Wednesday, November 25, 2009

balik kg....yeayea

salam suma...salam aidiladha....hehehehe
insyallah kul 10 mlm sat lg aku dgn family along akan bertolak blk ke kelantan. seronoknya x yah nak cakap...lama x balik ni....masa buat testing method for steroid ptg tadi..separuh diri dah sampai kg paloh pintu geng...separuh je dok dlm SPPS.. hehehe....so, kita sambung keje dan develop method tu next week....hahahhahahaha...

dok kl je...kalau dok UK agaknya melalak aku nak balik hahahahaha....aku masih ingat, masa dok POLISAS dulu..aku blh buat keputusan berani dengan menarik diri dari pengajian gara2 homesick...memang kerja giler...abah pun x blh ckp apa...aku ni degil sgt...hahahhaha....bayangkan...aku hanya ikuti minggu orientasi 1 minggu, kuliah seminggu then minggu ke 3 lak aku dah ada kat kelantan..hahahha...sanggup aku lepaskan pengajian diploma then masuk form 6....dek kerana x sanggup dok jauh dr family..poyo je.....tapi ada hikmah kot...sbb x sampai sebulan, aku dapat tawaran masuk matrikulasi fizik UPM....hehehe...tu masih ada hati nak p belajar jauh2...hahahhaha

apapun...aku blk raya ni. makin teruja bila tahu suma adik2 yg lain dah smp kg. huhu
harap2 x banjir ler kat tengah jalan...moga Allah permudahkan perjalanan kami hingga sampai ke kg paloh pintu geng kota bharu.....amin.....

ok...salam aidiladha....moga dpt hayati makna di sebalik sambutan aidiladha
tu...bye

Tuesday, November 24, 2009

Ceramah Datuk Ustaz Ismail Kamus - Petua membelai cinta & lain2

assalamualaikum suma....ini petikan dari satu email yg diterima daripada kawan yg di forward dr kwn2...apa salahnya berkongsi ilmu utk membantu kita membaiki diri....so, ambik yang baik jadikan panduan agar hidup kita menjadi lebih baik dan yang tak elok jadikan garisan panduan agar kita tak tergelincir ke jalan yang salah...wallahu'alam....(artikel ni memang copy 100% dr email yg diterima ok..hehehe)



FW: Ceramah Datuk Ustaz Ismail Kamus - Petua membelai cinta & lain2

Nota: Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga.

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta

disanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin
bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum disamping menguruskan rumahtangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya'Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumahtangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumahtangga tidak bahagia dan aman kerana yang
diburu adalah wang dan harta. Maka bila ada kedua-duanya didepan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.


Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumahtangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah. Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada
pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan

sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumahtangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumahtangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami, namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitive mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.


Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.


Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal dikampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal dibandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun kemana diri hendak bawa diri.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumahtangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya'Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.


LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya."

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.


Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang, si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap kedalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap kedalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap haribulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.


Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam. Maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan. Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.


TEGUR CARA BERHIKMAH

Datuk Ustaz Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:


"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan."

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya." Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika sisuami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak, disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya :

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa diatas singgahsana. KepunyaanNya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-dua nya dan apa yang ada di bawah tanah."

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumahtangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat. Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui usia 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan, hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk kedalam api neraka." Na'uzubillah.













Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..Jika DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..jika DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu....oleh itu, sentiasalah berbaik sangka pada ALLAH dlm apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA...






Monday, November 23, 2009

nisa imana


















ni anak buah aku...ni'sa imana...comelnya.x sabar mak jang nak balik kg jumpa nisa...jmp raya nanti tau...nisa jgn nakal.....





