Friday, November 30, 2012

ajaibnya sebuah senyuman

my princess...smile always...pengubat hati mj


Menurut kajian...16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).
indahnya persahabatan...senyum bersama...hadapi masalah bersama...rindu nak buli kamu semua....rinduuuu kamu....


jika stress atau xde mood...apa kata cuba terapi yg paling murah dan ringkas....SENYUM.. insyaallah kurang sikit rasa stress tu....let's do it....

itulah ajaibnya senyum....lagi bagus jika senyum itu datang dari hati....insyaallah...akan timbul rasa berkasih sayang dlm persaudaraan...hidup ini kena ada rasa kasih sayang...baru bahagia...


H/A : senyum itu satu sedekah...kerana segaris senyuman, mampu membahagiakan org lain... pahala free yang Allah berikan...indahnya hidup berkasih sayang kerana Allah.....

Sunday, November 11, 2012

Dhuha....

jangan lupa solat dhuha...sebelum kuar kerja atau carilah sikit masa berdating dengan Allah... hanya 2 rakaat...nyatakan cinta dan rindu kamu pada DIA YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.....selangkah kamu mendekatiNya...beribu2 langkah DIA menghampiri kamu.. kata cinta....so, mesti selalu nak jumpa...selalu rindu...sayangggggggggg...sangat2...

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



H/A : selamat pagi...awali pagi kamu dengan sujud penuh kesyukuran, kerana DIA kamu masih bernafas di bumi sementara ini utk menikmati nikmat kehidupan....betulkan niat, ikhlaskan diri, mulakan langkah kehidupan mu dengan niat yang betul....bersihkan niatmu, lakukan sesuatu hanya kerana Allah Taala....insyaallah...kebahagiaan dan perjalanan kehidupanmu akan lebih indah...seindah sang suria pagi......wallahu'alam

Friday, November 9, 2012

jadilah hamba Allah yang bersyukur

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."
(Asy-Syuura 42:27)




H/A : jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur kerana nikmat bahagia itu ada dalam rasa syukur atas apa yang kita miliki......wallahu'alam

Wednesday, November 7, 2012

jatuh cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada pada diri mu....jika hilang agama itu, maka hilanglah cintaku... jagalah agamamu....dan cintailah daku kerana Allah serta bantu dan bimbinglah daku untuk lebih mengenal cintai Allah dengan mendalam......







H/A : ku serahkan jodohku padaMu Ya Allah...kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik di antara yang terbaik buat diriku.....titipkan daku peneman hidup yg dapat memimpinku menuju cahaya dan cintaMu Ya Allah.....yg dapat menemaniku dunia dan akhirat...menemani perjalanan mencari redha dan cintaMu..... ameen....



Tuesday, November 6, 2012

amina homemade chocolate

assalamualaikum.... jom kita belajar buat coklat... macam bisnes coklat saya "amina homemade chocolate"... very simple...comel, sedap dan halal sebab kita tahu produk / brand apa yang kita guna.

bahan-bahannya....
  • dark chocholate (brand berlys x manis sgt...sedap)
  • white chocolate (brand berlys)
  • pewarna (oil base)
  • biskut oreo
caranya:
  • didihkan air dalam periuk...
  • coklat di potong kecik-kecik supaya senang nak cair nanti. (tapi ingat..elakkan terkena air dan lembapan..sbb coklat sgt sensitif)
  • dah potong masuk dlm bekas ( kalau saya, guna stainless steel sbb dia blh tahan panas)
  • letakkan bekas berisi coklat atas air yg mendidih tadi (pastikan air di tutup ok)
  • jangan sampai air didih tadi termasuk dlm bekas coklat...wap air pun jgn smp msk dlm bekas coklat...so cadangan saya...pastikan bekas isi coklat lagi besar dari bekas air mendidih tadi)
  • dah cair..masukkan dlam piping beg (nak elak comot masa tuang dlm mould)
  • utk coklat putih..lepas dah cair...bahagikan ikut warna kesukaan yang kamu nak.... mskkan dlm piping beg
  • then pastikan mould / acuan coklat bersih.... pilih corak mould kamu... teknik nak masukan coklat dlm mould....kita nak belajar coklat oreo ni... (inti dlm coklat adalah biskut oreo)..
            - isi coklat putih yg kamu warnakan dlm acuan .. (cth acuan bunga, kamu mskan coklat   
               putih berwarna tadi ikut warna kamu suka....just sekadar isi ruangan kelopak bunga je...   
               mcm gambar kat bwh....then ketuk mould supaya coklat tu betul2 msk dlm acuan....
           - then mskan coklat hitam (dark) separuh mould....
           - masukan oreo yg dah buang krim
           - then tutup keseluruhan mould tadi dgn lapisan dark chocolate
           - ketul perlahan2 supaya coklat mampat dlm mould
           - msk dlm peti ais...(jgn yg beku lak)
           - biarkan jap...kalau nak tahu dah ok ke x..tgk lapisan bawah mould...agak2 dah tercerai dari
              acuan....(coklat dah x melekat di mould)...blh kuarkan..masuk dlm bekas kedap udara utk 
              teknik anti peluh....kalau x coklat anda x smooth...x comel....ada peluh....( biarkan dlm 5
              minit...coklat akan betul2 kering tanpa ada wap atasnya
          - then anda blh pilih...nak hias mcmana coklat tu...dah siap sebetulnya...ni hanya utk teknik
              pembungkusan....atas kreativiti anda.....

