Monday, July 27, 2009

bulan syaaban

Syaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Ini adalah bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari air bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas). Pada malam kelima belas adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad s.a.w. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.

(rujukan dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)

jika dilihat masyarakat sekarang seolah membudayakan perkara yang sunat..seolah memberatkannya seolah menjadikannya wajib...kadangkala kita sering mengambil mudah akan hadis-hadis yang di sebarkan tanpa usul akan kebenarannya. di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat penting yang saya dapat di laman blog seorang hamba Allah bernama Mohd Erfino Johari.

dari laman blog beliau..banyak perkara boleh di rujuk dan di kutip bersama....layari laman blog beliau....http://erfino.blogspot.com/....buat Saudara Mohd Erfino...terima kasih untuk perkongsian maklumat penting ini agar dapat sama-sama membuka mata ke arah kebenarana....wallahu'alam

KHUTBAH JUMAAT 45 – 7 SEPTEMBER 2007

BERIBADAH BERLANDASKAN KEFAHAMAN


Taqdim

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Saya berpesan kepada diri sendiri dan menasihati saudaraku muslimin, marilah kita bertaqwa kepada Allah, memperkemaskan pengertiannya dalam diri, mempertajamkan maksudnya menerusi amalan, memperkukuhkan kesannya dalam kehidupan. The concept—even the actual word—of Taqwa (piety) is unique to the Qur’an and the religious system of Islam. Its comprehensive meaning encompasses the spiritual and material; its roots are established in this world, while its branches, leaves, flowers, and fruits are located in the Hereafter. One cannot understand the Qur’an without considering the meaning or content of the fascinating and wonderful concept of Taqwa (piety), and one cannot be muttaqi (pious) if one does not adhere consciously and continually to the practices and concepts outlined in the Qur’an.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Allah berfirman dalam surah as Syura ayat 10 bermaksud “Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).

Berusaha memastikan sesuatu amalan itu benar ataupun salah, sahih ataupun dhaif adalah suatu tuntutan di dalam agama. Umat Islam dilarang menjadi mengikut membuta tuli, menurut sahaja apa yang dikatakan sunnah , tanpa membuat tugasan kendiri tambahan bagi meningkatkan ilmu agama. Nabi saw bersabda : Maksudnya : “Sesiapa yang mengamalkan satu amalan, yang bukan daripada urusan kami, maka ianya tertolak.” Keberadaan Rejab dan Syaa’ban sebagai salah satu bulan daripada bulan-bulan dalam kalendar hijriyyah tidak ada mana-mana ulama yang mempertikaikannya. Bukan ini isunya. Isu utama dalam persoalan kedua-dua bulan ini adalah mengkhususkannya dengan sesuatu amalan tertentu yang Nabi saw tidak mengkhususkannya. Demikian juga tindakan menisbahkan suatu perkataan kepada Nabi saw, sedang baginda tidak pernah menyebutnya. Bulan Rejab contohnya, satu daripada bulan-bulan yang diharamkan yakni dimuliakan, selain dari Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ianya juga kerana 4 bulan ini diputuskan adanya gencatan senjata, tiada peperangan dibenarkan, lalu ianya dimuliakan dengan makna tiada sebarang pertumpahan darah atau jiwa terkorban. Amat rugi sekiranya umat Islam mengkhususkannya dengan puasa pada setiap tahun, sehingga orang awam dan orang yang tidak ada pengetahuan agama menyangka zahirnya puasa dalam bulan Rejab dan Syaaban yang ianya adalah wajib seperti Ramadhan. Kita juga tidak mahu tiba ke tahap di mana amalan seperti puasa pada minggu pertama Rejab, pada pertengahan Syaaban dan sebagainya disangka oleh orang awam yang ianya sunnah yang thabit, atau Rasulullah saw telah mengkhususkannya seperti sunnah-sunnah rawatib yang lain. Juga sudah sampai masanya dikikiskan daripada budaya pemikiran orang awam bahawa puasa pada bulan Rejab dan Syaaban adalah suatu yang dikhususkan dengan kelebihan pahala berbanding bulan-bulan yang lain seperti puasa ‘Asyura, dan seperti kelebihan solat akhir malam berbanding awal malam. Sememangnya Rejab menyaksikan kehebatan peristiwa Israk dan Mikraj, peperangan dan pengajaran Tabuk pada tahun kesembilan Hijriyyah, namun ibadah sunat dan pertimbangannya perlu disamaratakan pemberatannya bagi bulan-bulan Islam yang lain. Dalam hal ini, Ramadhan yang akan kita sambut seminggu lagi sememangnya tersendiri dari sudut hukum kewajipan dan kelebihan pahala, berdasar hadith warid dan sahih.

My muslim brothers

Worship is an indispensable part of all religions. It is motivated in each religion by different objectives, assumes different forms and is performed under different set of rules. In some religions worship is a means to develop in man the attitude of harshness and isolation from life. In these religions , worship , seeks to develop a mentality which makes the enjoyment of the pleasures of this world as hateful and sinful thing. There are also other religions which designate certain places for the sake of worship and prohibit its performance at any other place. There are also religions where worship can be performed only under the leadership of the ordained priests or monks. Therefore, people may perform worship under the leadership of priests and only at the place devoted for it. As Muslims, we say every time we pray while reciting Al-Fatihah " You alone we worship . Our solah is part of our Ibadah to Allah. Ibadah according to Islam , is a mean for the purification of man’s soul and his practical life of sin and wickedness. In Islam, the concept of worship is related to its fundamental view that the true foundations of a good life are soundness of belief and thinking, purity of soul, and righteousness of action. Through Tawheed, or the belief in the oneness of God , Islam seeks to cleanse human intellect of the filth of idolatry and superstitious conceptions.

