudu atau seangkatannya
  3. pergi awal sebab nak beratur panjang....bab beratur ok je...takut sampai turn kamu, nombor dah habis...operasi hari minggu sampai jam 1
  4. tak perlu isi borang so tak payah nak dowload borang bagai....bawak KAD PENGENALAN je
  5. gambar pasport TAK PERLU BAWAK. bawak diri anda je nanti pegawai tu snap terus masa dia key in data anda....yang perempuan PAKAI TUDUNG GELAP siap2. kalau tak anda kena tukar tudung yang dia bagi so dah kedut sana sini, lambat kerja..
  6. bayaran dah di kurangkan jadi RM 200 untuk setahun...ni standard harga kena bayar untuk pasport....yang lain rujuk gambar yea

Syabas pada pegawai Imigresen Kajang, perkhidmatan dan layanan anda sangat ohsem, Senyuman di ukir bantuan di hulurkan. Cepat dan cekap, so berbaloi keluar awal, dan datang ke Kajang. 

jadual masa operasi 

harga bayaran






Wednesday, September 16, 2015

sukses kerana Allah

pegang satu prinsip...walauapapun yang engkau ingin lakukan,,,walauapapun yang keputusan yang engkau pilih....selalulah meletakkan iman...Islam...dan plg utama Allah di pilihan keutamaan kamu, di landasan paling hadapan kamu...di senarai paling hadapan pilihan kamu....kerana kita hidup di dunia demi mencari redhaNYA......

kamu punya sejuta perancangan DIA juga mempunyai perancangan untuk kamu....tapi tetaplah percaya dan yakin, perancangan DIA paling tepat kerana DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat diri kamu yang sangat lemah, yang sangat dhaif....jadi jangan takut untuk melepaskan keutamaan kamu...melepaskan kemewahan kamu...kejayaan kamu....jika ia mendatangkan kemurkaanNYA.

percayalah...kamu tidak punya apa2 jika tanpa ihsan dariNYA hatta ingin menyedut udara sekali pun, tanpa belasNYA...kamu tidak mampu...inikan pula kemewahan, kepandaian...segala yang kamu miliki sekarang adalah pinjamanNYA....jadi mengapa payah untuk terus yakin dengan DIA YANG ESA.


maka yakinlah melepaskan apa kejayaan kamu ada sekarang demi mempertahankan apa yang di sukai DIA dan meninggalkan apa yang dimurkai DIA. Jangan takut melangkah kerana tiap langkah kamu adalah dengan kehendakNYA....apatah lagi nasib dan kejayaan kamu,,,juga adalah atas pilihan dan kehendak DIA....always put your trust in ALLAH....jangan takut pada kemungkinan bila kamu membuat keputusan melibatkan AKU CINTA ALLAH....AKU MAHU MENJADI KEKASIH YANG TAAT........




H/A : mudahan Allah akan permudahkan urusanku dan pinjamkan aku keyakinan untuk melangkah demi DIA.....

Friday, May 29, 2015

mahalkan harga cintamu....

salam,

just to share kenapa wanita itu perlu bertegas dalam soal harga cinta pada kaum adam...bukan bermaksud "jual mahal" sbb materialistik, berlagak bagus apatah lagi perasan cantik sangat... itu semua poyo.... hoho

cinta itu fitrah...cinta itu anugerah...jangan mengharamkan apa yg di anugerahkan oleh Allah. Semudah itu menutur kata kononnya kamu sudah menghafal banyak kitab....benar cinta itu satu anugerah yg Allah kirimkan pada diri manusia....tanpa rasa cinta mana mungkin kita akan rasa apa itu nikmat bahagia di dunia...jadilah kamu manusia yang tidak mampu menyayangi orang lain krn Allah sangat menyukai orang yang paling baik akhlaknya. cinta pada Allah...cinta pada Rasul, cinta pada ibubapa..keluarga, sahabat handai...juga pada suami dan isteri.

cinta itu blh menjadi penyebab kita hampir pada kekufuran. kehinaan dan paling di takuti kemungkaran Allah. Nauzubillah.......




tiap orang ada prinsip dan cara pemikiran tersendiri bila berbicara apa itu cinta...bagaimana mengaplikasi rasa itu......kun anta...be yourself...namun ingat satu perkara....niat tidak pernah menghalakan cara......

dan selalu ingat....jangan pernah yakin bila kamu sudah bertutup litup mampu menahan dan menepis apa jua ujian hati..cinta duniawi itu indah dan mempersonakan bila kamu mula dibuai angan2 palsu dek kerana key word "cinta itu fitrah" "cinta itu anugerah Allah"...dan bilamana kamu yakin "aku ini bkn seperti perempuan liar yang tidak tahu menjaga diri"..."aku ini muslimah berjubah, bertudung labuh kot....so aku tahu bagaimana mengawal nafsu bila bercinta"......

yakinnya kamu wahai diri....walhal yang namanya syaitan itu tidak pernah sesekali alpa dalam menyesatkan manusia...syaitan punya 1001 macam cara untuk menyesatkan iman dan taqwa kamu, apatah lagi kamu tiada ikatan yang halal....maka jauhi dan bataskan pergaulan...malahan jauhi angan2 cinta yang belum pasti ke mana arah tujunya. 

Jika lelaki itu benar sukakan kamu utk di jadikan zaujahnya, dia akan muliakan kamu dengan menemui walimu...menjadikan kamu wanita yang halal utuk dicintai dan dikasihi bukan yang senang untuk di bawa ke hulu dan ke hilir...



selalu berangan untuk dapat wildan yang soleh...tapi cermin diri selalu retak...jangan sibuk mencari si soleh tapi berusahalah menjadi yang solehah...yang terbaik dalam pandangan Allah....maka serahkan rasa  dan pengharapan cinta itu pada DIA yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik di antara yang terbaik  buat kita.......wallahualam


H/A : nak makan mangga dalam pagar rumah orang pun kita kena mintak izin apatah lagi nak petik bunga dalam taman larangan....jumpalah dulu tuan yang empunya taman.......

