Saturday, October 29, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

cukuplah aku mencintai dalam diam....

(copy paste dari blog http://diarihati.com)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…


Thursday, October 20, 2011

dari sujud ke sujud






bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud

Lirik Lagu Marshanda, Oki, Dude, Kholidi, Andi – Dari Sujud Ke Sujud (OST Dari Sujud Ke Sujud)

Wednesday, October 19, 2011

buat apam polkadot berinti kurma

assalamualaikum....wah..sejak sibuk dgn blog aminacoklat...lupa dgn blog syok sendiri ni... smlm terlebih rajin nak turun dapur. asyik buat coklat je...jgnkan mj bosan...che ot pun dah bosan tgk mj asyik buat coklat...so, sementara xde tempahan ni, baik buat apam polkadot utk foto promosi kat blog amina dan fb amina homemade.....plan mmg nak bagi semua org rasa...geng kantin sekolah dan kilang...so, buat banyak sikit....warna ikut mood...kuning yg sentiasa membangkit seri , ganding dgn pink yg sweet....jeng..jeng...nampak cool gak ler....hehehhee...(perasan deh)

resepi ni dari jojo tp suka ubah sendiri...sebelum ni malas nak buat dot..dot..just plain tanpa inti dalam loyang besar (macam kek), hiasi dgn ceri....wah...ada yg berkenan dan tempah.

tp smlm mmg sesi pengambaran utk serius tempahan....alhamdulillah...x smp sehari di upload dkt fb....ada sambutan rupanya......moga Allah sentiasa pelihara aku agar ikhlas dlm berurus niaga...jgn kedekut, menipu dan sentiasa bermurah hati.....amin

smlm ada inti kurma je kat dlm kotak stok...so apam polkadot berinti kurma...sedap gak... che ot dgn wahida plg suka...mgk sbb warna dan dot yg comel plus apam yg gebu.....

ok...kat bwh ni ada step dari mewarna , kukus smp siap....layan je.......hehehhe


proses mewarna....ikut mood....hahahhaa

msk dlm piping bag, senang nak picit...x ler comot...

msk dlm acuan....yg ni dah di letak ini...


dah dotkan....kukus..


pengukus....jap je dlm 6 minit- 10 minit


ni baru kuar dr kukusan.....


corak smile atas permintaan wahida utk kwn2 dia

yg dah siap....comel dan sedap...



APAM POLKADOT BERINTI KURMA.....


sapa yg berminat leh tempah kat blog lg satu www.aminacoklat.blogspot.com atau fb cari je Amina Homemade...

Thursday, October 6, 2011

doa adalah senjata org mukmin




“Ya Allah, andai dia adalah jodohku, permudahkanlah jalannya dan tautkanlah hati-hati kami. Jika tidak, bantulah aku untuk redha dengan takdirMu dan kuatkan diriku menghadapi ujian dariMu ini. Kurniakanlah kekuatan yang tidak pernah Engkau kurniakan, dan bantulah aku melepasi ujian ini..Ya Allah, andai dia bukan jodohku, maafkan aku kerana pernah menyimpan perasaan ini pada yang bukan yang sepatutnya, dan tukarlah hatiku dengan hati yang baru agar tiada lagi sisa perasaan itu untuknya. Hatiku ini biarlah hanya untuk suamiku, Ya Allah bantulah aku."