Muslimin rahimakumullah

Sayyid Sabiq di dalam Fiqh al-Sunnah berkata : “Dan puasa Rejab tidak ada baginya kelebihan tambahan dari bulan-bulan yang lain, melainkan ianya termasuk dari bulan-bulan yang diharamkan (dimuliakan), tidak terdapat di dalam sunnah yang sahih, puasa di dalamnya ada kelebihan yang khusus, dan adapun apa yang ada (daripada hadith-hadith) tentangnya adalah yang tidak boleh dijadikan hujjah dengannya.” Manakala Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Majmu’ al-Fatawa berkata: “Adapun puasa Rejab dengan pengkhususannya, maka hadith-hadith tentangnya semuanya lemah, bahkan palsu, tidak dipegang oleh ahli ilmu satupun dari semuanya, (hadith-hadith itu) tidak termasuk dalam hadith-hadith lemah yang boleh diriwayatkan dalam bab kelebihan, bahkan kesemuanya termasuk palsu dan dusta.” Isu bulan Rejab mahupun Syaaban adalah isu mengkhususkannya dengan ibadah-ibadah tertentu seperti puasa, umrah dan yang seumpama degannya yang terdiri dari ibadat-ibadat yang memerlukan dalil dari al-Sunnah untuk mengkhsuskannya. Apabila tidak ada dari al-Sunnah, atau jika adapun semuanya adalah lemah dan palsu, maka perbuatan mengkhususkan ibadat tersebut adalah suatu yang terlarang. Ini kerana mustahil manusia dapat mengkhususkan sesuatu amalan di sesuatu tempat dan masa melainkan mesti melalui petunjuk Nabi saw.Berpuasa di dalam bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa dalam bulan-bulan Haram yang lain iaitulah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Menerusi majlis-majlis ilmu, info sebegini diharapkan dapat dikongsi dan difahami bersama. Antara amalan yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ iaitu rekaan semata-mata, sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar cendekiawan Islam. Perlu ditegaskan bahawa amalan sunat seperti puasa, tilawah al Quran, solat rawatib amat digalakkan dalam Islam. Namun, dasarnya ialah jangan pula difokuskan hanya pada hari dan masa tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian, boleh juga boleh dilakukan secara berkumpulan, kerana apabila sesuatu perkara yang baik dilakukan secara berkumpulan, ianya akan memperkuatkan azam individu dan menjadi langkah pertama yang baik untuk memperkukuhkan amalan-amalan sunat itu apabila bersendirian.

My fellow jum’ah prayers

Islam has liberated "worship" from the bondage of intermediaries between man and his Creator. Islam seeks to create a direct link between man and his Lord. Religious scholars in Islam are not intermediaries between man and God nor they are considered to be entitled to accept or reject acts of worship on behalf of God. They are equal to ordinary human beings in the sight of God. It also liberated it from confinement to specific places. Islam regards every pure place as good enough for the performance of worship whether the place is one’s home, office, in an airplane, the board of a vessel, or a mosque. The Prophet has expressed this idea beautifully when he said:"The whole earth has been rendered for me a mosque-pure and clean." Islam has considerably widened the scope of worship. It is not confined to specific prayers which are to be performed on particular occasions. Islam considers every virtuous action which has been sincerely performed and with the view to carry out the commandments of Allah and in order to seek His Pleasure , an act or worship which will be rewarded. Eating , drinking, sleeping and enjoyment of innocent recreation and even those sincere actions which satisfy man’s life needs and facilitate it become acts of worship provided they are performed with true religious motives. Manusia memberikan pandangan masing-masing, ini biasanya membawa kepada kerencaman cara dan alternatif menangani permasalahan dan isu. Yang terbaik adalah kembali kepada rujukan utam iaitu al Quran dan as Sunnah. Firman Allah dddalam surah an Nisa’ ayat 59, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Barakallahu li walakum

Mohd Erfino Johari

erfino@masduke.net

Sunday, July 26, 2009

catatan hati nik nur madihah


dalam perjalanan ke cheras, aku sempat singgah di kedai buku Amcorpmall. Mak tam memesan buku "catatan hati nik nur madihah"...lama aku di kedai buku popular mencari buku yang di pesan, namun tidak kelihatan. untuk bertanya pada pekerja di situ, tidak kelihatan pula. Sebelum ini aku pernah melihat buku tersebut di rak buku sebaris dengan buku-buku HM Tuah dan buku motivasi yang lain. mungkin aku perlu ke mid valley, memenuhi permintaan mak tam di sabah untuk memiliki buku ini. sebaik saja membayar harga sebuah novel yang ku beli, mata ini terpandang akan buku yang di cari...alhamdulillah, rupanya di letakkan di ruangan depan kaunter, mungkin ia laris, maka di letakkan di ruang hadapan....

penulis buku ini ummu hani. aku suka mampir di blog beliau, membaca tulisannya yang berkesan di hati.

Nik Nur Madihah...begitu rendah diri dan istiqomah dalam melakukan sesuatu. Rasa kerdilnya diri berbanding adik yang muda ini. Puasa sunat dan solat sunat seolah sebati dalam dirinya. Begitu istiqomah..sudah mula berpuasa sunat seawal darjah 6....ini cukup menggambarkan beliau begitu kuat pegangan agamanya.

apa yang lebih membanggakan...kesempitan hidup tidak pernah mematahkan semangatnya malah itu bukanlah musuh yang mampu merobohkan semangat dan keyakinannya. Malahan itu membuatkan azamnya untuk berjaya makin berkobar-kobar. Hidup yang bahagia di kecapi apabila kita tahu makna dan erti bersyukur atas apa yang kita miliki....malah harta yang menimbun kadangkala membuat kita alpa dan lalai dalam kehidupan.

