Monday, November 17, 2014

manusia yang negative dan pasif



dalam kehidupan kita, ada 1001 ragam manusia boleh ditemui....pelbagai jenis sifat dan peribadi. ada yang menyenangkan perasaan...ada yang menyakitkan hati ada yang entah apa-apa yang kadangkala tak tercapai dek akal fikiran. Kadangkala ingin lari dari manusia yang menjengkelkan dan menyakitkan hati ini...tapi siapa kita...manusia yang juga tidak sempurna. Apa yang boleh dilakukan terima mereka sekeliling kita seadanya...jika tidak mampu menerima..elak jauh-jauh dan jadikan perangai dan sifat tak logik mereka sebagai garis sempadan supaya kita tidak mengulangi sifat yang tidak di sukai.

bagaimana menghadapi spesis manusia yang terlampau negative dalam kerjaya mereka. Kadangkala menyusahkan orang lain hanya kerana sifat mereka yang terlampau pasif dan susah untuk menerima sesuatu dengan berfikir di luar kotak. Bagaimana menghadapi manusia yang tidak fokus dengan kehidupan...apatah lagi dalam menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Kuatnya dugaan hati untuk bersabar dan terus bersabar dengan spesis manusia ini.

dan bagaimana menghadapi manusia yang mempunyai tahap blurr yang melampau. adakah ini juga di namakan negatif? pasif? tidak fokus?



apakah yang di maksudkan dengan PASIF? Biasanya orang pasif cenderung menanti orang lain menghampiri dirinya dan akan menghulurkan bantuan dan arahan. Namun orang pasif tidak akan mengutarakan kemahuan keinginan dan idea mereka hinggakan orang lain sukar memahami apa yang mereka inginkan dan apa kemahuan dan matlamat mereka. Itulah sebabnya orang pasif akan memanfaatkan kesempatan dan peluang yang ada di depan mereka.

Orang pasif  susah untuk mengungkapkan perasaannya kepada orang lain. Mereka memendam permasalahan dan akan sedaya upaya menghindari situasi yang tidak menyenangkan; mereka lebih selesa menanti orang lain menghampirinya, dan menghulurkan bantuan / arahan . Orang pasif lebih cenderung cepat menyerah, putus asa, dan mengalah pada pendapat orang lain. Akhirnya dia selalu kalah dan tidak dapat hidup bahagia.

Firman Allah:

Artinya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”



dalam hidup ini, kita perlu belajar berani ke depan...kena belajar berani menyuarakan pendapat. Tiada salahnya jika pendapat kita tidak di terima atau di gelak oleh orang lain. Itu di namakan pendapat dan idea kita. Ini juga menunjukan kemampuan, kemahiran dan kebolehan kita. Manusia yang pasif kadangkala tidak menggunakan otak mereka sebaiknya. Lemah dalam membuat keputusan hingga menyebabkan kerja terbengkalai, menyusahkan diri sendiri dan juga orang sekelilling. Kadangkala lebih baik membentuk dan melatih orang yang lembab tetapi mempunyai keinginan untuk maju. Mereka akan cuba mengatasi kelemahan diri dengan berusaha lebih gigih dengan pelbagai kaedah...akhirnya mereka mampu menguasai sesuatu walaupun agak lambat. Berbeza dengan manusia yang pasif, tidak menunjukan minat, cenderung berada dalam kotak kehidupan mereka apatah lagi tidak akan berusaha untuk melompat keluar. Orang sebegini selalunya mudah mengalah dan akan ketinggalan...malahan akan menyebabkan kesusahan kepada orang lain tambahan jika bekerja dalam team work yang saling berhubungan......

pujuklah hati menerima mereka seadanya...tapi sampai bila hanya orang lain yang berusaha untuk mengubah mereka. Tetapi mereka sendiri tidak berusaha untuk mengubah kelemahan mereka. Lebih parah suka beranggapan orang membenci mereka.....



H/A : jalan kehidupan ada dua saja...baik dan buruk..begitu jua positive dan negative...kita mampu mengubah langkah perjalanan...dengan mengambil jalan yang betul....tepuk dada tanya iman... berusaha bukan hanya bertawakal tanpa melakukan apa usaha...itu di namakan putus asa dan lemah.