Sunday, November 15, 2009

ATAS NAMA PERSAHABATAN

Erti Persahabatan Ini
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hembusan bayu lembut bertiup

Deru ombak yang memukul pantai

Sayu hati bila terkenangkan

Memori indah bersama

Dengarkanlah lagu kuciptakan

Tanda ingatan tulus buatmu

Moga abadi di sanubari

Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya

Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan

Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa

Kenangan menggamit rasa

Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina

Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa

Hingga dirimu terluka

Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka

Demi janji kita

Marilah suburkan kembali

Hubungan dengan kejujuran

Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa

Bahagia selamanya...


lirik lagu ini mengenai persahabatan yang tulus....setiap orang ada pandangan dan definisi tertentu mengenai perkataan "sahabat" apatah lagi "sahabat sejati"...
bak kata berkawan biar seribu berkasih biar satu. begitu juga dengan bersahabat...tidak semua kita namakan teman sejati dalam list sahabat kita di antara seribu itu....kita perlu berkawan dan bersahabat..kerana kita tidak mampu hidup sendirian di dunia ini. bukan ke berkasih sayang sesama kita di anjurkan dalam agama. Namun kita tidak mampu mengikut rentak 1001 macam ragam sahabat yang ramai itu. Aku sendiri selalu katakan pada diri sendiri...tidak rugi berkawan dengan sesiapa saja, asalkan kita tahu mana perlu bawa diri ini, tahu mana baik dan buruk..maka soal agama, rupa paras, kaya miskin, tua muda, berpangkat atau tidak, itu suma tolak tepi. ikhlaskan diri dalam bersahabat...jangan ada agenda sebalik perkataan sahabat itu. Aku ada kawan semasa kerja, kawan bershopping, kawan lepak, kawan surau, kawan berchatting, kawan beriadah dan macam2 jenis kawan. Macam dikatakan tadi, kita tak mampu ikut rentak seribu sahabat itu. Namun aku juga punya sahabat yang ku gelar "my bestfriend in the world"...yang mana mampu kongsi suka duka, minat dan segalanya bersama. Namun kami tidak boleh berkepit 24 jam sentiasa berikutan komitmen masing-masing. Dia punya suami dan anak utk di uruskan, punya kerjaya untuk di pikul.

pengalaman berkawan, bergaul dan mengenali watak orang di sekeliling kita ada baiknya. Ia mampu membentuk kematangan diri kita. Kita perlu tegas dalam hidup kita, jangan sampai "kawan makan kawan". Bila banyak kenangan pahit yang di curah oleh seorang kawan, kita akan lebih berhati-hati dalam hidup ini. Maka lebih berhati-hati memilih kawan, lebih berhati-hati dalam untuk mempercayai orang dan lebih berhati-hati menjaga hati orang lain. Jangan pula kita memperlakukan perkara yang sama di lakukan oleh kawan yang tidak boleh di namakan kawan ini. Kita ingin di sayangi, di kasihi, di hormati, maka kita perlu sayang, kasih dan hormat orang lain terlebih dahulu. Jika kita juga "sahabat yang teruk", jangan bermimpi mempunyai sahabat yang baik, kerana kita sendiri tidak mampu menjadi sahabat yang baik untuk orang lain. What u give, u get back...ingat itu ok.

tapi lebih menyakitkan hati jika sahabat atau teman baik yg kita percaya, sayang, tikam kita dari belakang. Rasa macam dunia tidak adil (poyo je ayat)..hehehehe..Pilu sebab kita terlalu percayakan dia. Dan akhirnya, orang yang dajalkan kita ialah yg paling rapat dan tahu siapa kita. Jika orang lain yang perlakukan itu terhadap kita, ia tidak sesakit itu, sebab kita tidak rapat dengan mereka. sakitnya hati...maka rengganglah dan akhirnya putus persahabatan itu. Rasa mcm putus cinta kot (entah, tak pernah bercinta..tak tahu)...apa salah kita sampai dia sanggup kenakan aku..mcm2 soalan mula pikir. Manusia....hati mereka kita tak nampak apatah lagi yang namanya IKHLAS...lagi x nampak nak tengok.

