Tuesday, May 28, 2013

jagalah sekeping hatimu....

assalamualaikum.....kali ni nak tulis pasal hati...perasaan...lebih senang couple..yang kita tak sedar sebenarnya itu juga di namakan ZINA....zina hati...zina mata...
kalau sebut ZINA pasti semua orang akan bayangkan...berpegangan tangan...melakukan perkara yang tidak senonoh....tapi seringkali lupa akan perkara yang melalaikan ini yang mana ia turut mengundang kemurkaan Allah.....nauzubillah....
sama-sama kita muhasabah diri...termasuk diri ini yang masih dalam pencarian cinta Allah.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”



ALLAH SWT berfirman,
  “ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji,
     dan itu adalah perbuatan yang buruk”


biasanya tidak berlaku zina melainkan permulaannya cuma SMS lelaki dan wanita yang biasa-biasa...dan tidak berlaku zina melainkan perasaan 'takpa' antara lelaki dan wanita dalam berhubung/persahabatan atau apapun istilah kerana sesungguhnya selalulah ingat.. antara kamu bukan muhrim...maka tiada yang HALAL bagi kamu kecuali NIKAH....

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32)


bukan ke Allah telah nyatakan...jangan sesekali MENDEKATI ZINA...jika kamu ingkar bererti kamu ingkar pada suruhan Allah sedangkan kamu WAJIB menurutinya.... 

“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)

pernah dan sering berlaku dalam jemaah...kami berjumpa kerana nak menegakkan kalimah Allah...kami berhubung kerana nak bincang mengenai agama...segalanya kerana Allah.. seolah agama di jadikan medium untuk berjumpa....dan sering gunakan agama untuk menutupi perbuatan sendiri...boleh berjumpa/berhubung tapi jadikan IMAN, ISLAM sebagai garis panduan yang di letakan di landasan paling hadapan.....patuhi etika perhubungan dalam Islam...jauhi fitnah...jauhi maksiat....pasti kamu boleh jauhi ZINA...termasuk ZINA HATI...ingat....niat tidak pernah menghalalkan cara.....


"Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani)






buat yang rasa lemah dan tidak terdaya menahan diri....kahwin adalah jalan penyelesaian.

pada lelaki yang baik...jadilah gentleman...jika kamu menyukai ssorg perempuan..angkatlah martabatnya...muliakan dia dan peliharalah dia....jumpa ibubapanya mohon restu dan nikahinya dengan cara baik...jadikan dia yang HALAL untuk kamu rindui, cintai, sentuh dan lindungi.....itulah cara kamu menunjukkan rasa cinta padanya yang mana kamu dahulukan rasa cinta dan kagummu pada ALLAH YANG BERKUASA.....lakukan kerana cinta dan takutnya kamu pada Allah....sesungguhnya keindahan dunia hanyalah sementara....

kuatkan iman kamu wahai hati...

Ya Allah...kuatkan imanku untuk menghadapi nafsu yang bergodak dalam diriku ini...kuatkan imanku untuk menolak sesuatu yg tidak halal buatku...kuatkan imanku untuk terus menjaga sekeping hati ini...semoga kecintaanku pada Mu dan Rasul mengatasi kecintaanku pada dunia yang fana ini....kuatkan imanku...janganlah Engkau mendolak balik hatiku setelah Engkau berikan aku hidayahMu....bukalah pintu cintaku hanya pada lelaki yang telah Engkau pilih untuk menjadi wildan peneman hidupku...janganlah Engkau biarkan aku hancur dengan cinta palsu yang di gulakan oleh syaitan ini Ya Allah....bantulah aku yang lemah ini...ampunkan daku.... 


buat kaum hawa....jadilah diri kamu bagai permata yang berharga....cantik di pandang namun sukar di sentuh....letakkan diri kamu dalam bekas kaca di mana hanya yang mampu dan layak sahaja dapat memilikinya.....jangan jadi insan yang di pergunakan...jangan jadi wanita yang senang di sentuh oleh tangan yang tidak selayaknya...jangan jadi wanita yang lemah yang tunduk pada cinta palsu lelaki....insyaallah..janji Allah itu pasti....wanita yang baik hanya di kurniakan pada lelaki yang baik.....dan ingat juga....sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah....yang baik luaran dan dalamannya....jagalah diri mu sebaiknya....jadilah wanita yang terindah di mata Islam,agama dan juga suamimu.....

H/A: Ya Allah...Engkau peliharalah diri ku ini...kuatkan iman dan hatiku untuk menolak semua cinta palsu....temukan daku dgn seseorg yg mencintaiMu lebih dari dunia....yg blh mendidik daku bagaimana utk mencintaiMu lebih dari dunia.....ameen...

Thursday, May 23, 2013

terima kasih cikgu...

terima kasih cikgu....16 mei sambutan hari guru......
terima kasih pada guru skppg. smpg, kypmkb, umt, upm......
pada guru2 di bpfk...mr lim...en mior hitler...jaja...wan nurul aina....ann...hani bunny....pada semua yang pernah mendidik siti asmaah che harun......smp jadi seorang pendidik sekarang ni....

paling utama....pada ma ..abah...yang banyak mendidik diri ini menjadi insan yang berguna...membentuk diri ini menjadi hamba Allah yang mengenal agama.....ma dan abah...kamulah pelita hatiku......

sekarang hampir setahun diri ni pegang title pendidik...berat betul amanah nak pikul ni...cabaran pun blh tahan....kalau x kuat memang blh buat kita stress.....betulkan niat...lakukan kerana Allah... pasti kita akan temui kekuatan di situ...insyaallah....Allah jua akan permudahkan mereka yang berjuang menyampaikan ilmu...lakukan hanya kerana DIA YANG MAHA BESAR...MAHA BERKUASA... DIA sentiasa bersama kita.....

selamat hari guru semua.....





buat geng pensyarah di KISTCT....selamat hari guru....betulkan niat kita semua...lakukan kerana Allah pasti semua kerja akan jadi mudah....put your trust in Allah///wallahu'alam