Cara didikan dan asuhan ibubapa beliau penyumbang siapa dirinya sekarang....ayahnya yang begitu bersederhana...malah selalu menerima apa jua pemberian Allah dengan penuh kesyukuran. Begitu yakin akan ketentuan Allah...selalu meletakan urusan pada Allah...dia sekadar berusaha, Allah penentu segalanya.

Hablu minallah hablu minannas...menjadi landasan dan prinsip hidupnya....hidupnya kaya dengan sifat syukur dan sikit pun tidak mengeluh akan kemiskinan..beliau benar-benar boleh di jadikan model dan contoh wanita solehah..anak yg soleh..yang perlu diikuti oleh anak remaja sekarang kini....

di dalam buku ini Madihah turut mencatatkan sifat pelajar cemerlang....
  • menjaga hubungan dengan Allah
  • menjaga hubungan dengan manusia
  • mengutamakan pelajaran
  • meningkatkan kemahiran diri
  • dan perlu ada prinsip diri
kepada yang belum mendapatkan buku ini, cepat-cepatlah dapatkannya. terutama pelajar sekolah. daripada catatan adik madihah, banyak tips yang boleh di ambil sebagai panduan untuk menjadi pelajar cemerlang di dunia jua akhirat....buat kak ummu...tahniah kerana akhirnya berjaya menyiapkan satu catatan yg benar-benar berkesan...untuk rujukan dan manfaat bersama.

"orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW...Janganlah anda mengalah wahai teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan mengucup kejayaan dunia dan akhirat"

Saturday, July 25, 2009

ziarah

hari ni aku ke rumah iza..janji kena tunaikan....
aku x biasa dengan jalan ke cheras..so, turun lebuhraya persekutuan...ke cheras...walhal dari puchong dekat je nak ke cheras...xpelah...janji x sesat....


lupa hari ni sabtu, jam 12 baru kuar rumah...jalan raya x payah cakap....KL dengan kesesakan bagaikan irama dan lagu....memang x dapat dipisahkan....konon nak elak jam...aku belok ke kelana jaya...Ya Allah...sesaknya SS2. xpelah...memang dah jangka...tapi aku cepat je rasa nak marah sebab kesesakan...tetiba teringat pada kata-kata ustaz...kadangkala kesulitan itu terjadi kerana Allah nak ajar kita erti sabar....istighfar sekejap...lega rasanya. itulah aku hamba yang lemah...amarah sering menguasai diri...sering lupa..aku perlu melawan itu semua, belajar bersabar..bukan ke sabar itu separuh daripada iman...aku pasang cd nasyid, buat-buat lupa akan kesesakan lalu lintas, akhirnya aku sampai ke destinasi yang ingin di tuju....cheras...bukan...aku mahu singgah di Amcorp mall. mahu ke kedai buku..membeli buku yang di kirim mak tam ...."catatan hati nik nur madihah"

katanya di sabah susah mahu dapatkan buku ini..alhamdulillah, buku itu ada di jual di kedai buku popular. aku pula hajat di hati mahu membeli buku terbaru fatimah syarha.."pemilik cinta setelah Allah dan rasul", malangnya aku x ketemu di kedai buku popular. mungkin stok belum sampai...nampaknya aku perlu ke MPH...tapi aku perlu teruskan perjalanan ke bandar cheras....
sempat ku singgah di giant membeli sedikit buah-buahan untuk di bawa ke rumah iza. adat bertandang ke rumah orang...bawalah lah buah tangan...

jam 2.30 aku sampai di bandar mahkota cheras....

sebetulnya baru minggu lepas aku berjumpa iza..tapi kunjungan kali ini sebab aku telah berjanji untuk melawat dia di rumah...mahu melihat irfan..permata hati iza dan suami....comelnya irfan..mata bulat...hehe
irfan aku tengok tidak banyak meragam...menangis pun sesekala bila minta susu...comelnya baby...betullah kata orang...tengok baby boleh membuatkan kita rasa tenang...tambah lagi bila baby tu senyum..comel.
dalam paling ketara..sikap iza sekarang..penuh keibuan...bila dia mula bercerita mengenai irfan, mata dia bersinar-sinar....tengok dari gaya dan cara dia melayan irfan..membuktikan irfan adalah segalanya...seronok bila lihat sahabat kita gembira dengan kehidupannya...ku jua tumpang gembira....anak adalah anugerah dari Allah, amanah dari Allah...bayi suci yang tanpa dosa ini..ibubapalah yang mencorakknya...ada dua jalan..baik dan buruk...dalam dunia yang penuh mencabar, dunia tanpa sempadan...mendidik anak adalah satu amanah yg cukup berat...ibubapa perlu gigih melaksanakannya....anak yang berkualiti..susah untuk di lahirkan. insyaallah, rumah itu syurga..jika cahaya nurNya menyinari rumah dan isinya...insyaallah..anak yang hidup dalam lingkungan itu turut mendapat tempias nur tersebut. semoga irfan akan menjadi anak yg soleh dan khalifah Allah yg berjaya dunia dan akhirat....amin.