huhuhuhuuuuuhhuhu.....untuk itu satu benda je yang boleh dipikirkan, kenangan manis bersama dia, sekurangnya dia pernah membahagiakan diri ini yang akan di pahat kukuh di memori...bersebelahan dengan kenangan pahit itu...hehehheheh...maka maafkanlah dia...barulah rasa tenang, walaupun tali persahabatan itu tak mungkin akan kukuh di ikatan hati...cukuplah sekadar kenangan, dan jangan membenci...belajar memaafkan dia. Insyaallah, ketenangan ada di sebalik perkataan "ikhlas memaafkan"...try ler....hehehehe....jangan ego dalam menghitung kesalahan orang lain...kita juga tidak sempurna, di mana satu saat kita juga memerlukan kemaafan dari sseorang dan amat mengharapkannya...begitu juga dengan orang yang ingin memohon maaf dari kita. Letakkan diri kita di situasi mereka...tiada kerugian, kadangkala kemaafan kita boleh membuatkan mereka menyesali dan merupakan hukuman yang paling berat buat mereka...setimpal dengan apa yang mereka lakukan....

jika ada yang menyakiti hati kita, kadangkala kita suka pendamkan rasa sakit itu demi menjaga persahabatan. tahukan kamu, bila banyak sangat kumpul dan pendam rasa marah tu, hanya dengan satu ketukan kecik mampu meledakkan rasa amarah yang di himpunkan itu. Macam gunung berapi yang tunggu masa nak meletus. Adakala kita perlu memberitahu sahabat itu, yang kita terasa hati dengan kata-kata mereka. Mungkin kerana mereka terlalu biasa dengan kita, maka hal kecil yang menjadi kebiasaan tidak membuatkan mereka perasan bahawa mereka telah mengguris hati kamu. Sebab terlalu biasa dengan kamu. Jika kita tidak mengenali seseorang, sudah pasti kita akan lebih berhati-hati dalam berkata-kata...right? Tapi jika kita tidak menyukai sahabat kita, cukuplah sekadar berkawan...hanya sekadar kawan yang memenuhi list seribu kawan itu...hehehehehe....pilihan di tangan kita...dan kita boleh tentukan apa yang kita inginkan. Jangan sampai kawan boleh merosakkan diri kita sudah ler. Hidup dengan prinsip diri. Manapun kita pergi, siapa pun kawan kita..kita mampu menjadi diri sendiri yang tidak akan mudah dipengaruhi dan di pijak oleh insan bernama kawan ini.....

so....jangan takut nak berkawan....cuma berhati-hati dalam memilih kawan....




(sorry, gambar teman yg lain x sempat nak upload...nti si tikus ini akan letakkan gambar kita bersama...terima kasih untuk semua yg sudi mewarnai hidup dan menemani perjalanan kehidupan insan yang x sempurna bernama ct asmah ini....10q sebab jadi sahabat aku... kenangan bersama kamu semua....memang manis...then artikel di atas x mengata sesiapa pun. Ia sekadar renungan dan juga menjawab satu soalan dari seorang bernama 'adik' yang menghadapi masalah "atas nama persahabatan", dia dlm dilema sbb selalu kena buli dgn sahabat sendiri...kalau ada idea...jom komen, mana tahu dapat bantu adik ini...)











Saturday, November 14, 2009

THE LITTLE NYONYA
















salam suma....ni nak kongsi satu cerita menarik kat ntv7 jam 6 hingga 7 ptg hari isnin sampai jumaat....mula-mula dulu tersangkut tengok cerita ni sebab mengenai baba dan nyonya, baju kebaya yg di pakai cantik then ubahsuai dalam rumah yang di hiasi barang antik..cantik. Tapi lama-lama sangkut sebab nak tahu apa jadi pada gadis cantik yang di perlakukan seperti orang suruhan walaupun dia sebetulnya cucu kepada org kaya. cerita ni banyak flash back..
tapi tiap kali tu mesti nak tahu apa yang terjadi lama-lama terus sangkut dengan cerita ni..sebab menarik olahan ceritanya, backgroundnya,pelakonnya pun cantik....dekat you tube ada cerita ini sehingga last episod....tapi still nak tunggu siaran kat ntv7 (walaupun dah tengok di you tube)
cuma kekadang tak puas hati sebab cinta mereka tak kesampaian...ingatkan chen xi dgn yueniang akan kahwin..rupanya tak...huhuuhuhuhuhhuu...kisah cinta sedih gak...

