Wednesday, October 31, 2012

put your trust in Allah

kita seringkali mengeluh akan sesuatu yg terjadi pada kehidupan kita...walhal.. kita tahu..tiap yang berlaku pasti ada sebab musabab di sebalik peristiwa itu... susahnya nak jadi hamba yang ikhlas dan redha dengan tiap ujian kepahitan dan penderitaan...tapi kita sering lupa bersyukur bila terima ganjaran kebahagian dan kegembiraan...itulah manusia yg sentiasa lupa dan alpa...





always put your trust in Allah...berbaik sangkalah dengan perancangan Allah...kerana DIA MAHA MENGETAHUI  apa yg terbaik di antara yang terbaik buat kita hamba yang lemah....
wallahu'alam....


p/s utk hati : kuatkan iman mu...bertabahlah...Allah sentiasa bersamamu....bersihkan dirimu dan lapangkan dirimu wahai hati...sesungguhnya ALLAH ITU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.....

Tuesday, October 9, 2012

CINTA....MY OPINION...

Cinta….apakah makna sebenar di sebalik kalimah ini….adakah setiap insan yang bernyawa akan memahami akan maksud di sebalik perkataan ini? lain orang, lain pengertian, lain pula cara dan gayanya bagi menggambarkan apakah makna perkataan ini dalam diri mereka….
 
Cinta. Apakah itu? Sejenis penyakit atau sindrom yang akan melanda setiap manusia? Cinta itu ibarat cahaya yang dipancarkan ke hati nurani manusia. Ianya sejenis rasa yang lahir dari lubuk hati yang tulus….ianya merupakan anugerah dari Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang yang di pancarkan ke nurani hambanya agar terbinanya rasa kasih dan sayang antara satu sama lain dalam membina persaudaraan yang kukuh. Ianya mengajar manusia agar menyayangi antara satu sama lain dengan keikhlasan demi meraih cinta dan kasihNya.
 
Manusia ini dilahirkan dengan jiwa yang lemah lembut…sifat ingin berkasih dan di kasihi..kerana manusia ini tidak mampu hidup bersendirian di bumi yang terbentang luas ini. Sebagai manusia yang normal kita pasti mendambakan kasih sayang. Ingin bercinta dan di cintai. Bilamana kita mencintai seseorang, kita ingin selalu bersamanya, melindunginya, ingin melihat dia gembira dan bahagia walaupun kita tidak bahagia, sanggup berkongsi suka dan duka bersama, asalkan dia bahagia. Cinta memerlukan pengorbanan. Demi cintakan ilmu, kita sanggup korbankan masa seronok, masa senang, jua harta benda. Demi cintakan ibubapa…kita sanggup korbankan apa jua demi cinta dan redha mereka. Dan yang pasti demi cinta dan kasihkan Yang Esa dan kekasihNya.. kita sanggup hadapi segalanya demi meraih cinta dan perhatianNya.
 
Cinta. Banyak definisi dan aplikasinya. Cinta itu tidak hanya antara lelaki dan wanita sahaja. Cinta itu jua terbit antara ibubapa dan anak, kakak dan adik, antara sahabat, jiran tetangga. Jua pada ilmu yang melaut luas. Cinta itu juga terbit antara kita hamba yang kerdil pada Dia Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa. Cinta itu seolah ikatan kuat terhadap sesuatu yang kita sukai dan sayangi. Tetapi bagaimana kita melahirkan dan mengungkapkan rasa cinta itu, tepuk dada tanya iman. Hanya kita tahu sejauh mana kita mencintai sesuatu itu. Kerana ianya lahir tanpa paksaan. Tapi cinta yang tulus ikhlas lahir dari hati yang murni tanpa mengharapkan apa jua balasan. Cinta yang sejati adalah cinta yang ikhlas yang tidak di lampirkan bersama sifat tamak untuk memilikinya kerana mengharapkan balasan atas rasa cinta itu. Bak kata, jika kita cintakan seseorang, cukup sekadar mencintainya setulus hati kerana cinta itu lahir dari hati yang ikhlas. Kita akan bahagia jika dia bahagia, walaupun kita tidak memilikinya. Ini kerana rasa cinta itu lahir secara ikhlas tanpa paksaan mahupun mengharapkan balasan.
 
Biasanya cinta kerap kali di kaitkan dengan perasaan yang lahir antara perempuan dan lelaki.  Sekuatmana pun kita berwaspada atau menidakkan, kita tetap akan dilanda 'satu perasaan' yang sememangnya  fitrah, satu anugerah Allah yg tak ternilai harganya. Tapi berhati-hati, jangan sulami ia dengan mata nafsu yang mana akan merosakkan keseluruhan rasa dan nikmat cinta yang manis itu.
 