Tuesday, April 21, 2015

reunion x-vista_ke melaka kita @last day

hari terakhir percutian kami di Melaka.

sebab hari terakhir + semua dah kepenatan berjalan seharian...maka kami membuat keputusan untuk check out pada jam 11 pagi dan memulakan perjalanan balik melalui Port Dickson....pantai PD yeay.
Terima kasih untuk Baitul Saadah kerana menyediakan homestay yang sangatttt selesa...(credit pada En Naim)....hohohohooho

perjalanan kami melalui PD dengan berpandukan gps...hahahha...jalan kampung banyak sangat cabangnya alahai....sampai satu exit kami masuk ke kawasan kem askar....make a u-turn...turn left... turn right.....gps sampai gelong routing jalan kami masuk...keluar....kalaulah benda tu boleh membebel agaknya dah lama kami kena marah....D.E.G.I.L hhahhahahahhaha

penumpang di bahagian belakang..kerjanya bergambar...emmm

sarah seafood di Port Dickson...sedap..5 bintang

penuh berselera....

PD waterfont


senyum...hahahha...

bila berempat jadi geng masuk air haha

sayang kamu semua berjuta lemon

berakhirnya perjalanan kami di PD...seusai masuk je puchong/taman putra perdana....tapau makanan dari pasar malam....then lepak time dalam bilik yang sempit ni...hahahahha....

kamu semua mmg hebat...walaupun percutian ini singkat tapi kita tetap manfaatkannya....lari dari kesibukan kerja dan bersantai mengeratkan ukhuwah antara kita...reunion x-vista angkasa memang best...nanti kita plan untuk jmp kak syam..kak sally...mst lagi riuh....rindunya....

mengenali kamu semua adalah anugerah terindah....pertama kali bergelar anak perantau di bumi Selangor...belajar berdikari...pertama kali jugalah berjumpa kamu semua yang masing-masing masih belajar mengenali antara satu sama lain....perancangan Allah sangat indah...kita ditemukan dalam sebuah rumah dan belajar berukhuwah dan menyayangi antara satu sama lain. Belajar menenangkan antara satu sama lain bila mana salah seorg dlm kesusahan, kesakitan..belajar mengenal budu dengan kacang panjang bila tiba waktu sahur....belajar lepak mamak....indahnya bersama kamu semua....

semoga Allah memelihara kita semua dlm rahmat, kasih dan hidayahNya....mudahan kita juga berjiran dan bersahabat di syurga firdausi nanti....ameen........

kenang daku dalam doa kudus kamu semua yea....sayang kamu semua berjuta-juta lemon

semoga Allah melindungi kamu bertiga



berakhirlah perjalanan kami untuk tahun ini....jmp lg next trip pd thn dpn...



H/A : ukhuwah itu indah...anugerah terindah adalah mengenali kamu semua...

Sunday, April 19, 2015

reunion x-vista_ke melaka kita @2nd day

hari kedua di bandar bersejarah Melaka.....

semua dah bermalasan..selalunya cuti bermaksud tidur dan bermalasan di katil...istilah orang bujang yang sangat menikmati waktu cuti....(kami ler...)

selesai breakfast maggie goreng, roti telur + mayonis (masakan oleh Chef Wan dan Zuh'rih'nah') ..semua bersiap untuk memulakan kembara di bumi Melaka pada hari kedua. Destinasi kami adalah pantai Klebang, coconut shake, shopping, dan A Famosa....

so belanja gambar sekitar perjalanan di hari kedua ini....cuma terkilan kerana tidak sempat naik Taming Sari....seharian berjalan sampai ke Mahkota Parade....Dataran Pahlawan Mall...panjat tangga..turun tangga....masuk istana....sempat beli dodol...key chain...t-shirt untuk ole-ole.




sangat suka picture ini...hahah

geng vista....semua kepala masuk air kekadang hahaha


belajar sejarah Melaka



persalinan di raja

pedagang dari siam

hulubalang

2nd day di Istana Melaka

ayam penyet di Dataran Pahlawan

shopping dodol...

budak paling banyak berbelanja

taming sari

at the end...zuh'rih'nah' membeli t-shirt

klebang original coconut shake 

pantai klebang

bff

di sini kami belajar kesabaran...kepercayaan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam surau sewaktu kami jamak takdim zohor dan asar berlaku kecurian....nasib baik kami saling mengingati antara satu sama lain...dalam surau kami bergilir-gilir menjaga amanah satu sama lain. Maka kami terlepas dari kejadian kecurian. Rupanya sewaktu kami di dalam surau ada sang pencuri sedang menunggu mangsanya....malahan adik yang kehilangan beg itu seolah meragui salah seorang dari kami. Nauzubillah....Mudahan Allah memberi imbuhan pahala buat adik yang terkena musibah itu.....

perjalanan di hari kedua kami berakhir di Pantai Klebang. Coconut shake ori dan putu bambu durian kami tapau dan berkelah di pantai klebang. Sekadar melepaskan kepenatan dengan angin pantai yang mendamaikan. Objektif kami tetap tercapai iaitu meluangkan masa bersama-sama. Sesi bilik terapi tetap di laksanakan sama seperti tujuh tahun dahulu.....bercerita perihal masalah...kemusykilan... sampai lah kami mengantuk dan terlena......ukhuwah itu sangat indah.....


bersambung