so kat bawah ada artikel mengenai cerita best (may be secara detail). Ia di copy 100% drp Wikipedia...jom...layan..



From Wikipedia, the free encyclopedia

The Little Nyonya is a 34-episode drama serial which debuted on 25 November 2008 on Singapore's free-to-air channel, MediaCorp TV Channel 8. The storyline, which involves an extended Peranakan family in Singapore, is set in the 1930s and spans 70 years. The series was partly sponsored by the Media Development Authority of Singapore. The drama ended its run on 5 January 2009.

This drama was produced by MediaCorp in celebration of the channel's 45-year anniversary . This drama took a year of research and four months to film. More than 150 behind-the-scenes staff were involved in the production, and the cast also went to Penang and Malacca to film part of the series. The series' production cost was also the highest ever for MediaCorp, with a pair of beaded shoes costing S$1,200, while a dining table costs S$15,000.

Although MediaCorp's series normally have episode counts which ends in multiples of 5 (20, 25, 30 etc.), The Little Nyonya was, however, extended from the initial 30 episodes to 34 episodes due to over-runs in filming. Possibly as a result, two episodes were aired on Mondays, starting from 15 December 2008.

Cast

Huang family

Elders

  • Huang Yuan ( also known as Tow Kay, meaning "Head of Household", portrayed by Yan Bing Liang )- Head of the Huang family. He is also forced to follow the family's manipulations (for example, he is persuaded into disregarding Juxiang as part of their family).
  • Guihua ( also known as Tua Ji or "Big Sister", portrayed by Lin Meijiao )- The matriarch of the Huang family. She is very protective of her daughters, and hates Tian Lan's side of the family with a passion, treating them as mere inferiors. She later confesses her sins and suffers a stroke during her attempt to burn Yueniang, whom she blames for all the misfortunes happening in the family.
  • Tian Lan ( portrayed by Xiang Yun ) - Mother of Juxiang. She was a maid of the Huang family. Having been raped by Huang Yuan, she was taken in as second mistress of the house. However, her status in the family is essentially that of a maid. She is accidentally thrown off the second floor of the Huang residence by Jincheng, after Tian Lan stumbles upon his affair with Xiujuan. Tian Lan's injuries from this fall prove fatal.
  • Tua Kor (portrayed by Guan Xuemei )- Huang Yuan's elder sister and mother of Xiulian, Xiufeng and Xiujuan. Being a very demeaning elder in the Huang family, she often abuses Ah Tao.

