Saturday, September 26, 2009

salam lebaran




alhamdulillah, akhirnya aku dapat beraya dengan keluarga terrrrrrrrcinta kat kampung pintu geng, kota bharu, kelantan...
masa nak blk pagi sabtu (sehari sblm raya), kesesakan bermula dari tol gombak...mmg teruk, kereta bergerak dgn kelajuan 20 km/j...so, bayangkan nak sampai ke bentong, agak2 lama tu....so, aku dgn hafiz buat keputusan kami balik melalui LPT, ikut kuala berang, terengganu...alhamdulillah, jalan ok walaupun perjalanan ikut laluan itu jauh berbanding gua musang-kb. Jauh xpe, janji selamat sampai dan x sangkut dalam kesesakan.

pagi raya, suma family berkumpul, kecuali kak shikin je, thn ni raya kat sabah (x cuti lama). tapi, tetap happening...maklum ler, bila suma berkumpul..kecoh satu umah.
pagi raya makanan biasa kami, roti jala, nasi himpit...biasa, malam raya kami dah mula menjala kuih..sbb pagi raya suma sibuk nak ke masjid. cuma thn ni aku x turut serta membuat kuih dan persiapan pada mlm raya...aku demam sikit malam raya (huhuhuhu, sedih)

pagi raya, kecoh bila si kecik bersiap dgn baju raya, yang dewasa sibuk menyiapkan diri (time raya suma pakai cantik-cantik sebab nak ambik gambar) ehehehehehhehe...
dah siap sembahyang raya, sesi bermaafan..bersalaman...."beratur ikut giliran" mak lang memberi arahan....beratur panjang tu...hahahha

abah dah mula menitiskan air mata...makin sayu bila masing-masing mohon ampun dan maaf...(mata suma berair mata..hahahaa)...tapi abah ler yang paling ketara..abah, mintak ampun, halalkan makan minum.... :-)

dah selesai bersalaman..time ni ler anak saudara aku plg syok...kutip duit raya. mak diaorg mmg dah ajar siap2...salam, ambik duit raya dengan makcik-makcik ni. che sue dgn che nah je yg masih dpt duit raya...banyak lak tu....ma, abah dgn tok mek pun dapat duit raya gak....

dah selesai...kami pun mula berziarah ke rumah makcik dan saudara mara....

best tul dapat beraya dengan org tersayang, x kiralah mana pun tempatnya. lagi best kalau beraya di rumah sendiri...hehehehe...cuma thn ni xde baju raya, x sempat nak beli...hehehehehehe....

dah habis raya...jangan lupa posa 6, ganti puasa yg tertinggal...hehehehehehe....
salam lebaran buat suma.......

SALAM AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fir "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.



Thursday, September 17, 2009

foto kat dalam MT2

mid...jiran sebelah meja...nasib ler mid....jadi jiran akak.....

mesin ni namanya CAMAG...TLC....utk analisis....

mid buat keje...sambil senyum....dia ni mmg pemurah dgn senyuman...tu yg ramai peminat...

raya....salam aidilfitri

salam aidilfitri...

esok hari jumaat, rasanya ramai yg dah mula bercuti kat PKK....kat spps pun sunyi sepi. tapi esok kami dapat pelepasan awal...keje sekerat hari...bestnya.....dewi, jgn mare...u kena stay smp 4.30 ptg...kuikuikuikuikui....

dari dua hari lps lagi aku asyik dgn kamera..dah lama x guna sebetulnya. aku bawak p lab...habis suma org aku kandid aksi mereka...mid, jangan mare...nak raya ni. aku sebetulnya nak elak diri dari tension buat analysis..almaklum ler...buat melamine x kuar result, tu yg buat aku x happy...so, nasib ler sapa yg dok semeja dgn aku... aku akan 'kenakan' u all....

keje jgn tension, sebab banyak benda lagi nak pikir...walaupun sample x menjadi, aku masih sempat hantar 4 sample enforcement sebelum blk raya...janji meja aku xde baki sample yang x siap....nak raya wei.....

