Tuesday, October 6, 2009

my bestfriend kawin...

hari ni aku dapat cd daripada jenny....cd majlis perkahwinannya. dia udah kawin bulan 5 thn 2009...kawin x cakap kat aku..memang nak kena jen ni....

tapi dia tetap hantar cd sebab aku x datang majlis nya...nun jauh di sabah bah...hehehe
akhirnya u kawin jen..tinggal i sorang2 ni..hehehheheehehe....

chin jenny, org pertama yang aku kenal masa mula2 lapor diri di BPFK. peramah sangat then suka senyum...kalau aku buli, dia akan buli balik...tapi cukup mudah percaya dengan orang...bahaya tau jen..hehehehehe...sejak dari situ kami jadi bestfriend. hari minggu, kalau kuar shopping ke...pasti dgn jen..dah macam couple...hehehehhehehe..

tapi jen mintak pindah balik ke sabah..so kami terpisah. first week jen balik sabah, aku dah demam...hani siap perli lagi...memang aku demam rindu. sebab dah biasa dengan jen...pagi2 aku ambik dia kat umah, balik pun sama-sama...bila dah biasa, jadi tabiat pulak...so, bila dia tiada jadi macam lain, sebab tu aku demam. masa hantar dia ke KL sentral...jen mintak di peluk, tu yang buat aku sayu nak pisah.

lama-lama, jadi ok ler...hehehehehehehehe....skrg jen dah jadi isteri orang. akhirnya u kawin jugak dengan benny yea..hehehehehehe..tahniah jen, moga kekal ke anak cucu....moga bahagia sentiasa...

kenangan terindah di biro adalah bila saat mengenal CHIN JENNY....

(dah jadi jiwang aku ni.....cukup.....hahahahahaha)


































































sahabat x mengenal usia, jantina mahupun agama...jadilah sahabat yang sentiasa bersama menemani suka dan duka...sayangilah sahabat sepertimana kamu sayang diri sendiri.....

Saturday, October 3, 2009

salam

salam..

lamanya x tengok blog sendiri ni...sibuk? x jugak. cuma bila balik dari opis, dah letih, tambahan aku mula mengantikan puasa yang ku tinggalkan masa Ramadan hari tu. Alhamdulillah, ini hari ke 5, tinggal lagi 2 hari. Semoga aku di beri kekuatan dan kesempatan untuk membayar hutang ini. Aku biasanya akan terus mengantikan puasa yang tertinggal..sebabnya selagi aku tak ganti, hati ni tak tenang. aku selalu membayangkan, bagaimanalah aku nanti nak berjumpa Allah dengan hutang tak terlangsai ni. hutang dengan Allah...lagipun kematian kita tak tahu bila ia nak datang. aku cukup takut bila pikirkan semua itu, sebab tu aku akan terus ganti puasa yang terrrrtinggal.

open house? plan dengan mija (my housemate) nak buat open house next week. insyaallah. lagipun rumah kami jarang terima tetamu. bila dah kerja, kuar pagi, balik petang, kalau mija, balik malam...bila masa orang nak datang. tetamu kan membawa rezeki. hehehe

sekarang ni berlaku bencana alam. gempa yang kuat di Indonesia, aku turut rasa di Puchong. may be sbb aku dok tingkat 3, gegaran tu terasa. tak rasa shaking pun, just rasa macam beralun, rasa pening. x syak apa sampai ler mija sms cakap dia kena kosongkan bangunan sebab gegaran. tengok berita, ada tsunami dan gempa di Indonesia. sayu tengok berita, ramai yang terkorban di Padang. masih ramai bawah runtuhan. sekelip mata je, suma kediaman musnah. Peringatan Allah kadangkala dalam bentuk musibah. mungkin kita jauh dariNya, atau melupakanNya. maka Dia datangkan ujian agar kita kembali padaNya. Kadangkala kita lupa akan kebesaran dan kekuasaan Allah. Sekelip mata saja, Dia boleh memusnahkan apa jua jika Dia inginkan. Tapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Mungkin ada hikmah sebalik tragedi ini. Manusia akan lebih bertaqwa padaNya, manusia akan kembali ke jalan yang benar dan yang lebih penting, ujian Allah itu datang kerana Dia ingin mendidik diri kita erti sabar dan ikhlas menerima qada dan qadarNya.

Ujian Allah itu diberi setimpal dengan kemampuan hambanya. Dia tidak akan memberi ujian terhadap kita jika Dia tahu kita tidak mampu menanggungnya. Dia memberi kita ujian kerana Dia Maha Mengetahui, Dia tahu kita boleh hadapinya.

Semoga Allah memberi cahaya kekuatan iman pada mereka2 di bumi Indonesia yang di landa gempa ini. semoga ujian ini akan memberi mereka kekuatan untuk membina keyakinan dan keimanan mereka terhadap Allah swt.

kita di bumi malaysia ini, harus tahu erti syukur atas apa yang kita miliki. janganlah menyombong atas apa yang kita ada kerana tiada yang kekal di dunia ini. semua yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah. Dia berhak memberi dan berhak menarik balik apa yang dipinjamkan. jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas nikmatnya, dan selalulah dekati Dia yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ingatlah, tidak selamanya kita di dunia ini. Dunia hanyalah persinggahan untuk mengutip bekalan ke negeri akhirat yang kekal abadi. wallahu'alam