First generation

  • Huang Jincheng (portrayed by Darren Lim ) - Son of Huang Yuan and Guihua. He has a crush on Xiu Juan but is arranged to marry her sister, Xiu Feng instead. He died of a massive heart attack upon learning that Tianbao had been sentenced to death for murdering Chen Sheng, as well as Charlie and Robert Zhang.
  • Huang Meiyu ( portrayed by Apple Hong ) - Eldest daughter of the Huang family, and sister of Jincheng. Wife of Chen Sheng. However, Chen Sheng does not regard her as his wife. As a result, she shows a great sense of hatred towards Juxiang and Yueniang.
  • Xiufeng (portrayed by Pan Lingling ) - daughter in law of Guihua. Married to Jincheng.Xiufeng listens to her mother-in-law’s every word. She will do whatever she can to marry her two daughters off to wealthy families, even if it’s at Yueniang’s expense. She suffers a terrible shock when she finds out that her husband is having a clandestine affair with her sister Xiujuan. She gradually turned good (all to prevent Guihua/Tua Ji for getting into the first woman of the Huangs) throughout the later episodes.
  • Xiujuan (portrayed by Cynthia Koh ) - Younger sister of Xiufeng. She had an affair with Jincheng. When Huang Tianbao was arrested for the murder of Chen Sheng, she plotted a scheme to defraud the Huangs of their money, under the pretext of bribing a high-ranking police officer. The plot succeeded, with the Huangs giving her the proceeds from their sale and mortgage of virtually all of the Huang's assets. She ran away to Hong Kong after she received the money. However, she kept the money in a bank during her years on Hong Kong, where it earned a tidy sum of interest. She returned the money to the Huangs after many years.
  • Huang Juxiang ( portrayed by Jeanette Aw )- Although born into a wealthy Peranakan family, she is treated with scorn and insult because of her mother's humble origins. She became a deaf-mute from the age of nine due to an illness; as a result, she cannot stand up for herself in many cases. She died of internal injuries soon after her husband, Yamamoto Yousuke, was killed by Japanese soldiers.

Second generation

  • Huang Tianbao ( infrequently called Alexandre Huang, portrayed by Andie Chen) - The only son of Huang Jincheng and Xiufeng. He sent someone to kill Chen Sheng with hopes that Robert would reinstate him as deputy GM, but was laughed at instead. He was sentenced to death for instigating the murder of Chen Sheng as well for the murder of Charlie and Robert Zhang.
  • Huang Zhenzhu ( portrayed by Eelyn Kok ) - first daughter of Xiufeng and Jincheng. A wilful girl who fancies Chen Xi. Zhenzhu is however lazy, straightforward and naive. She witnessed Yuzhu being raped by Robert and tried to save her, but was caught in mind by Xiujuan's advice and did nothing. In Episode 13, it is revealed that although she almost tortured Yueniang, but she does not want to see her die. She managed to marry Chen Xi but in the end, she ran away with another man as she didn't want to stay with Chen Xi, who ends up hating and disliking her. She is the only half-antagonist-half-protagonist of this show.
  • Huang Yuzhu ( portrayed by Joanne Peh ) - Second daughter of Xiufeng and Jincheng. A demure girl who fancies Chen Xi, she often helps Yueniang and Ah Tao out of situations where they would otherwise get into trouble with the family elders. However, having been raped by Robert Zhang, she is forced to marry him, and thereafter suffers an ill fate under him. Tortured into insanity, she is committed to a mental institution for the rest of her life after giving birth to Zuye, the father of Angela. It is not known what happened to her after that.
  • Yamamoto Tsukamusume (Yamamoto Yueniang) (portrayed by Jeanette Aw ), elder version portrayed by Xiang Yun )- The daughter of Juxiang. She looks exactly like her mother. Her parents' deaths made her a rather strong-willed and feisty woman, yet she is still forgiving towards Guihua and her other relatives despite their mistreatment of her and her family. Ah Tao states at the present time that she has been diagnosed with cancer of the small intestine but did not want an operation; however, she goes for one when the disease nears its final stages. It is at this point that she tells Angela that she isn't her biological grandmother.

Third generation

  • Zuye (child portrayed by Lim Yongxun ), elder portrayed by Zzen Zhang )- Son of Yuzhu. Due to Yuzhu's mental condition, he was adopted and raised by Yueniang. He became a lawyer and had two sons and a daughter, the latter being none other than Angela.

Fourth generation

  • Angela (portrayed by Felicia Chin ) - A university student in Canada. Originally considered to be the biological granddaughter of Yueniang, it was revealed at the end that she is the biological granddaughter of Robert Zhang and Yuzhu, as her father (Zuye) was adopted by Yueniang due to Yuzhu's mental illness. Before the series, in the present-day storyline, she had an unlucky run in romance, and decided to briefly return to Malacca, where she learnt about her adoptive grandmother's bitter past.

