Sunday, December 27, 2009

SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN KEWAJIBAN MEMBAYAR ZAKAT?

Assalamualaikum….rasa terpanggil untuk menulis mengenai zakat. Dapat di lihat, banyak kain rentang di masjid-masjid yang menguar-uarkan mengenai kewajipan membayar zakat untuk tahun ini. Iyalah, lagi seminggu nak sambut happy new year. So, kalau boleh,kita selesaikan apa yang patut sebelum menyambut tahun baru, lembaran baru, hidup baru, azam baru. Jangan terbawak-bawak hutang ke tahun depan…sbb belum tentu kita hidup lagi tahun depan ni…so, renung-renungkanlah…..

Zakat yang nak di fokuskan ni adalah zakat harta. Banyak jenis zakat ni…kalau nak lebih jelas, rujuk http://www.e-zakat.com.my/

Zakat ni merupakan perintah Allah yang wajib di tunaikan dan dilaksanakan oleh individu yang mampu dan memenuhi syarat. Zakat pendapatan x sama dengan zakat fitrah. Zakat fitrah ni kita wajib bayar setahun sekali (masa nak raya aidilfitri tu)…manakala lagi satu zakat yang kita perlu ambik tahu zakat harta, yang mana ia boleh di bayar bila-bila sama , janji dalam tahun (jika bayar tahunan) tersebut. Kira macam taksiran dari pendapatan kita utk tahun tersebut….

Zakat harta ni hanya di nsibahkan 2.5% daripada pendapatan bersih yang kita keluarkan. Ianya merupakan hak golongan asnaf yang layak menerima zakat. Itu hak mereka, kita x boleh nafikan hak mereka jika mengaku berima kepada Allah ok…

Masalah sekarang ni, ramai yang x sedar mereka perlu kuarkan zakat harta ni. Ada macam-macam jenis zakat harta ni antaranya :-

· Zakat pendapatan

· Zakat wang simpanan/ KWSP

· Zakat saham

· Zakat emas dan perak

· Zakat perniagaan

Zakat ni wajib sebab ia salah satu Rukun Islam, so jangan pandang remeh sebab nanti berdosa besar. Jika mengaku diri beriman, ia bukan sekadar kepercayaan dan keyakinan aje, perlulah di buktikan dengan perbuatan sejajar dengan apa yang telah di tetapkan oleh Allah dalam agama Islam, dan sejajar dengan kepercayaan kita. Barulah namanya beriman.

Zakat ni kecik je jumlahnya dan mampu di bayar oleh suma orang ( 2.5% daripada pendapatan bersih yang dikeluarkan apabila cukup haul dan nisab). Ada yang ingat, kalau bayar zakat, habislah duit gaji kita…

Bukan ke duit gaji tu rezeki yang datang dari Allah. Jika Allah x izinkan, kita x dapat merasapun duit gaji tu. Kecil je jumlah zakat ni…2.5% daripada pendapatan tu…jangan risau akan ketidak cukupan yang ditakuti tu. Jika kita laksanakan amanah Allah ni, insyaallah, Allah akan balas berganda-ganda..berbaik sangkalah dengan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik di antara yang terbaik buat kita yang lemah ini.

Banyak sebab kenapa ada yang x mahu keluar zakat. Ada yang memang tak tahu, ada yang tahu tapi buat-buat x tahu. Kekadang makin banyak duit kita, makin sayang kita nak bersedekah..kekadang nak belanja utk diri sendiri pun susah sbb takut kehabisan (ada ke yang macam tu?wallahu’alam)…jika di renung, mungkin kerana masalah penyakit kedekut atau bakhil kita sendiri punca kenapa susahnya ingin keluarkan zakat ni. Padahal jumlahnya hanya 2.5% aje daripada pendapatan bersih kita…(kalau makan kat kfc kena tax gak…blh je bayar yea, hehehe)..

Kita hidup ni atas bumi Allah. Segalanya milik DIA Yang Maha Kuasa. Rezeki tu pasti bukan milik kita jika Dia tidak izinkan…jadi jangan taksub dengan apa yang kita miliki kerana segalanya hanya pinjaman dari Allah. Jika DIA inginkan, DIA boleh tarik balik apa yang kita miliki….jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki dan janganlah jadikan kemewahan sebagai penghalang kita untuk mencari keredhaan Allah. Insyaallah, ikhlaskan diri menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah yang mengaku beriman dengan menunaikan Rukun Islam ini….ingatlah juga...kehidupan di bumi hanya persinggahan..kutiplah seberapa banyak bekalan untuk perjalanan dan kehidupan bahagia di negeri abadi kelak….zakat ini merupakan salah satu pelaburan kita di akhirat nanti. Janganlah kita memakan dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Berdosa. Pulangkan kepada yang berhak, insyaallah, kehidupan kita akan jadi lebih berkat dunia dan akhirat….wallahu’alam

“ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekat (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (berdosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu (Muhammad) menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah at-Taubah : ayat 103)

Ini info yang di copy paste daripada website lembaga zakat selangor.

PENGERTIAN ZAKAT

DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:


Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.


Membersihkan diri pembayar zakat.


Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.


Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.


Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.


Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.


Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.


Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.


Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.


Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

SIAPA YANG LAYAK / DI WAJIBKAN

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:


ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.


MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.


SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.


HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.


CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.


CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

ZAKAT HARTA YANG DIWAJIBKAN (SATU CONTOH JE NI..YANG LAIN RUJUK WEB SITE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR OK)

ZAKAT PENDAPATAN

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

Gaji tahunan

Tunggakan gaji

Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)

Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

Khidmat guaman

Khidmat nasihat

Juru perunding

Rawatan perubatan

Kejuruteraan

Seniman

Lain-lain

DALIL WAJIB ZAKAT

Firman Allah s.w.t:


"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".



SYARAT WAJIB ZAKAT


Islam.


Merdeka.


Sempurna Milik.


Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.


Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.


Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.



KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1

2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

CONTOH:

Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

KAEDAH 2

Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan

KAEDAH 3

Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun)

RM

Gaji

24,000

Elaun

5,800

Bonus

4,000

Lain-lain

5,000

JUMLAH PENDAPATAN

38,800


B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun)

RM

Diri

8,000

Isteri

3,000

Anak-anak (1,000 x 4 orang)

4,000

Pemberian IbuBapa

2,400

Caruman KWSP

2,400

Caruman Tabung Haji

600

Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli.

1,200

JUMLAH TOLAKAN

21,600


C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B)

RM

RM38,800 - RM 21,600
Nilai melebihi paras nizab, (contoh: nisab bagi tahun 2006 (April) = RM 6,297.96)

17,200


D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%)

RM

RM17,200.00 x 2.5%

430.00

NOTA:

Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).

Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal.

Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.


P/S :sama-samalah kita muhasabah diri dalam mengejar keredhaan Allah. jangan takut berkorban apa jua kerana Allah, kerana tiap apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah Taala, di pandang mulia di sisinya walaupun kebaikan itu hanya sebesar zarah....wallahu'alam....