Terlalu banyak cara untuk meraih cintaNya.. Andai kita diuji dengan mehnah hidup ini, bulatkan pergantungan dengan Allah sepenuhnya.Bukankah kita akan diuji jika kita mengaku kita beriman? Bermunajat di sepertiga malam, mengadu, merintih,meluahkan segala isi hati ...Ya Allah manisnya bercinta denganMu. Cemburu rasanya dengan Rabi'atul Adawiyah yang mendambakan cinta seluruh hidupnya hanya dengan Allah.

Dan percayalah sahabat, bila cinta sudah tersimpul erat dgn Yang Satu,cinta manusia dengan sendiri nya melamar kita...Telah Allah tentukan kita ini sejak azali, usah risau, usah gelisah...Jika berdetik mencintai seseorang jangan luahkan pada sesiapa, serahlah pada Allah jika kita cintakannya kerana kelebihannya kembalikan segalanya pada Allah, Allah yang menciptakannya.  Segala puji bagi Allah..Subhanallah
 
Setiap manusia ada sifat cinta di dalam dirinya.Sifat ini adalah fitrah semulajadi yang di berikan oleh Allah kepada hamba atau makhluknya. Cinta seorang yang beriman adalah kerana Allah bukan kerana perkara yang lain. Cinta kita  mestilah tidak bercanggah dengan syariat islam. Cinta orang yang beriman adalah,pertamanya adalah cinta mereka kepada Allah,keduanya cinta mereka kepada Rasul,ketiganya cinta mereka kepada manusia dan terakhirnya cinta mereka kepada harta benda.

 wallahu'alam...


*TERJUMPA ARTIKEL INI DLM INBOX MAIL...MENJAWAB SOALAN SESEORANG MENGENAI DEFINISI CINTA MENGIKUT PENDAPAT DIRIKU.....ORG YANG BERKENAAN,,,,,HANYA KAMU JE YG TAHU,....

Sunday, October 7, 2012

BIJI NANGKA CIK CT

assalamualaikum....
jom kita buat kuih biji nangka....kat kelate lebih di kenali kuih butir nangka....ianya xde kena mengena dengan buah nangka.....tp bentuknya yg bujur macam biji nangka kot....
biasa org buat guna warna hijau...tp hidup ni ceriakanlah dengan warna warni....nampak cantik...tu belum makan....kalau dah makan....dua kali markah.....hahahhaha.....ok, resepinya.....
  • 1 paket tepung beras pulut
  • air
  • gula
  • garam secubit
  • pewarna
  • santan kotak

cara membuatnya:
  • tepung beras pulut di bancuh dgn air secukupnya. masukkan secubit garam. 
  • gaul dan uli sehingga tepung beras pulut boleh bentuk doh bulat-bulat
  • bahagikan kepada beberapa bahagian doh dan letakkan pewarna yg kamu suka.
  • uli sehingga warna sekata
  • gentil doh tadi jadi bentuk bujur...jgn besar sangat...nanti tercekik
  • doh yg di gentil tadi masukkan dlm air yg mendidih.
  • bila doh tadi timbul dlm air mendidih..maksudnya dah cukup masak...toskan dan rendam dalam air sejuk seketika.
  • utk kuah : cairkan santan kotak dgn air...jgn cair sgt...masuk secubit garam dan gula secukup rasa (kalau nak letak sikit halbapun blh..utk buang angin dlm badan.. sbb tepung pulut ni berangin sikit..utk sesetengah org ar)
  • kalau rasa nak pekat, masukkan sikit tepung gandum...
  • bila kuah dah cukup manis..sebati....masukkan biji yg di rendam tadi....
  • biar didih jap...then hidangkan ler.....
  • sedap mkn time sejuk.....suam2 pun cedap gak.....


biji-biji yg di gentil masukkan dlm air panas yg mendidih

biji nangka yg timbul blh di tos dan di masukkan dlm air sejuk

masukan biji nangka dalam kuah santan

siap untuk di hidangkan

selamat mencuba.....sedap.....