Chen family

Elders

  • Madame Chen (portrayed by Li Yinzhu ) - Chen Xi's great-grandmother (Chor Chor), Chen Sheng's grandmother (Ma Ma). Likes to eat rempah udang very much. She places great emphasis on women's ability to cook Peranakan dishes and sew beaded shoes. She was one of the few people who trusted Yueniang.

First generation

  • Chen Gong (portrayed by Chen Xiang ) - The eldest grandson of Madame Chen, frequently comes into conflict with the Zhang family.
  • Chen Sheng ( portrayed by Pierre Png ) - Married to Meiyu, but harbours love for Juxiang. After losing Juxiang, he drowns his sorrows by spending his free time drinking as well as singing and dancing pantun with young women. Sheng was murdered on the orders of Huang Tianbao, who believed that it was what Robert Zhang wanted.

Second generation

  • Chen Xi (portrayed by Qi Yuwu )- So named because on the day of his birth, his family signed a lucrative Tin contract, he is the only child in his family. Having been educated in the UK, he has always been more liberal than his conservative family. Although he wanted to marry Yueniang, his family forced him to marry Huang Zhenzhu instead. After he thought Yueniang had died in the fire where Robert Zhang had set up, he later married to Libby and had six children. His career was very successful and contributed a lot to charity.

Zhang family

  • Charlie Zhang ( portrayed by Desmond Sim )- A baba who returned from the United Kingdom, he is generally disapproving of the Peranakan culture, earning him scorn from the older generation of high Peranakan society. He has affairs with many women, and makes use of his wealth and status to collaborate with the Japanese. It is heavily implied that he had something to do with the deaths of Yousuke and Juxiang. He was killed during a scuffle between Robert Zhang and Huang Tianbao, when a pistol was accidentally fired, hitting Charlie in the head.
  • Robert Zhang (portrayed by Zzen Zhang ) - Son of Charlie Zhang. A cunning one like his father, he raped Yuzhu and tortured her endlessly after marrying her, even to the extent of drugging her and giving her to other men in exchange of business benefits. He was killed by Huang Tianbao, despite Robert's promise to return the money and distributorship to the Huangs.

Other characters

  • Ah Tao (portrayed by Ng Hui ), elder version portrayed by Zhu Xiufeng )- An amah for the Huang family. Originally a personal servant of Huang Yuan's elder sister, Tua Koh (who abused her heavily), she was bought by Tian Lan, and became her kitchen helper. She is loyal to Juxiang and Yueniang, and served Yueniang all the way to the present day. Her right leg was broken by Guihua sometime at the beginning of the show.
  • Yamamoto Yousuke( portrayed by Dai Yangtian )- An ethnic Japanese, he was very interested in Peranakan culture. In order to protect Juxiang from the philandering Charlie Zhang, he married her. Yousuke was murdered by invading Japanese when Singapore fell to Japanese forces. It is implied that Charlie Zhang had a role in his murder.
  • Liu Yidao ( portrayed by San Yow ) - A butcher who had an arranged marriage with Yueniang, but later accepted her as his sworn sister. He and his brotherhood later assisted Yueniang with her business. At the advice of Yueniang, Yidao gave up his bullying and gangster-like ways, in favour of a more civilized lifestyle.
  • Libby (portrayed by Pamelyn Chee ) - A woman who is more liberal than social norms at the time, she eventually married Chen Xi, and had six children with him.
  • Jonathan Li Xiuwen (portrayed by Nat Ho ) - A native of Hong Kong who grew up in Canada. He fell in love with his university schoolmate Angela, and followed her from Canada to Malacca. Because of Yueniang's dramatic past, he decides to write a story about her life and will not leave Malacca until it is finished.
  • Da Sha ( lit. "The Big Silly [person]", portrayed by Li Yuejie ) - A simple-minded lunatic who saved Yueniang's life when she was in a coma after being rescued from a well. Pioneer of bird's nest dish and helped her with her business.
  • Paul (portrayed by Bobby Tonelli)- A British lawyer who was originally hired by Robert Zhang, but eventually helped the Chens in a lawsuit. He later married Yueniang. The couple have no children of their own, as Yueniang had 2 miscarriages.