ammar irfan...permata hati iza dan suami


Wednesday, July 22, 2009

muhasabah diri

salam seindah kasih dan cintaNya.... penatnya ku rasa hari ni. mungkin kerana banyak kerja di makmal..atau banyak yang aku fikirkan. entahlah...kadangkala aku merasakan terlalu banyak perkara yang ingin di lakukan. namun masih belum dilaksanakan...kita perlu merancang..tapi perlu lebih gigih berusaha untuk melaksanakan perancangan itu...jangan jadi mat jenin...hanya angan-angan. tapi dari angan-angan bermulanya sesuatu kenyataan. angan-angan pemula kepada impian. impian merupakan hala tuju...dan hala tuju merupakan semangat dan usaha untuk merealisasikannya....selitkanlah kesungguhan dalam melakukan sesuatu...usaha dan kemudian tawakal padaNya....insyaallah...Allah Yang Kuasa akan bersama hambanya yang berusaha. tapi..bagaimana jika impian dan cita-cita itu tidak menjadi kenyataan? adakah tidak cukup usaha? adakah Allah tidak meredhai usaha itu? adakah aku gagal?lemah?kenapa???????????? jangan putus asa wahai diri...teruskan melangkah dengan penuh kesungguhan dan tawakal. Allah datangkan petir dan hujan, kenapa Dia sembunyikan sinaran matahari? rupa-rupanya Dia ingin hadiahkan pelangi yang indah menawan....selalulah berbaik sangka dengan Allah. Dia hanya berikan apa yang terbaik buat hambanya....tiap apa yang terjadi pasti bersebab. ada hikmah di sebalik kejadian itu. kita merasakan itu kepedihan, walhal itulah yang terbaik buat kita kerana Dia ingin berikan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan....

bila Allah cepat mengabulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
bila Dia lambat mengabulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
bila Dia tidak mengabulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
oleh itu,sentiasalah berbaik sangka pada Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....


aku cukup suka membaca tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Banyak ilmu dapat di kutip dalam tiap tulisan beliau...seringkali membuat aku berfikir...siapakah aku yang sering kali mengaku hamba Allah ini....hamba Allah dalam erti kata bagaimana? artikelnya mengenai pandangan hati membuatkan mindaku mula berfikir...pandangan paling tepat dan hakiki kerana hati tidak mungkin menipu diri sendiri....bila berbuat jahat, hati seringkali berbisik...kekesalan....apa yang penting jagalah kebersihan hati dan kesuciannya kerana ia mampu membentuk jati diri yang seringkali mengaku hamba Allah ini.....agar menjadi hamba Allah yang benar-benar hamba yang patuh pada Tuannya.....

hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah s.a.w sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila ditanya, apakah itu dosa?Baginda menjawab:"Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak...(petikan dari blog Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)

jika kamu gagal, sedih dan di sakiti...ketahuilah, Allah sedang mendidik dirimu mengenai erti sabar....jangan mengeluh dan berburuk sangka dengan ketentuanNya...selalulah melihat sesuatu yang positive dalam tiap kejadian.....Allah sentiasa bersama dirimu.....jangan lupa itu wahai diri.

Sunday, July 19, 2009

segamat....durian..tunggu aku dtg ni...hahaha

salam
sampai je puchong...aku terus bersihkan diri..solat dan terus tido...penatnya perjalanan...(walhal bukan aku yg pandu kereta...). sbb jadi penumpang ler aku rasa penat. aku ni cepat pening kalau jalan jauh...kalau x kena gaya, muntah le dlm kete...pening kalau x tgk jalan raya....hehehehehe...lembik....

ok...citer trip ke segamat....kami (along n family) bertolak dr puchong jam 10.30 pagi hari sabtu. alhamdulillah, jam 1 sampai bukit kepong segamat. dalam perjalanan (kat highway) ada ler satu motor ni, x tau ler berlanggar dengan apa. kami tgk penunggang motorsikal tu dah terbaring di bawah motornya. nasib baik ada peronda yang berhentikan kereta dan bg signal ke kiri...penunggang motor yang malang tu jatuh betul2 kat link laju....kalau nasib dia x baik, kereta belakang mst langgar kepala dia...nauzubillah....x tau ler apa nasib penunggang motor tu....semoga dia selamat.

em..lps tol pagoh...kami menghala ke bukit kepong....sepanjang jalan di deretan umah kampung....buah rambutan merimbun...merah, kuning...lebatnya...kat KL nak tengok buah rambutan, kena p pasar....hehehehehe....x sabar nak sampai umah angah. dia sebetulnya xde dusun buah pun. tapi katanya kat situ senang nak dapatkan buah-buahan sbb semua orang kampung ada pokok buah...nak jual murah sangat...so, sapa yang nak makan p je kutip....tu yang buat kami lagi teruja nak cepat sampai sana....hehehehehe....

sampai je kat bukit kepong....masuk perkarangan umah angah....dah bau sesuatu yang wangi...kuat sangat baunya.
rupanya bau buah kemang...(macam buah binjai). kat umah mak jah (jiran angah) boleh di lihat betapa lebatnya pokok buah kemang mengeluarkan buah....pokoknya tinggi...rasanya x boleh panjat sebab tinggi sangat cam pokok kelapa. tp dari jauh boleh tengok lebatnya buah kemang....kami x pernah tengok, apatah lagi makan buah ni. mungkin kat johor je ada kot....sebijik macam buah binjai tapi rasanya manis kelat...binjai masam..kena makan dengan garam.

em..letak je beg...minum air, kami ke belakang umah...pokok rambutan. lebatnya....paling best, petik dan terus makan....makan bawah pokok tu yang seronok....banyak masuk mulut dari masuk beg plastik....hehehehe...

petang tu angah belikan buah manggis dengan durian....maklum ler, xde kebun buah. kena beli, cuma harganya murah sangat....durian, sekilo RM1...rasanya fresh..durian kampung. walaupun isi x banyak (durian kg, biji lebih besar dari isi) tapi rasanya sedap...bila dah tengok manggis...durian aku tolak tepi...sebab manggis buah kegemaran ku. hehehehehehehehehe.....asyik mkn buah je...sampai dah x mau makan nasi....gila buah ni....hahahhaha

malamnya baru kami kenduri durian...along paling suka buah durian....hehehehe...nasib baik xde pulut..kalau x bertambah makan pulut durian...esok x larat nak bawak kete balik KL...hehehehehehe.....

