Monday, November 17, 2014

manusia yang negative dan pasif



dalam kehidupan kita, ada 1001 ragam manusia boleh ditemui....pelbagai jenis sifat dan peribadi. ada yang menyenangkan perasaan...ada yang menyakitkan hati ada yang entah apa-apa yang kadangkala tak tercapai dek akal fikiran. Kadangkala ingin lari dari manusia yang menjengkelkan dan menyakitkan hati ini...tapi siapa kita...manusia yang juga tidak sempurna. Apa yang boleh dilakukan terima mereka sekeliling kita seadanya...jika tidak mampu menerima..elak jauh-jauh dan jadikan perangai dan sifat tak logik mereka sebagai garis sempadan supaya kita tidak mengulangi sifat yang tidak di sukai.

bagaimana menghadapi spesis manusia yang terlampau negative dalam kerjaya mereka. Kadangkala menyusahkan orang lain hanya kerana sifat mereka yang terlampau pasif dan susah untuk menerima sesuatu dengan berfikir di luar kotak. Bagaimana menghadapi manusia yang tidak fokus dengan kehidupan...apatah lagi dalam menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Kuatnya dugaan hati untuk bersabar dan terus bersabar dengan spesis manusia ini.

dan bagaimana menghadapi manusia yang mempunyai tahap blurr yang melampau. adakah ini juga di namakan negatif? pasif? tidak fokus?



apakah yang di maksudkan dengan PASIF? Biasanya orang pasif cenderung menanti orang lain menghampiri dirinya dan akan menghulurkan bantuan dan arahan. Namun orang pasif tidak akan mengutarakan kemahuan keinginan dan idea mereka hinggakan orang lain sukar memahami apa yang mereka inginkan dan apa kemahuan dan matlamat mereka. Itulah sebabnya orang pasif akan memanfaatkan kesempatan dan peluang yang ada di depan mereka.

Orang pasif  susah untuk mengungkapkan perasaannya kepada orang lain. Mereka memendam permasalahan dan akan sedaya upaya menghindari situasi yang tidak menyenangkan; mereka lebih selesa menanti orang lain menghampirinya, dan menghulurkan bantuan / arahan . Orang pasif lebih cenderung cepat menyerah, putus asa, dan mengalah pada pendapat orang lain. Akhirnya dia selalu kalah dan tidak dapat hidup bahagia.

Firman Allah:

Artinya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”



dalam hidup ini, kita perlu belajar berani ke depan...kena belajar berani menyuarakan pendapat. Tiada salahnya jika pendapat kita tidak di terima atau di gelak oleh orang lain. Itu di namakan pendapat dan idea kita. Ini juga menunjukan kemampuan, kemahiran dan kebolehan kita. Manusia yang pasif kadangkala tidak menggunakan otak mereka sebaiknya. Lemah dalam membuat keputusan hingga menyebabkan kerja terbengkalai, menyusahkan diri sendiri dan juga orang sekelilling. Kadangkala lebih baik membentuk dan melatih orang yang lembab tetapi mempunyai keinginan untuk maju. Mereka akan cuba mengatasi kelemahan diri dengan berusaha lebih gigih dengan pelbagai kaedah...akhirnya mereka mampu menguasai sesuatu walaupun agak lambat. Berbeza dengan manusia yang pasif, tidak menunjukan minat, cenderung berada dalam kotak kehidupan mereka apatah lagi tidak akan berusaha untuk melompat keluar. Orang sebegini selalunya mudah mengalah dan akan ketinggalan...malahan akan menyebabkan kesusahan kepada orang lain tambahan jika bekerja dalam team work yang saling berhubungan......

pujuklah hati menerima mereka seadanya...tapi sampai bila hanya orang lain yang berusaha untuk mengubah mereka. Tetapi mereka sendiri tidak berusaha untuk mengubah kelemahan mereka. Lebih parah suka beranggapan orang membenci mereka.....



H/A : jalan kehidupan ada dua saja...baik dan buruk..begitu jua positive dan negative...kita mampu mengubah langkah perjalanan...dengan mengambil jalan yang betul....tepuk dada tanya iman... berusaha bukan hanya bertawakal tanpa melakukan apa usaha...itu di namakan putus asa dan lemah.

