Friday, July 12, 2013

ukhuwah yang tercalar

salam...lamanya tak singgah blog hamba Allah ni...selalunya bila ada sesuatu perkara baru terfikir akan blog ni...yea...tempat nak bermuhasabah diri yang tidak sempurna...bak kata seorg sahabat...

ukhuwah yang tercalar....emmmmm.....rupanya Allah datangkan musibah untuk menayangkan siapa aku di matanya...rupanya banyak buruk aku pada matanya...dia banyak memendam rasa....rupanya begitu tidak sempurnanya aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorg sahabatnya... 

aku tidak mampu membuatnya gembira apatah lagi menyenangkannya... sehingga aku di minta bermuhasabah....

betullah kata ibuku...jika ingin tahu siapa kita sebenarnya, tanyalah pada musuh kita...mereka jujur menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk di telan....kadangkala org yg rapat dgn kita x mampu menyatakan kejahatan kita dek kerana terlampau menjaga sekeping hati....tapi bila tercetusnya pergaduhan barulah terkeluar pelbagai ketidakpuasan hati....terima kasih sahabat untuk kejujuran....ku telan dan sambutnya sebagai teguran yg membina kerana diri ini selalu alpa dan khilaf dlm percaturan kehidupan... aku tidak akan ungkit satu hal pun mengenai siapa kamu dlm istilah sahabat di mataku kerana bagiku...kamu pelengkap hidup...kerana itu aku istiharkan kamu sebagai sahabat.....ku terima baik buruk mu kerana itu adalah kamu.. kerana itulah istimewanya kamu....

tapi pada mata mu kerana secebis hal yang kecil, aku di hukum...aku di persoalkan kerana tidak mampu mengembirakan kamu...rupanya selama ini langsung tiada kebaikan yg boleh di hitung dalam penilaian aku sebagai sahabat.....akhirnya...terima kasih....insyaallah aku tidak akan mengungkit satu hal pun tentang persahabatan kita...kerana bagi ku tiada apa yg perlu di beratkan kerana kamu memang dipertemukan Allah utk menjadi sahabatku.

akhirnya...ukhuwah ni tercalar jua, aku membuat keputusan demi kebahagian mu...kurela di tuduh org yang tidak munasabah memutuskan persahabatan.. org yg ego...org yg jahat...asalkan kamu bahagia dan ini menyenangkan kamu. doaku sentiasa bersamamu...dunia akhirat...ku mohon Allah menjaga mu kerana aku tidak lagi mampu menjadi sahabatmu......kamu sentiasa ada dlm doa kudusku...sama seperti sahabatku yg lain....ku telan segalanya...ku maafkan kamu walau aku terguris kerana satu yg ku pegang dlm tali persahabatan.....walau seteruk manapun kawan kita....tapi banyak kenangan manis bersama dia, dan sekurangnya dia pernah membahagiakan diri ini yang ku letak bersebelahan dengan kenangan pahit itu....rupanya kebaikannya melebihi kelemahan itu....

hidup mesti di teruskan....terima kasih utk penilaian kamu...akan ku pegang kata2 mu hingga akhir hayat ni....dan akan ku jadikan ikhtibar dlm memilih siapa kawan kita.....

ku serahkan kamu pd Allah Yang Esa...moga Allah permudahkan perjalanan hidup kamu....moga kamu akan bertemu sahabat yg blh membahagiakan kamu dunia akhirat....jadikan diri aku yg lemah dan "jahat" ini sebagai panduan agar kamu tidak teraniya lagi....terima kasih untuk segalanya.... 




H/A: biarkan semuanya berlalu....Allah Maha Mengetahui...semuanya akan baik bila waktu itu berlalu.....