so...x sabar nak tggu pagi sabtu...insyaallah nak bertolak blk ke kelantan. nak raya + cuti ( sbb dah lama x ambik cuti )

kg pintu geng, tunggu aku pulang....hahhahahahahahaha.....

pada yg semua org..aku mintak ampun dan maaf atas silap dan salah aku. sapa yg selalu kena buli tu,mintak maaf byk2...buli sayang tau..heheheh...halalkan apa yg termakan, terminum, terambik....kalau aku ada hutang kauorg...dtg mtk tau, sbb rasa xde hutang, kecuali dgn PTPTN,MARA dan EON bank je....hahahhahahaha...
salam aidilfitri buat suma.....aku sayang kamu suma................

Saturday, September 5, 2009

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah

Apabila di sebut Ramadan, ianya agak sinonim dengan zakat fitrah. Ianya begitu sinonim kerana ia di tunaikan atau dilakukan setelah bermulanya puasa Ramadan dan sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Zakat fitrah berbeza dengan zakat harta kerana zakat harta di tunaikan sepanjang tahun tanpa had masa tertentu, sedangkan zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan Ramadan dan tempoh waktunya sahaja.
Jika ke supermarket atau pasar-pasar Ramadan, kelihatan banyak meja di buka untuk memudahkan orang ramai menunaikan kewajiban membayar zakat fitrah yang hanya di wajibkan setahun sekali sahaja, iaitu di bulan Ramadan. Maka, jangan cipta 1001 alasan mengapa kita tidak sempat atau tidak boleh menunaikan kewajiban kita sebagai orang Islam ini.

Jom, kita berkongsi idea mengenai ZAKAT FITRAH yang telah diwajibkan ke atas kita yang mengaku hamba Allah yang Islam, yang benar-benar patuh pada perintahNya…..

Kadar Fitrah
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras atau senilai dengannya (ijtihad) berdasarkan makanan asasi sesebuah tempat. Jika di Malaysia, beras merupakan makanan asasi, maka darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg untuk menyamai zakat fitrah ini. Di negara kita, untuk memudahkan masyarakat, kadar zakat fitrah ini di bayar atau di tunaikan dalam bentuk wang berdasarkan perkiraan makanan asasi tersebut.

Di Malaysia, kadar zakat fitrah juga berbeza di setiap negeri, bergantung kepada harga beras yang biasa di makan oleh penduduk setempat. Berikut adalah kadar yang di tetapkan oleh negeri masing-masing:

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
Sarawak dan Perlis – RM6
Zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan):

Sumber : BERNAMA


Syarat Zakat Fitrah
1. Islam
2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan
diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari
siang dan malam Hari Raya itu.
3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal
dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari
terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
4. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan
berkekalan Islamnya.


Kewajipan zakat fitrah
1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga
tanggungannya.
2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang
itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1) Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit
matahari esoknya.
2) Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
3) Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
4) Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada
satu Syawal.
5) Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Bila menjelangnya hari lebaran, umat Islam akan bergembira menyambut hari kemenangan ini setelah sebulan berpuasa. Dalam memastikan golongan asnaf dan orang miskin ini turut merasai kegembiraan dan nikmatnya menyambut lebaran, zakat fitrah ini di wajibkan. Ianya bertujuan untuk membantu golongan ini berkongsi kegembiraan dalam menyambut aidilfitri. kita sebagai hamba Allah yang mempraktikkan dan menjadikan Islam agama yang luhur murni,indah, fitrah perlulah hidup dalam berkasih sayang, membantu antara satu sama lain kerana Allah Taala...kerana setiap orang Islam itu adalah besaudara.....wallahu'alam

SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH....




"RASULULLAH SAW TELAH MEWAJIBKAN ZAKAT FITRAH, UNTUK MEMBERSIHKAN ORANG YANG BERPUASA DARIPADA UCAPAN YANG TIADA MANFAATNYA DAN KATA-KATA YANG KOTOR, SERTA UNTUK MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA ORANG-ORANG MISKIN" (RIWAYAT ABU DAUD)