Roles

The role of Xiufeng was rumoured to be offered to May Phua originally, but she was not able to accept the role, due to her pregnancy. The role of Tian Lan and an elderly Yamamoto Yueniang was originally offered to Huang Biren, but was offered to Xiang Yun instead, as Huang chose not to renew her contract with MediaCorp. It was also rumoured that Zoe Tay wanted a role in this series, but there were no suitable roles for her.




















Synopsis

The story spans over 70 years, from the 1930s till the present day.

Huang Juxiang is born into a large Peranakan family where her mother is a mistress. She is gentle, beautiful and a fantastic cook. Due to a serious illness when she was 9 years old, Juxiang becomes a deaf-mute. Because of her handicap, she is ostracized by people. Right before the Japanese Occupation in Singapore, she is forced to marry Charlie Zhang, a rich Peranakan, and become his mistress. Juxiang resists the marriage and runs away from home. She then meets Yamamoto Yousuke, a young Japanese photographer, and after overcoming many obstacles, they finally get married and Juxiang gives birth to a daughter Yueniang. During the World War, Juxiang is injured and both she and her husband die, leaving behind their 8-year-old daughter.

The orphaned Yueniang eventually walks to her grandfather's house on her own. Her grandmother rejoices for her presence. Under the supervision of her grandmother, she learns to cook Peranakan dishes and sewing. She grows up looking exactly like her mother and is exceptionally beautiful. After the war, her maternal relatives who ran away to England to seek refuge there returned home. Yueniang ends up leading the life of her mother – always discriminated against, beaten up and tortured. She puts up with all these in order to protect her grandmother.

Yueniang's pretty looks incurs jealousy from her cousin and attracts the attention of many rich Peranakans. However, she only has eyes for penniless driver Chen Xi. Chen Xi actually comes from an educated and wealthy family. Yueniang's kindness, purity and persistence move Chen Xi and he falls deeply in love with her, and hides his identity to be with Yueniang. Unfortunately, their relationship is filled with many obstacles and difficulties. Under pressure from his family, Chen Xi is forced to marry Yueniang's cousin instead. Yueniang is then sold to a butcher, Liu Yidao. Many things happen after this and it is revealed that the Huangs use misunderstandings and mistakes for granted and resort to off-board measures.

Yueniang is unwilling to accept the fact that her life is always manipulated by others and decides to end her own life. Yueniang's strong personality impresses Liu Yidao and they become sworn siblings instead. Yueniang decides to choose her own path in life. She begins learning how to run a business and in the process, she is framed and ousted from her business. Despite the odds, she manages save her declining family business. Sadly, her love life has yet to begin a new chapter with no news about her love interest, Chen Xi.

Reception

"The Little Nyonya" achieved extremely high ratings, with an average of 934,000 viewers during its 34-episode run, and peaking at 1.67 million viewers (33.8%) on the last episode. This series has recorded the highest viewership rating ever since 1994.

Awards

This drama is seen as an extremely strong contender in the Star Awards 2009, which would be held in April 2009. The drama smashed the five year record of Holland V of 9 nominations with 16 nominations at Star Awards 2009, Best Actor (2), Best Actress (2), Best Supporting Actor (4), Best Supporting Actress (5), Young Talent Award (1) and also nominated for Best Theme Song and winner of the Top 10 viewership local drama category.

At the Star Awards 2009 on the 26th of April, the drama won 3 awards for Best Drama, Best Actress (Joanne Peh) and Best Supporting Actress (Xiang Yun and Ng Hui).



selamat menonton....ketabahan, kecekalan dan hati mulia yueniang dan ibunya (pekak dan bisu) memang menarik untuk di terokai...kutip ikhtibar di sebalik wayang ini...yang baik di jadikan ikhtibar manakala yang buruk di jadikan sempadan. menonton sebagai hiburan dan jadikan pengalaman orang lain sebagai panduan kehidupan...kerana kita harus melangkah ke depan yang tidak pasti apa yang bakal menanti di hadapan sana.....selamat menonton...