senang je.....


brand BERYL's - dark compound

white compound... beza dengan milk ok sbb mild warna hitam.. yang ni coklat putih.. manis sikit

potong kecik-kecik supaya senang nak cair nanti

air mendidih...dah didih..tutup api ok... ni utk teknik double boiling...

teknik double boiling... letakkan bekas berisi coklat atas lapisan air yg mendidih tadi..
pastikan bekas coklat LAGI BESAR dari bekas air didih

coklat yg dah cair, masuk dalam piping beg.. senang nak picit nanti

ni teknik mewarna.. masukkan warna dlm mould.. ikut suka hati anda
jangan lupa ketuk utk padatkan ia masuk betul2 dlm mould

oreo yang di buang krim.. nanti manis sgt.. x cedap

dah kuar dari peti..tanggalkan ..masuk dalam bekas kedap udara.. untuk teknik elak perpeluhan

dah siap.. masuk je dalam bekas yang anda suka... kreativiti sendiri

taraaaa... coklat oreo utk hadiah perpisahan BPFK

coklat oreo

taraaa...


ada di amina homemade chocolate


comel dan cedap...


selamat mencuba....sangat senang... kalau nak tempah blh ar jenguk2 blog saya.. www.aminacoklat.blogspot.com

H/A: buat dari hati....insyaallah...pasti sedap...jangan lupa tambah perencah rahsia...kalimah bismillah

Sunday, November 4, 2012

KEIKHLASAN ... LETAKNYA DI HATI

walau apapun masalah, dugaan, cubaan...jangan cepat mengeluh....kerja makin banyak, tanggungjawab makin berat, masalah luaran melengkapkan kepayahan dan bebanan....namun..... jangan jadikan ia alasan...kerana tanggungjawab itu amanah....kerja itu amanah...gaji yang di terima itu ganjaran / upah daripada kerja yang kita lakukan...dengan penuh amanah + tanggungjawab dan penuh dedikasi.....maka.....lakukan ia dengan niat yg IKHLAS...terima kepayahan dengan keIKHLASan...letakkan rasa IKLHAS itu di hatimu....insyaallah...segala kepayahan, bebanan, kesibukan....Allah akan permudahkan kerana kita menerimanya seikhlas hati...melakukannya hanya DEMI ALLAH ........



“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,” Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar , dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” [Surah al-Ankabut , ayat 2-3].



"Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan pengakuan iman yang ikhlas yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. ( Surah Al-Maiidah, ayat 85)



H/A : keikhlasan...letakkan di hati....lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan...jangan merungut kepenatan..kepayahan...tetapkan imanmu....lakukan kerana cintamu pada DIA YANG KUASA.. insyaallah, DIA MAHA MENGETAHUI...maka DIA akan permudahkan urusan mu.....berbaik sangkalah dengan DIA kerana DIA MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

Thursday, November 1, 2012

manusia sentiasa alpa

Ya Allah...kenapa manusia mudah takbur dan sombong hanya kerana sikit kelebihan? tahukah dia bahawa Allah itu Maha Kuasa...tiada yang kekal apa jua di bumi yang sementara ini....


Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :
“Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu”.
  
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur)(16:23)

Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.

H/A : doakanlah dia...semoga hidayah Allah akan menyuluh dia ke jln yang benar...moga di lembutkan hatinya agar erti persaudaraan, kasih sayang, wasatiah dan syukur membaluti hati dan jiwanya....ameen.