dok pikir2 macam mana nak bawak blk durian dengan manggis yg banyak ni. bonet kete x muat nak isi suma ni. dengan rambutan lagi....so, along dengan kak long pun mulakan misi...kopek durian ambik isi je, masuk bekas. hehhehehe...nak jimatkan ruang dalam bonet....satu bekas untuk bawak blk, stu bekas untuk hantar pada hafiz di UPM....cuma manggis je x boleh bawak banyak...x muat nak isi kete....huhuhuhuuhuhuhuuhu....

em...mmg puas hati betul makan durian dengan manggis...sampai dah x mahu tengok buah durian..hehehehe..(sbb dah pening durian) hehehehe...smp puchong along agihkan ke jiran2...sama2 merasa...aku x berani makan buah rambutan banyak....makan tu tetap makan...cuma x sebanyak manggis...sbb nti takut masuk hospital kerana rambutan....(asma da.....)

berbaloi le penat pun...esok dah nak mula keje.....dah rasa malas ni...hahahhahaha.....apapun, puas hati sbb hajat nak makan manggis dah tercapai....makan sampai puas hati...(nafsu makan besar ni)....
bukit kepong....nti aku datang lagi....hahahhahahaha....


inilah buah kemang tu..manis kelat

durian kampung

manggis yang manis...

rambutan yang merimbun

pokok rambutan



anak sedara aku ni....kalau dah jumpa sesama mereka..kecoh

isi bonet kete..nak blk KL


malam sebelum tido sempat kenduri durian

Wednesday, July 15, 2009

ikan pari

artikel ini adalah dari email yang di terima dari seorang sahabat yg di forward daripada kwn kpd kwn kpd kwn..... hehehhehhehe..apapun...penghijarahan armada ikan pari ini cukup menarik dan ingin dikongsi dengan semua.....


PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI

Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan,
beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico .

Kejadian yang memukau ini dirakam ketika
armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.

Dengan meluncur di bawah ombak,
ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.

Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.

Katanya,
“Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi
dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin.

“Banyak jumlahnya… menjangkau ke ribuan angkanya!”

”Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter,
ia meliputi seluruh kawasan sekitar…

bukan sahaja di permukaan,
malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.”

“Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari
akan bergerak dalam satu angkatan.”

Bismillahirohmaniro him...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi
serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan

Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya) .”

(Asy-Syura 42:29)

Tuesday, July 7, 2009

SUNGAI GABAI

wah...bestnya dapat picnic...yang penting rehat minda kat sungai gabai....
sebetulnya kami ke asrama sepupu aku di hulu langat...kami memang plan nak picnic lepas tu. siap bawak bekalan makanan...hehehehe....
mula-mula ingat along nak berenti rehat kat tepi sungai sepanjang jalan ke sungai congak. last, dia belok kereta ke sungai gabai....jauh gak ke dalam dusun.....tapi memang relax je rasanya sepanjang jalan....nyaman dengan pokok-pokok buah-buahan....redup je....memang jauh beza dengan bandar KL....dusun buah-buahan, tambah musim durian ni....sepanjang jalan gerai menjual buah durian dengan manggis....kalau aku pun ada dusun di situ....syoknya, boleh makan durian kat dusun. hehehehe...

sampai je kat pintu masuk....kami di kenakan bayaran RM1 untuk satu orang...tempat rekreasi, hari sabtu...memang ramai orang.....x tahu nak bentang tikar kat mana.....dengan baju kurung (sebab p asrama..aku pakai ler baju kurung)..kami pusing-pusing cari tempat nak duduk. pusing punya pusing along cadangkan kami bentang tikar kat seberang sungai....air x ler dalam sangat.
aku apa lagi..p tukar pakaian....nak redah sungai ni...hahahaha....

cecah je kaki ke sungai...bestnya...nyaman, sejuk...nikmat betul. best air sungai...jernih cuma banyak batu...kena hati-hati takut silap langkah....alam ciptaan Allah memang indah...tenang je. sambil makan bihun dgn sandwich....dalam sungai....hehehehe...

paling happy anak saudara aku yg tiga orang tu ler...irfan paling happy main air. sampai terketar-ketar tapi x mau naik gak.....pijak batu sana sini...takut gak gelincir ke...

kalau aku budak kecik..memang dah lama aku rendam satu badan dalam air sungai. tapi kerana sebelah kami ada satu family lagi yang tengah mandi manda. segan nak main air lebih-lebih. hahahahahah.....apapun...best sangat dapat main air sungai......si irfan siap cakap nak datang lagi lain kali....heheheheh....

dalam perjalanan balik sempat kami singgah beli buah durian....makan best tapi bau dia buat aku sakit kepala....awal-awal dah deal dengan along, beli boleh tapi jangan letak dalam kete aku. sbb masuk kete along...aku beli ler buah durian....hehehehehe.....

cik teh....ayu tu....hahahaa

irfan memang suka dengan air

senyum nurin..mak jang posing ni...

irfan dengan nurin

nana si comel yang nakal

dah sejuk tu tapi masih mau main air

along tengah buat kepungan

batuan kat sungai yang jernih

mak jang...tengok je le budak2 main

MINYAK WANGI AURA

Keistimewaan Produk Auralife
  • Mempunyai pembuat minyak wangi sendiri (maker)
  • Mempunyai lebih dari 600 pilihan yang di inspirasi dari jenama terkenal dari seluruh dunia.
  • Bahan-bahan dan diformulasikan kebanyakan dari Perancis
  • Keharuman kekal di kulit setanding minyak wangi berjenama. Di baju (fabrik) pula boleh kekal selama beberapa hari.
  • Hanya menggunakan minyak wangi anda akan mendapat satu kaedah rawatan getaran tenaga aura yang di diformulasi, diadun , disuntik aura oleh master yang hebat.
  • Tiada alkohol dan mendapat kelulusan "Sure Halal" serta dipantau oleh Yayasan Dakwah Islam
    Sesuai digunakan semasa solat.
  • Demonstrasi yang luar biasa untuk membuktikan kehebatan produk ini.
  • Membantu keintiman suami isteri, memberi keyakinan diri, membangkitkan seri wajah , merubah sikap panas baran memberi ketenangan zahir&batin. Mencerdaskan minda dan IQ serta memulihkan tenaga semulajadi.