Monday, August 18, 2014

throwback...salam aidilfitri dari teratak che harun

salam aidilfitri dari teratak che harun....throwback sebab dah nak akhir syawal baru updated. permulaan cerita pada kembaraan pertama di bumi puchong. 2014 ramadhan di bumi selangor selepas 2 tahun meninggalkannya....sireh pulang ke ganggang ke? hehehehhe....

so kehidupan berkelana bermula...2 hari sebelum syawal baru bertolka pulang ke serambi mekah. perjalanan yang memenatkan kerana mengambil masa 12 jam berbeza dengan perjalanan biasa hanya 8 jam....balik kampung....ho ho balik kampung....so apa ler sangat dgn 12jam tu. inilah saat dan tika semua berkumpul...dari sabah...sarawak....johor....suma berkumpul.

so tahun ni tema kami ialah merah. sebenarnya tema raya ialah kesyukuran atas kemenangan selepas berjaya mengharungi Ramadhan. Itulah tema sebenarnya aidilfitri. syukur atas kemenangan berpuasa.. syukur atas nikmat Allah...dapat berkumpul bersama...dapat menikmati juadah yang enak.. kegembiraan yang tidak boleh di jual beli.

terimakasih Ya Allah kerna kurniakan keluarga yang penuh kebahagiaan ini.....Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang











H/A inilah hadiah terindah Allah kurniakan buat diriku...

Thursday, May 1, 2014

siapa kita...

assalamualaikum....

tetiba nak sebut pasal "diri kita"

adakah anda benar2 mengenali dan memahami siapa anda? tengok cermin ar..then blh nampak diri kita sendiri? semudah tu?

ada manusia tak pernah tahu siapa dirinya...tujuan dan matlamat hidupnya...yang lebih parah tak tahu apa yang dia nak dan kenapa dia ada dalam dunia ni....nauzubillah....

kadangkala kita cepat menilai org lain...perihal org lain...buruknya org lain...salah dan silap org lain... then how about you? dah sempurnakah dirimu? Ya Allah janganlah Engkau jadikan aku hamba yang hidup dlm kerugian....jadikan aku manusia yg sentiasa berbaik sangka dengan semua di sekelilingku.. jauhi aku dari penyakit riak, takbur, bakhil dan sifat terkeji....sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah dan penuh kekurangan.....

nak kenal siapa kita, tengok siapa kawan kita, tengok sifat dan perangainya, budi bahasanya, kelakuannya....itulah gambaran siapa kita....






H/A : kita x akan mampu jadi org lain...betul...just be yourself...tapi kita mampu jadi org yg lebih baik...yang baik dan indah dalam pandangan Allah...


Saturday, March 1, 2014

rezeki tidak pernah tersalah alamat

assalamualaikum,

buku baru lembaran baru di tahun baru..dunia baru dan insyaallah keyakinan pada Allah makin kuat dan tetap utuh...amin.

dengan masalah ekonomi dan kerjaya yang tidak beres membuatkan kepala makin berserabut. Dan keyakinan untuk bersabar adakalanya goyah dan syaitan mula mencucuk jarum jahatnya...memang dasar syaitan durjana....tapi alhamdulillah keyakinan dan kepercayaan pada YANG ESA tetap utuh ku semat dalam iman dan taqwa...percaya dengan ketentuanNYA...kerana tiap musibah, kejadian yang menimpa pasti ada sebab musabab sebaliknya yang hanya DIA MAHA MENGETAHUI....

doa ku panjatkan....namun tetap belum bertemu penyudahnya...namun hati tidak lagi gusar kerana Allah hadiahkan ketenangan dan orang yang baik di sekeliling untuk menyokong dan membantu diri ini....terima kasih Ya Allah....mungkin doaku belum ikhlas...belum sepenuh hati...belum bersungguh-sungguh dan belum masanya lagi untuk Allah turunkan "hadiah" atas permintaanku.....DIA nak mendidik aku erti sabar, tabah, redha dan yakin padaNYA.......

alhamdulillah....bila tiba saat dan tikanya...tidak pernah lewat walau seminit..jika rezeki itu memang utk aku....tiada siapa mampu menidakkannya....rezeki itu tidak pernah salah alamat dan salah timing nya....tiada yang mustahil bagi Allah jika DIA menginginkan sesuatu....walau secara kasar memang sukar menerima keajaiban limpah kurnia rezeki Allah ini.....

terima kasih Allah....sesungguhnya keyakinan padaMU memang satu kenikmatan dan tiada apa perlu di takutkan......



H/A:  “Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah, ayat 5)