Friday, October 5, 2012

kembara....hamba Allah

assalamualaikum.....
biasalah....tpt baru dan suasana baru..kelam kabut....so hari ni baru blh tulis apa yg terbuku...:-p

kembara hamba Allah ke bumi Kuala Berang....

dapat surat tak sampai seminggu, kena lapor diri di Kuala Berang. dengan notis pendek, permohonan berhenti kerja di taip...sebelum itu dah maklum pada ketua unit....alhamdulillah, dia menyokong penuh...ketua aku siap tolong carikan kerja lagi utk aku....kerja tetap yang boleh menjamin masa depan dan kerjaya aku.....alhamdulillah....berkat doa semua org....akhirnya tawaran sebagai pengajar aku peluk jua....kisah mengenai hikmah di sebalik apa yg berlaku sehingga aku mendapat tawaran aku ku ceritakan kemudian.....sesungguhnya rezeki itu rahsia Allah yang tiada siapa mampu fikirdan tebat.....

ok...lps dapat surat tawaran...terus cari Mr Goggle.....mudah.com ku taip...."rumah sewa kuala berang" ....Ya Allah....kebanyakkkannya homestay.....ku telefon rakan-rakan di area terengganu memohon bantuan mencari rumah......Kuala Berang, Hulu terengganu....memang tak terfikir akan di hantar ke sini.....gambaranku....kawasan hulu yang tiada kemudahan langsung.....dalam debaran ku serahkan urusan seterusnya pada DIA.....insyaallah....DIA sentiasa bersamaku.....itu saja keyakinan yg ku ada.....dalam mencari...doa tidak putus ku dambakan....alhamdulillah, di saat akhir, ada seorang staff di tempat kerjakuyang bernama Yuni sanggup berkongsi rumah....memang Allah permudahkan segalanya....Yuni sanggup kosongkan biliknya dan berpindah ke bilik rakannya semata-mata untuk diriku yang langsung dia tidak kenal.....(rumah kami mempunyai 3 bilik...termasuk diriku...kami menyewa berlima)....hanya Allah dapat membalas jasa kebaikan Yuni.

so pagi ahad...jam 7pagi...ku tinggalkan kunci rumah di Puchong pada kak ana....dengan langkah bismillah...ku melangkah memulakan kembara dengan penuh debaran....namun ku yakin dgn pilihan Allah....aku kuatkan semangat.....maka bermulalah perjalanan ku.....bandar KL ku tinggalkan.... menyusur ke Lebuhraya Pantai Timur...bersendirian.....hanya Allah bersama ku...

lebuhraya yang berkabus menemani perjalanan ku

lebuhraya pantai timur

memandu bersendirian....agak membosankan....tapi hati dan otak aku tidak habis berfikir....mampukah aku memikul tanggugjawab sebagai seorang guru.....dalam debaran, aku sematkan keyakinan.....Ya Allah...janganlah Engkau biarkan nasibku di tentukan oleh diriku sendiri walaupun sesaat.......bantulah aku yang lemah dan tidak berdaya ini......

Lebuhraya Pantai Timur...exit ke Ajil/WakafTapai/ Kuala Berang...


sampai exit persimpangan Ajil....jam menunjukkan 11 pagi.....menurut Yuni...dari exit Ajil...jalan terus sehingga jumpa traffic light...turn right.....terus lagi then akan jumpa KIST......
selepas turn right...signboard pertama ku lihat Jertih/ Kota Bharu ......satu laluan rupanya....
bayangan/ signboard KIST masih belum melintas di mataku.....ah...berhenti tanya orang ler...malu bertanya sesat jalan.....menurut pakcik yang ku temui di kedai makan....terus je then akan jumpa KIST sebelah kanan....bangunan atas bukit.....

memang betul...dari jalan besar sudah kelihatan bangunan KIST di atas bukit....Ya Allah....akhirnya..
ku masuk ke bangunan KIST mencari Yuni....kunci rumah.....first time jmp Yuni..comel je orangnya... sesuai dgn sifatnya yang membantuku.....lemah lembut.....mengikut peta Yuni...ku tuju ke rumah yang bakal aku duduki....sepanjang berkehidupan di Kuala Berang.....5 minit dari KIST....

rumah kediaman...3 bilik yang memuatkan kami berlima

bilik ku....besar....
usai memindahkan barang...ku terlelap.....penat rasanya.....
selepas solat zuhur...jalan-jalan cari makan....makanan di sini agak manis....dan barangan runcit agak terhad dan sikit mahal.....almaklum....1 jam dari bandar Terengganu.....
alhamdulillah....housemate aku semuanya sangat happy go lucky....sporting....seorang kelantan, 2 pahang dan seorang terengganu.....tapi kesemuanya berbahasa terengganu....hahahhaha....

ok...that's all utk permulaan kembara ku...minggu ini bermula kelas ku....perjalanan kerjaya sebagai pendidik.....moga Allah memudahkan perjuanganku....moga aku dpt berkongsi ilmu pengetahuan dgn anak didik ku.....moga aku di jauhkan sifat takbur, riak dan sombong......ameen.....


p/s: jaja....tunggu sambungan tau.....miss u