Minyak Wangi Aura Untuk Lelaki

• Melambangkan kehebatan lelaki
• Membuka keinginan seks serta keintiman suami isteri * memberi ketenangan zahir batin
• Memberi keyakinan diri serta senang didampingi * megawal kemarahan serta menstabilkan
Dan berkomunikasi hormon.
• Membantu merubah sikapkeperibadian serta mengatasi * mencergaskan minda dan iq serta mengatasi
• Sikap panas baran tekanan perasaan
• Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan * mudah mendapat idea serta pintar dan bijak
Daya ingatan.
• Memberi kesegaran akibat keletihan dan * menambahkan ketenangan serta merehatkan
Kelesuan. Fikiran
• Memulihkan tenaga semulajadi. * mengatasi tekanan perasaan
• Mendinding diri dari gangguan (makluk halus) * mendinding diri dari gangguan makluk halus.

Minyak Wangi Aura Untuk Perempuan

Melambangkan kecantikan kewanitaan - menaikkan seri wajah

Membuka keinginan seks - menyerlahkan keanggunan dan keayuan

Membantu keintiman suami isteri - memberi ketenangan zahir batin

Memberi keyakinan diri serta senang didampingi Dan berkomunikasi - megawal kemarahan serta menstabilkan hormon.

Menghilangkan perasaan gugup,murung serta mudah terkejut - memulihkan tenaga semulajad,menceriakan hidup- kesan dari wajah yang berseri

Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan - mengatasi tekanan perasaan.

Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan - menambahkan ketenangan serta merehatkan fikiran

Memulihkan tenaga semulajadi - mendinding diri dari gangguan makluk halus.

Kesan Minyak Wangi Auralife ke atas Medan Tenaga Badan Manusia

Menurut kajian pakar aura setiap sel dan organ di dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah berlakunya organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini , aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan , sel–sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.

Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit,badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit.hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dinuetralkan,badannya boleh pulih.

Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya,secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik , mungkin sampai ketahap memulihkan pelbagai masaalah(penyakit) atau menentang dan menuetralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. Jika berlaku begitu itu adalah kehendak Allah(tuhan) Auralife hanya merancang , berusaha dan beriktihar.(insyaAllah)








berjuang memang pahit kerana syurga itu manis

salam perjuangan.....

sukarnya menyatakan kebenaran apatah lagi mengajak kearah kebaikan. entahlah...untuk ungkapkan kebenaran dalam menegakkan sesuatu hal berkaitan agama dan kehidupan, aku terus di cop...ustazah....malah lebih sedih bila kawan sendiri mengejek kata-kata aku. walhal aku sekadar ingin mengingati antara satu sama lain. bila tidak menyatakan kebenaran, rasa bersalah. bila nyatakan kebenaran...juga di anggap menunjuk pandai...semua salah. maka harusnya bagaimana?

hati ni rasa sedih sangat bila kawan yang sentiasa bersama suka duka boleh mengejek. mungkin dia anggap itu gurauan. tapi bagi diriku...sedih yang amat..Ya Allah, kuatkan iman dan semangatku untuk menegakkan kalimahMu...walaupun pahit yang ku terima, asalkan ia di pandang oleh Mu itu sudah memadai...cuma kuatkan hati ini Ya Allah....Rasullullah S.A.W dulu lagi teruk di hina dan dalam kepayahan untuk menegakkan kalimah Allah...apalah yang nak di bandingkan dengan sikit sakit yg ku rasa ini.....insyaallah, semoga aku juga kuat untuk itu.

Ya Allah, Engkau lindungilah dan rahmatilah orang sekelilingku yang aku sayangi...juga redhailah semua muslimin dan muslimat di dunia ini......amin.....

terapi warna

Terapi Warna untuk Penyembuhan

Apa yang Anda rasakan ketika melihat sawah yang hijau atau laut yang membiru? Efek yang dialami biasanya, tenang, dan kemudian kita enggan melepaskan pandangan. Sejak zaman Mesir kuno, warna dipercaya berpengaruh pada fisik, emosi dan mental manusia.

Terapi warna: electromagnetic medicine
Tubuh mempunyai respons otomatis terhadap warna dan cahaya dan telah terprogram secara genetik. Hal itu dapat terjadi karena pada dasarnya warna adalah unsur cahaya, dan cahaya adalah salah satu bentuk energi. Pemberian energi pada tubuh akan menimbulkan efek yang positif.

Keseimbangan energi tubuh bisa didapatkan dengan mengaplikasikan unsur warna yang kurang. Misalnya saja bayi yang baru lahir mengalami hiperbilirubin (bayi kuning) diberikan terapi sinar berwarna biru untuk memulihkan kondisinya.





Karakter setiap warna
Setiap warna memiliki karakteristik energi yang berbeda bila diaplikasikan pada tubuh. Penentuan kebutuhan warna tubuh itu bergantung pada kondisi atau masalah yang sedang dialami seseorang. Cara menentukannya adalah memperhatikan energi tubuh pada titik-titik energi utama yang disebut cakra.