Friday, November 13, 2009

perkahwinan

assalamualaikum, wah..edisi perkahwinan ke apa aku ni? hehehhehhee...saja je..sbb musim cuti sekolah banyak dpt jemputan kahwin...mana yang sempat p insyaallah aku p sbb balik kampung masa raya haji...kalau kebetulan hari tu jatuh waktu ku masih di kelantan, akan ku datang memeriahkan...insyaallah..memenuhi undangan itu besar pahalanya... aku macam biasa...lali dengan soalan cepu emas yang x berapa sedap di dengar. bukan x mahu kawin...belum sampai waktu dan tikanya je...kita merancang, Allah merancang, namun perancangan Dia lebih tepat kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik di antara yang terbaik buat kita hamba yang lemah ini. memilih? sudah semestinya, kerana bagi diri yang bernama ct asmah ini, perkahwinan itu satu kehidupan..dan jika diizinkan...biarlah ia kekal hingga ke syurga nanti. kahwin itu satu ikatan...yelah, kita nak kahwin, hidup sebumbung, berkongsi suka duka bukan sehari dua...jika boleh pasangan kita biarlah satu, dunia dan akhirat ( tamak ke ni?pendapat semata-mata)

kalau x kena pilih, lain yg jadinya....kadangkala bercinta nampak manis segalanya. semua ok je di mata...manis pada pandangan..walaupun hakikat x logik dek akal. cinta itu buta....padahal kita yang membutakan mata dek kerana cinta. kadangkala kita perlu merenung...menilai cinta dan memilih menggunakan mata hati..tapi anak remaja selalu ckp..'susah kak, saya betul2 cintakan dia' walau hakikat terang lagi bersuluh, si mamat tu penipu, curang. kalau mcm tu...akak pun x blh tlg sbb kamu yg x mahu tlg diri sendiri, paksa diri lawan rasa cinta tu. jangan membiarkan nafsu menguasai diri. kalau kita kuat, kita boleh kawal rasa itu...memang nampak mudah sbb yang bercakap x menanggung apa yg di rasa....bercakap guna air liur, tak perlu bayar..memang mudah yang amat....tapi kita kena kuatkan semangat, yang penting kuatkan keimanan dalam diri....tak di nafikan susah kalau berbicara bab cinta, hati dan perasaan. sebab kekadang rasa suka dan benci datang tanpa di undang walau di paksa. tapi kita selaku hamba Allah yang mengaku diri ini beriman, jangan mengorbankan keimanan diri hanya kerana cinta...Allah berikan apa yang selayaknya untuk kita.




Allah berikan apa yang selayaknya untuk kita? aku selalu ingatkan diri begitu. inginkan pasangan yg baik, beriman...adakah aku layak utk itu? bukan ke lelaki yg baik hanya utk perempuan yg baik. so, nak dapatkan yg soleh, jadikan diri itu solehah terlebih dahulu....ni tak, mencari si dia yang baik budi, tapi diri sendiri sebaliknya...memang x dapat ler....
kalau di tanya bila nak kahwin? aku sendiri tiada jawapan yg pasti. sebab nak kahwin dengan sapa? orangnya tengah persiapkan diri untuk menjadi sang suami yang bakal membimbing diri ini menjadi muslimah solehah kot...hehehhe...amin..mudah-mudahan. kahwin? insyaallah...ia pasti jika itu ditentukan oleh Allah dalam takdir kehidupan ct asmah....aku hanya berdoa, semoga dipertemukan hamba Allah yang benar2 mampu membimbing diri menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa...amin....doakan juga yea semua....hehhehehehe.....