Thursday, July 26, 2012

selfish

assalamualaikum.....

em, kali ni nak cakap pasal manusia yg pentingkan diri sendiri...hanya fikir pasal dia aje... memang ar kita kena belajar sayang diri sendiri...i love myself....jangan pedulikan perasaan orang lain, lantak engkau ler....wah...dah bagus sgt ke? cool..........hehehhehe

ada je makhluk Allah yang punya perangai cam gini. bayangkan....suma benda dia buat, cakap, apa2 je lah...sumanya....sumanya....hanya fikir kepentingan dia je...org kat sekeliling dia....ada dia kisah? Ya Allah...ampunkanlah golongan yang macam ni.. jauhkan lah aku dari sifat keji ini......

kita hidup dlm dunia yang sementara ini bukan seorang diri. kita hidup dengan pelbagai jenis ragam manusia....setiap org ada fungsi mereka. kita di anjurkan utk hidup berkasih sayang antara satu sama lain...belajar bertolak ansur,belajar memaafkan, belajar erti memberi, belajar erti bersederhana.....mcm-mcm benda kita boleh dan kena belajar...barulah kita blh hidup aman, bahagia dan berkat dlm dunia ini.

ada golongan yg penting diri ni, asyik nampak salah orang lain, sebab dia nak lindung salah dan silap dia. dia asyik nampak kepentingan dia je...seolah dia punya segalanya...walhal, tanpa bantuan orang lain sekeliling dia, mana mampu dia punya segalanya. manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. tapi, manusia yang penting diri sendiri ni, satu je yg dia fikir, apa faedah dan kepentingan dia dapat daripada sesuatu perkara yg dia lakukan. dia tidak akan mengambil peduli perihal org lain, perasaan org lain, kesakitan dan kesensaraan org lain akibat daripada tindak tanduk perbuatan dia. apa yang dia tahu, "aku hidup bahagia dgn cara aku..". wah, keras nya hati mereka ini. tak kan langsung takde sikit rasa kasih sayang, belas kasihan, keikhlasan dlm diri mereka? katne agaknya mereka tinggalkan rasa itu. apa pasal mereka ada penyakit ini?

manusia bila tidak tahu erti syukur, tidak tahu erti kasih sayang, tidak tahu erti hidup bermasyarakat.....suma lah dia tidak tahu...sbb apa yg dia tahu, diri dia hidup senang lenang walaupun atas keperitan org lain......

kadangkala org berpenyakit penting diri ini, tiada sekumit pun rasa bersalah dlm diri mereka bila buat org lain menderita di atas kebahagiaan dia.




"Ya Allah, jauhkan lah aku dari penyakit hasad dengki, mementingkan diri sendiri ini. jadikanlah aku hambaMu yg dapat membahagiakan org lain, jadikanlah aku seorang yang pengasih, penyayang. Jauhkan aku dari sifat2 terkeji yg blh mengundang kemurkaanMu Ya Allah.....berikan aku hidayahMU, tunjukan aku jln yg benar, jauhkan aku drai kesesatan. setelah Engkau berikan aku hidayahMu, jgnlah Engkau mendolak balikkan hatiku ini Ya Allah.....berikan aku kekuatan utk menghadapi ujian dan dugaan hidup di dunia yg penuh fana ini......amin..."