Merah. Berhubungan dengan cakra dasar yang memengaruhi vitalitas, kekuatan, atau kesadaran. Merah berkaitan dengan sistem pencernaan. Merah juga memberi stimulasi secara emosional dan fisik. Merah digunakan untuk mengatasi anemia, tekanan darah rendah, penyakit kulit, infeksi saluran kencing.

Oren. Berhubungan dengan cakra limfa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini berhubungan dengan kegembiraan atau keceriaan. Digunakan untuk mengatasi kelainan ginjal, paru, asma, bronkhitis dan sembelit.


Kuning. Berhubungan dengan cakra solar plexus yang memengaruhi intelektual dan pengambilan keputusan. Berkaitan dengan otot dan saraf motorik. Kuning dapat menstimulasi konsentrasi. Berkaitan pula dengan kemauan. Warna ini dapat digunakan untuk mengobati penyakit artritis dan dapat mengurangi keluhan penyakit yang berhubungan dengan kejang otot, hipoglikemia, hipertiroid, batu empedu.



Hijau. Berhubungan dengan cakra jantung. Hijau merupakan warna yang alami dan menunjukkan kemurnian serta harmoni. Warna hijau dianggap memiliki daya penyembuh yang sangat kuat karena bisa menyeimbangkan dan menstabilkan energi tubuh. Juga merangsang proses berpikir dan belajar selain menstimulasi pertumbuhan maupun penyembuhan.

Biru. Berhubungan dengan cakra tenggorokan. Berkaitan dengan nalar, otak, dan indra. Warna ini menenangkan dan sangat baik untuk mengatasi gastritis, artritis, nyeri pinggang bawah, sakit tenggorokan, asma, dan migren.

Ungu. Merupakan warna dari cakra mahkota dan berhubungan dengan energi dari fungsi tertinggi pikiran.Warna ini sering digunakan untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mengurangi rasa ketidakberdayaan.

Hitam/abu-abu. Warna ini sering kali digunakan untuk menekan nafsu makan. Salah satunya dengan cara menutup meja dengan taplak hitam.



________________________________________
Copyright @2004 conectique.com


#######ni ada jual minyak pewangi Auralife. dah cuba sendiri...alhamdulillah, sakit kepala kurang sikit...then bau wangi ni tahan lama gak....kalau sapa2 nak cuba blh dapatkan stok dr saya...email je...nti sy bagitau mcmana nak dptkan produk yg bagus ni...saya jual satu-satu botol...cuba dulu..insyaallah...kalau Dia izinkan kesembuhan...pasti kita akan sembuh, segalanya datang dari Dia Yang Maha Kuasa....kalau nak tahu lebih lanjut layari web http://www.auralife2u.com

Kesan Minyak Wangi Auralife ke atas Medan Tenaga Badan Manusia

Menurut kajian pakar aura setiap sel dan organ di dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah berlakunya organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini , aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan , sel–sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.

Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit,badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit.hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dinuetralkan,badannya boleh pulih.

Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya,secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik , mungkin sampai ketahap memulihkan pelbagai masaalah(penyakit) atau menentang dan menuetralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. Jika berlaku begitu itu adalah kehendak Allah(tuhan) Auralife hanya merancang , berusaha dan beriktihar.(insyaAllah)



FILEM SYURGA CINTA




"Syurga Cinta" is about the love between two people with different ideologies, a Muslim boy named Irham (Awal Ashaari) who lives a very modern, Western lifestyle, and a Muslim girl named Syuhadah (Heliza AF5) who faithfully follows the teachings of Islam in our modern society. When their two worlds collide, they face issues and confrontations that both of them have yet to learn and understand from each other.

Classification: U
Genre: Drama / Romance
General Release Date: 21 May 2009
Running Time: 1 Hour 40 Minutes,
Distributor: Metrowealth
Cast: Awal Ashaari, Hadziq, Heliza
Director: Ahmad Idham



AWAL DAN HAZIQ

HELIZA

Em..rasanya filem ini dah lama di tayangkan di pawagam. Tapi istilah menonton wayang di panggung wayang memang tiada dalam kamus hidup aku. Bukan meletakkan tempat itu haram atau sebaliknya. Cuma aku kurang selesa bila memikirkan pawagam….sebalik wayang yang di tayangkan…dalam suasana gelap….pasti ada ‘wayang’ di belakang…di deretan para penonton. Itu yang membutakan aku kurang selesa untuk mengunjungi panggung wayang. Cukuplah sekadar menonton cd atau filem itu di kaca tv. Walaupun ada yang menyatakan….’mana syok tengok kat umah’…’orang dah lama tonton..engkau baru nak tengok cerita yang dah lama’
Biarlah….janji aku selesa dengan prinsip aku sendiri. Mengunjungi tempat orang yang ramai juga merimaskan….biarlah aku jadi aku….asalkan ia tak mengundang kemurkaan Allah, aku tetap dengan diri aku…..orang nak kata? Sesiapa pun berhak untuk berkata-kata…..hehehehe

Ni nak cerita mengenai filem ni…bukan bab aku dan panggung wayang…..oh ya…aku tengok filem SYURGA CINTA ini menerusi You Tube….laman web untuk access apa jua video….kalau tak pandai nak kawal…boleh rosak anak bangsa dek kerana You Tube ni….macam-macam ada…..macam-macam boleh di sebarkan untuk tontonan umum……insyaallah….jika niat kita baik…Allah akan lindungi kita…moga kita kuat melawan nafsu yang ada dalam diri kita….insyaallah….

Ok..ok….ni nak citer pasal filem ni. Sebab utama aku nak tengok cerita ni sebab Heliza. Comelkan dia…paling best sebab dia bertudung. Sepanjang filem ini…dia tak berpegangan tangan pun dengan si Awal mahupun dengan mana-mana watak pelakon yang ada dalam filem ini. Niat tu kena betul….kekadang yang halal boleh jadi haram kalau tidak betul caranya. Macam makan nasi, ia halal untuk di makan tapi jadi haram kalau kita dapatkan nasi itu dengan cara mencuri. Niat tidak menghalalkan sesuatu….untuk itu apapun yang kita lakukan, selalulah meletakkan iman dan islam di landasan paling hadapan….barulah kita tidak melencong ke arah yang salah.

Watak Awal dalam cerita ni? Mula-mula episod…Ya Allah, sedihnya tengok anak melayu yang Islam…yang lahir azalinya memang Islam…jahil dalam agama. Masa part dia ke disko…boleh bayangkan anak-anak muda mabuk, berpeleseran lelaki dan perempuan….disko…tempat maksiat tu….then lagi rasa sakit hati bila di bawa perempuan balik ke rumah,teman tidur. Reality hidup anak orang kaya? Entahlah. Begitulah kebenarannya kehidupan manusia yang lupa Allah. Seolah-olah langit ni mampu di tongkat selamanya….tiada langsung rasa takut akan balasan Allah….bila rasa tu tiada….macamana nak cakap bab keimanan? Rasa takut untuk membuatkan kejahatan menunjukkan kita masih punya iman…..

Then watak cikgu Syuhada (Heliza). Lemah lembut, penuh ciri-ciri wanita solehah. Tutur-kata dan cara pergaulan. Watak Iqmal (Haziq), memang lucu sangat. Tapi cukup menghiburkan. At least dia lebih tahu bab agama daripada si abang.

Hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk. Jika Dia menginginkan sesuatu, pasti ia akan terjadi kerana tiada yang mustahil bagi Dia Yang Maha Kuasa. Macam Irham..jika rakan-rakannya tidak mencabar untuk mengenakan Syuhadah, dia tidak akan berkenalan dengan Syu. Jika tidak berkenalan, dia tidak akan cuba solat dan berbuat baik. Jika dia tidak berbuat baik, dia tidak akan merasakan cahaya agama itu….sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah sebaliknya. Walaupun dia melakukan kebaikan sekadar ingin menambat hati si jelita, lama-kelamanan, dia merasai indah dan nikmatnya Islam jika menghayati bersungguh-sungguh. Tak kenal maka tak cinta. Ending dia pun oklah….cuma filem ini tak pula menceritakan apa terjadi pada ibubapa Irham. Oh ya…bab ibubapa mereka. Tengoklah….macamana nak membentuk anak yang berpegang pada agama jika ibu dan bapa pun mabuk dan tidak solat. Bila ibubapa tidak betul didikan…jangan salahkan anak-anak jika mereka juga hanyut dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni.

Jika kita bersahabat…carilah kawan yang baik budi pekertinya…kerana mereka dapat mempengaruhi kehidupan kita. Kawan juga mengambarkan siapa kita sebenarnya. Rakan dan sahabat yang baik sentiasa mengingati kita dalam kebaikan, bukan mengheret kita ke jalan yang menghancurkan. Rakan yang seronok memang ramai…tapi rakan yang sanggup bersama tika susah, belum tentu ada. Berhati-hati dalam bersahabat.

Bercinta. Rasa kasih sayang, cinta, adalah anugerah Allah buat hambanya. Rasa itu diterbitkan dalam diri kita manusia. Dengan rasa kasih sayang kita hidup aman damai di dunia ini…sayangilah saudaramu sebagimana kamu menyayangi diri sendiri. Tapi jika cintakan seseorang…jangan cemari ia dengan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Bak kata Irham dalam dialog last…”saya ingin menjadikan Syu halal buat saya” “teman saya dunia dan akhirat..dan insyaallah cinta sampai syurga” (lebih kuranglah ayatnya, tak hafal dialog..hehe)
terus dilamarnya Syuhadah…..kalau kita sukakan seseorang, teruslah jumpa ibubapanya, lamarnya dan bercintalah selepas kahwin. Itu lebih manis…..

tapi yang paling best dalam cerita ini ialah..hidayah yang diperolehi oleh Irham. Amat berharga untuk di bayar….akhirnya dia insaf….bila dia ikhlas mencinta Allah…dia dapat juga cinta Syuhadah. Hehehehehehe…..satu lagi ayat yang best masa atuk Syu cakap “ jadilah wanita yang ada dalam kotak kaca..sukar untuk di sentuh” (lebih kurang gitu ler dialognya)
wanita ni kena tahu jaga diri…maruah…sebab sekali ia tercalar..harganya sudah tiada….jaga dan lindungi ia seolah-olah kita bungkus dan sorok emas permata takut di curi, rosak kerana ia cukup bernilai…..

wah…jiwang ni. Hehehhehe….kutiplah ikhtibar dari tiap sudut cerita ini. Yang elok jadikan panduan dan ikutan. Yang jelik atau tidak elok, jadikan peringatan, sempadan agar kita mampu jadi hamba Allah yang beriman. Lihatlah dari sudut positive walaupun tiap lakonan yang dilakonkan oleh para pelakon itu turut menyelitkan dosa. Contoh yang nyata, adegan berpelukan, berciuman dan sebagainya. Yang buruk kita jauhkan. Kutip yang elok sahaja. Kita manusia tiada yang sempurna. Cuma kita perlu berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah. Sama-samalah kita berusaha meraih cinta dan kasih Allah Yang Maha Esa….cinta abadi..cinta selamanya…syurga cinta….Wallahu’alam….